𝟏𝟑 | 𝐂𝐨𝐧𝐧𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐛𝐲 𝐅𝐚𝐭𝐞

140 24 29
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗛𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 tawa seseorang mula kedengaran tidak berapa lama selepas Althea bersuara. Dia dan Holly berdiri rapat dengan satu sama lain, kedua-duanya sudah bersedia untuk menggunakan kuasa mereka. Walau bagaimanapun, bunyi hilaian tawa itu beransur-ansur terdengar tenggelam timbul, seakan gerangan yang sedang tertawa itu kini menjauh daripada mereka berdua.

Apabila Holly ingin mengejar sumber bunyi tawa itu, Althea segera memaut lengannya. "Jangan kejar... Benda tu nak kita ikut dia. Kalau kau kejar, kau akan masuk ke dalam perangkap."

"Tapi, Althea... Kalau kita tak kejar dia, kita mungkin tak dapat nak cari kawan-kawan kau tu dengan penduduk-penduduk kampung ni."

Holly melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Althea kala melihat gadis itu seperti terganggu fikirannya. "Althea?"

Althea menaikkan jari telunjuknya ke bibir, isyarat supaya Holly tidak bersuara. Matanya dipejamkan, cuba mengamati bunyi yang menyapa halwa pendengarannya. Bunyi itu... Bunyi seekor makhluk akua? Selepas membuka matanya, dia memandang ke arah Holly. "Holly... Kristal kegelapan tu dekat mana?"

"Hah? Err, lepas aku dah bentuk kristal tu... The dark spirit took it away and brought it to the waterfall."

"Waterfall? Dekat Kampung Echos ni, ada kawasan air terjun?"

Holly menganggukkan kepalanya dengan segera. "Erm, kalau diikutkan bunyi hilaian tadi tu, bunyi tu datang dari kawasan air terjun. You see, if we keep walking straight... We will reach the waterfall at the end of this forest. So, kita sebenarnya akan ikut hilaian tawa tu kalau nak pergi dapatkan the crystal."

"I see. Eh! Apa benda tu, Holly?"

Sepantas kilat dia memalingkan kepalanya ke belakang. Dan...

Bukkkkk!

Nafas dihela berat oleh Althea bilamana tubuh Holly jatuh tidak sedarkan diri dek tindakannya yang menyerang titik tidur gadis itu. "Maaf, Holly... Aku terpaksa pengsankan kau semula."

"You can tell something's wrong with her?" Eru sedikit terkejut disebabkan tindakan mendadak tuannya itu.

'Kau dah tahu sejak dari awal, kan? Kenapa tak bagitahu aku?' Althea terus memutarkan bola matanya tika mendengar suara Eru itu. Salah satu daripada sepit rambutnya kemudian dia tanggalkan lalu diarahkan kepada Holly. Tubuh gadis itu langsung masuk ke dalam ruangan magik yang terdapat pada sepit rambutnya.

"It's not fun kalau aku bagi kau warning awal-awal... Yalah, nanti kau terlalu bergantung pula dengan Enchanta kau yang comel lagikan baik hati ni setiap kali ada masalah."

'Ceh! Aku nak kata yang aku rasa loya... Tapi, itu bukan hal yang penting sekarang ni. So, kau boleh rasa tak Ryon dengan yang lain dekat mana?'

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now