🄿🅁🄾🄻🄾🄶🅄🄴

413 23 40
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 sudah larut, namun belum ada tanda-tanda yang menunjukkan hujan akan berhenti. Althea yang berteduh di dalam sebuah khemah jerami melepaskan keluhan berat. Kedinginan yang menyelubungi tubuhnya membuatkan rambut hitamnya perlahan-lahan berubah warna menjadi putih kebiru-biruan.

"So cold... Gosh, I hate this." Dia menggumam kecil.

Mendengar bunyi guruh yang diiringi kilat, dia duduk merapatkan kakinya ke dada. Telinganya ditekup kuat, tidak ingin mendengarkan bunyi yang menakutkan itu. Ya, Althea sememangnya takut pada bunyi guruh. Tetapi, jika ditanya mengapa, dia sendiri tidak punya jawapannya.

Rasa menyesal mulai terbit dalam hati Althea. Mengapalah dia bersetuju untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Crystal Hunt kali ini? Alangkah baiknya jika dia tidak bersetuju dan melakukan sahaja tugasan-tugasan berat yang ditugaskan kepadanya di Kediaman Grandeurre. Dia lebih rela menanggung rasa penat berbanding melalui situasi yang dia hadapi saat ini. Namun benarlah kata orang, penyesalan itu seringkali hadir terlambat. Menangis air mata darah sekalipun, masa tidak akan berlalu ke belakang semula.

"Firethrone..."

"Firethrone..."

"Firethrone..."

"Firethrone..."

Suara aneh yang menjelma secara tiba-tiba itu membuatkan Althea memanggungkan kepalanya ke hadapan. Sekuntum tulip tanpa tangkai bercahaya keemasan muncul tepat di depan matanya. Dahi gadis itu berkerut nipis. Melihat bebola cahaya emas bersaiz mini yang berlegar-legar mengelilingi tulip tersebut, dia jadi penasaran. Adakah tulip itu mengandungi magis?

"Follow me."

Suara tadi kedengaran semula. Althea pasti tulip di hadapannya itu sebenarnya cuma merupakan penyampai bunyi bagi pemilik suara tersebut, dan bukanlah tulip yang mampu berkata-kata. Dikuasai oleh rasa penasaran, kakinya bergerak menyusuli tulip itu. Tanpa peduli keadaan dirinya yang dibasahi air hujan, langkah tetap diatur kemas menuju ke tempat yang tulip itu tujui.

Althea menghentikan langkahnya sebaik sahaja tulip tadi berhenti bergerak. Matanya fokus kepada sebatang pohon tua di hadapannya. Mengapa tulip itu berhenti tepat di hadapan pohon tersebut?

"Touch the tree."

Pada mulanya, Althea sedikit teragak-agak untuk melakukan apa yang disuruh oleh pemilik suara misteri itu. Namun demikian, dia menuruti jua suruhan tersebut. Mengapa? Dia juga tidak mengerti sebabnya.

Mungkin sahaja kerana dia tahu bahawa... Walaupun dia mati, tiada sesiapa yang akan meratapi pemergiannya.

She's all alone in this world. Growing up as a human slave for the Mayor, certainly nobody loses anything if she die.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now