#40

3.9K 147 20
                                    

Humaira

"Abang!!!"

Aku menjerit sekuat hati. Separuh daripada dashboard kereta sudahpun melanggar perut aku.

"Abang!!!!!"

Madi di sebelah tidak sedarkan diri. Kaca sebesar tapak tangan tercacak di bahu suami aku.

Anak aku.

Aku tak dapat berinteraksi dengan anak aku seperti hari-hari sebelumnya.

"Sayang... anak ibu okay?"

Diam. Tiada tindak balas di dalam perut aku.

Aku tak pernah rasa keadaan anak aku sebegini.

Aku ibu.

Aku tahu bila masa dia akan bertindak balas.

Tapi anak aku tak bergerak. Kaku.

"Abang!!!!!!!"

Aku tak ingat jeritan aku berakhir bila.

Aku turut terlelap. Sama seperti Madi.

*****

Aku sedar dari lena.

Bunyi mesin dan alat bantuan pernafasan mula melemaskan aku.

"Abang!!!!"

Aku mula menjerit sekuat hati.

Doktor dan nurse turut mengerumuni aku.

"Puan, puan, sabar puan. Suami puan masih tidak sedarkan diri. Harap puan sabar."

"Abang!!!!"

Aku tak mampu menahan lagi kesedihan yang terbendung di dalam hati.

Aku menoleh ke perut aku.

Kempis.

"Anak saya doktor?"

Terketar-ketar soalan itu keluar dari bibir aku.

Doktor memandang pada nurse, selepas diangguk dua tiga kali, doktor itu bersuara juga.

"Maaf puan. Anak puan tak dapat kami selamatkan."

Airmata aku tak mampu tertahan.

Aku biarkan ia mengalir selaju yang mungkin.

Aku biarkan airmata segala apa kesedihan yang berlaku keluar seiring dengan kesedihan yang baru aku terima.

"Abang!!!"

Aku meronta-ronta meminta dilepaskan.

Doktor mengeluarkan jarum sepanjang jari dan terus masuk tepat ke lengan aku.

Aku lena.

*****

Mata aku kembali terbuka. Tiada lagi bunyi-bunyian mesin.

DiaWhere stories live. Discover now