𝟏𝟎 | 𝐋𝐨𝐬𝐭 𝐏𝐢𝐞𝐜𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐏𝐚𝐬𝐭

165 19 37
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗔𝗟𝗟𝗗𝗘𝗡, Carmel, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah duduk berkumpul mengelilingi Althea. Tangan mereka saling bersentuhan, mewujudkan satu tali kuasa antara mereka. Mereka telah mencapai satu persetujuan bersama. Althea harus disedarkan walaupun tenaga magis mereka akan terjejas dengan teruk!

"Thea! Althea! Bangun! Kau tak boleh tewas macam ni aje... Kau kena ingat yang kau miliki tanggungjawab besar sekarang! Tolonglah... Talk to me, Thea. You need to wake up... Please," pinta Eru di dalam benak Althea. Malangnya, dia tidak kunjung menerima sebarang balasan daripada gadis itu.

Sementara itu, dalam suatu dimensi di mana hanya terdapat Althea dan roh sang duyung, Althea mendapati dirinya berada di tempat yang kelihatan seperti dasar lautan. Walau bagaimanapun, dia tidak lemas. Dia hanya tidak dapat mengatakan apa-apa. Kedua-dua tangan dan kakinya pula dirantai pada dua bongkah batu lautan yang sangat besar.

Althea menggeram, ingin mengeluarkan suaranya tetapi gagal. Dapat dia lihat roh duyung itu memandangnya dengan mata yang merah. Tahulah Althea bahawa duyung itu juga merupakan suatu roh yang berdendam. Nampaknya, aura kejahatan daripada duyung kegelapan yang membunuh duyung itu telah meresap ke dalam jiwa rohnya.

"Who are you? Kenapa tubuh kau tolak kewujudan aku?"

Dia tersentak mendengar soalan yang diajukan oleh roh duyung tersebut. Tubuhnya menolak kewujudan duyung itu? Tetapi, bagaimana mungkin hal itu boleh terjadi? Bukankah dia tadinya terpukau dengan kata-kata roh duyung itu? Jika mengikut logik, tubuhnya kini seharusnya sudah dihuni oleh duyung itu. Namun... Mengapa situasinya sekarang seperti ini?

Tiada jalan lain, dia terpaksa membazirkan tenaga magisnya demi mengaktifkan Magis Suara Hati, iaitu magis yang membolehkan suara hatinya didengari.

'Tolak kewujudan kau? Maksudnya?'

"Ada dua entiti suci lautan yang lindungi jiwa kau. Aku tak tahu kau ni siapa sebenarnya, tapi aku percaya kau bukannya seseorang yang biasa-biasa belaka. Ianya sesuatu yang aneh sebab kau bukan cuma miliki satu entiti suci lautan, sebaliknya dua. Aku dapat rasa kau ni adalah seseorang yang aku perlu hormati."

'Aku nak minta penjelasan pasal apa yang kau tengah cakapkan sekarang ni... Tapi, ada benda lain yang jauh lebih penting. Aku kena keluar dari sini sekarang... Kawan-kawan aku mesti risau pasal aku. Dan anak kau, anak kau mesti dah makin hilang kawalan. Jadi, tolonglah buka rantai ni.' Althea bersuara, separa merayu kepada si duyung.

"Bukan aku yang rantai kau... Jadi, aku tak ada hak untuk buka rantai ni. Kau tahu, jiwa kau sepatutnya dah terkunci sekarang. Aku pula sepatutnya dah kuasai tubuh kau... Tapi, memandangkan jiwa kau kekal bernyawa dan aku tak berjaya kuasai tubuh kau, you and I... We both broke the Soul-combining Law. Satu-satunya cara untuk kita keluar dari sini... Adalah membunuh."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now