#59 : Finale

7.3K 327 146
                                    

Dua tahun, empat bulan, tujuh belas hari.

Itulah jumlah masa selepas penceraian aku dan Humaira. Saat dan ketika diari ini ditulis. Dari perkenalan, kesilapan, pengalaman, detik, memori, semua aku tulis di sini.

Dan selama itu, aku langsung tidak jumpa dia, melainkan hanya memberi sedikit wang sebagai hadiah ikhlas, atau dalam erti kata lain, nafkah yang aku sendiri beri erti tersebut.

"Aku dah bank in RM2000 tadi. Gunalah buat belanja apa yang patut."

Cuma itu sahaja mesej yang aku akan hantar pada dia, setiap bulan, sejak dari penceraian. Dan selalunya juga, Humaira akan membalas mesej aku tidak lebih dari dua patah perkataan.

"Terima kasih."

Itu sahaja.

Aku berdiri di depan cermin. Selama dua tahun juga aku jadi guru di madrasah tersebut, selama dua tahun juga aku menuntut ilmu agama dari Muhammad Ali, Ustaz Hanafi, Haji Sahari, dalam usaha memperbetulkan diri sendiri.

Ya, selama dua tahun aku bagaikan off grid. Hidup tanpa teknologi canggih. Hanya telefon bimbit buatan luar negara, Blackberry Storm yang aku beli dahulu. Itu sahaja. Tiada akaun sosial media macam orang lain. Hidup bagaikan primitif di zaman kemodenan.

Aku tak peduli soal itu.

Aku cuma peduli akan datang.

Dan, aku akui, aku rindu akan wajah Humaira. Sudah dua tahun aku tak jumpa. Sudah dua tahun juga aku tak bercakap dengannya. Cuma sekeping mesej setiap bulan, dan dibalas dengan dua patah perkataan.

Ironinya, setiap mesej aku akan dijawab dengan pantas. Seolah dia tahu, pada sekian haribulan aku akan lakukan perkara yang sama.

Tidak pernah lewat setiap mesej yang dibalas.

Dan selama dua tahun juga, aku terpisah dengan keluarga, hari ini, aku pulang semula ke pangkuan keluarga.

Kedatangan aku yang ditangisi kedua ibu aku, agak menghibakan aku. Sekurangnya, aku bangga. Dan sejujurnya aku gembira. Aku pulang dengan diri yang baru. Memang, aku tinggalkan mereka semua di ketika diri aku kotor, dan memang sengaja aku tidak pulang ke pangkuan mereka selagi aku tidak bersih.

Itu niat aku.

Dan segala pertanyaan aku, persoalan aku, keraguan aku tentang kewujudan Tuhan Yang Satu, semuanya berbalas.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku juga naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Aku tamatkan diari ini dengan sedikit quote yang aku minati.

"Kamu boleh cintakan sesiapa sahaja yang kamu mahu, akan tetapi ketahuilah, yang kamu akan berpisah juga dengannya."

Always be my love, Humaira. Hari ini dan selamanya.

*****

Humaira

Tujuh tahun selepas penamat diari ini ditulis, akhirnya Maira akui, abang sentiasa inginkan yang terbaik untuk Maira. Izinkan Maira kembali mencatat nota lama ini, sebagai ganti diri antara dua hati.

Abang..

Diari ini diserahkan oleh Ina, kepada Maira. Ina dapat dari mama, sebelum abang pergi ke India. Ina juga berkata, tidak ada satu pun isi dalam diari ini dibaca oleh dia, mahupun sesiapa. Dan Maira percaya akan dirinya. Maira tidak menyesal dengan penceraian ini malah Maira berbangga dengan status bekas isteri kepada seorang lelaki yang dahulunya sesat, kini kembali mencari Tuhan. Dan Maira berbangga, kerana penceraian kita, buat abang sedar dan terus mencari kebenaran.

DiaWhere stories live. Discover now