#21

4.6K 137 10
                                    

2011

Petang tu, aku keluar dengan Humaira. Setahun berlalu, setahun selepas peristiwa tampar itu berlalu, kini, aku kembali menyulam cinta dengan dirinya.

Matanya yang cantik. Keningnya yang menarik. Buat aku sentiasa hanyut dalam cinta lama yang diberi nafas baru ini.

Lain rasanya bercinta jarak jauh dengan sekarang. Aku lebih yakin dan nampak setiap reaksi suka dan dukanya di depan mata aku berbanding dahulu.

Setiap rajuknya, aku boleh pujuk. Dan begitu juga dengan aku.

Earth Angel,
Earth Angel,
Please be mine?
My darling dear,
Love you all the time,
I'm just a fool,
A fool in love, with you..

Lagu itu berkumandang. Aku dan Humaira menari bersama di ruang tamu itu.

Sejak kami berbaik, kami selalu meluangkan masa dengan makan malam dan kemudian menari sambil memasang lagu berentak perlahan.

Aku tak pernah bersikap begini.

Aku yang dahulunya dingin, sekarang jadi lebih romantik.

Tangan kanan berpegangan, tangan kiri memeluk tubuh, kaki menari mengikut rentak.

Aku tak pernah belajar.

Tapi kerana cinta, aku mampu berubah.

Benarlah kata orang, cinta itu bisa mengubah.

Dari yang baik, menjadi buruk.

Dari yang buruk, menjadi baik.

Tarian kami masih berentak.

Kepala aku dan dia bertemu di bahagian sisi sambil berpelukan menari.

Suasana yang malap, menambahkan lagi mood yang romantik.

"I love you, Madi."

"I love you too, Maira."

Pipi dikucup, bibir kami bertemu.

*****

Tubuh Humaira aku dukung dengan kedua tangan aku. Sambil bibir aku mencium rakus bibirnya, aku baringkan tubuh Humaira di atas katil.

Aku letak kepalanya sambil tangan kanan menahan kepala katil, dan tangan kiri mengusap pipinya.

Bibir kami bertemu.

Lidah berlaga sesama sendiri.

Tangan kanan aku merayap di sekitar buah dadanya.

Desahan rengekan kedengaran.

Aku teruskan ciuman.

"Madi..hmm.. Madi.."

Rengekannya aku tidak pedulikan.

"Madi.."

Aku berhenti. Aku tarik bibir aku dari bibirnya.

"Kenapa Humaira?"

"Why do you love me?"

"Cause we are meant to be."

"Awak akan tinggalkan saya nanti."

"Tak.."

Humaira memalingkan mukanya ke tepi.

Aku baring di sebelahnya sambil mengusik bibirnya yang mungil.

"Kenapa ni?"

"Saya takut, awak tinggalkan saya."

"No, wanna bet?"

DiaWhere stories live. Discover now