𝟐𝟑 | 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐫𝐞

143 17 11
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗠𝗔𝗧𝗔 dibuka perlahan bila terasa angin membelai lembut kulit wajahnya. Althea lantas terpana dengan apa yang menjamu pandangannya. Kala ini, dia sedang berdiri beberapa meter jauhnya dari tasik bercahaya yang terbentang indah di hadapannya.

Kehadiran kelip-kelip biru menambahkan keindahan tasik bercahaya itu. Cahaya mereka umpama permata yang menjadikan tasik itu begitu bersinar terang.

Mengamati panorama indah itu, hatinya langsung tertawan oleh tasik tersebut. Namun baru sahaja kaki ingin membuka langkah menghampiri tasik tersebut, Althea dikejutkan dengan kedatangan mengejut seorang budak perempuan di tepi tasik itu.

Penasaran, dia khusyuk memerhatikan tingkah budak perempuan itu. Dahinya berkerut seribu tatkala melihat budak tersebut mendepa luas kedua-dua belah tangannya. Siapa agaknya budak itu? Pun begitu, kerutan di wajahnya hilang bila teringat ucapan Ursulla tidak lama dahulu.

Sewaktu di Kampung Echos hari itu, kata Ursulla, rambutnya dulu berwarna biru gelap. Jadi, mungkinkah budak itu adalah dirinya?

Althea menggaru kecil pipinya, berfikir-fikir soal tindakan yang harus dia ambil untuk mengenal pasti sekiranya apa yang dia fikirkan itu benar ataupun tidak. Namun demikian, segala ideanya terbang pergi bilamana budak tadi mula menyanyi.

"Under the water
I know you're there
Please just come and meet me
I'm sorry I broke my promise
But I never meant to hurt your heart."

Lagu itu! Ia adalah lagu yang acapkali dia nyanyikan di kawasan tasik pada setiap Hades Moon Day. Tidak syak lagi, budak itu memang merupakan dirinya sebelum jiwa lautannya diambil!

Seekor dolfin bersaiz sederhana dengan badan permata biru muncul tidak berapa lama selepas lagu itu dinyanyikan, membuatkan Althea tergamam. The legendary Blue Diamond-skinned Dolphin?

"I'm not hurt by your actions, Thea. Aku faham kenapa kau tak dapat nak datang jumpa aku semalam." Dolfin itu bersuara lemah.

"Magda, kenapa kau nampak tak bersemangat hari ni? Kau sakit ke?"

Peristiwa itu diamati dengan teliti oleh Althea. Entah mengapa hatinya terasa sendat melihatkan keadaan dolfin yang bernama Magda itu... Siapa agaknya Magda dalam hidupnya dahulu?

"Thea, aku sebenarnya tak nak naik jumpa kau... Aku tak nak tengok kau menangis, tapi aku juga tak nak mati tanpa dapat lihat kau untuk kali yang terakhir."

"A-Apa yang kau cakap ni? Magda, you're the Blue Diamond-skinned Dolphin... Kau salah satu makhluk akua yang paling kuat dan sukar ditumpaskan. Apa yang dah jadi? Kau dah janji kau akan temankan aku untuk selamanya... Kau dah janji kau akan jadi kawan baik aku sampai aku besar nanti. Kau tak boleh pergi tinggalkan aku macam ni, Magda... Aku takkan terima kematian kau."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now