𝟏𝟏 | 𝐀𝐧𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐡𝐢𝐧𝐠

156 19 16
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗨𝗦𝗔𝗜 Ryon melepaskan pelukannya, Althea hanya mampu tertunduk memandang tanah. Riak bersahaja cuba dikekalkan meskipun hatinya berdegup tanpa mengikut tempo yang sepatutnya. Aduh! Mengapalah dia tidak menolak sahaja tubuh Ryon tadi?

"Ohohoho, Thea... Dah 'jatuh' ke tu?" usik Eru dengan nada mengada-ada.

'You, shut up!' Althea membalas jengkel usikan Enchantanya itu.

"Jomlah," ujar Ryon dengan tiba-tiba. "Aku rasa, Si Holly tu akan sedar tak lama lagi."

Langkahnya dituntun rapi, mengikut sahaja langkah Ryon. Kala dia turut sama berdiri di hadapan Holly seperti Ryon dan yang lain, Holly melepaskan tawanya. Althea mendengus kasar. Apa kena dengan roh duyung jahat itu sebenarnya?

"Kau ni siapa sebenarnya? Aku tak dapat nak ingat apa-apalah... Semua yang kau cakap sebelum ni, I don't get it at all. So, daripada kau meroyan ingat perkara lepas tu seorang-seorang... Apa kata kau bagitahu aku apa sebenarnya yang pernah berlaku antara kau dengan aku?"

Holly menyengetkan kepalanya. "Oh, nampaknya kau trauma ya? Alahai, kesian!"

Althea menanggalkan kasutnya, bersedia melakukan lemparan kasut ulang tayang jika diperlukan. Menyampah betul dirinya terhadap roh duyung yang entah bagaimana boleh berkait dengan masa lalunya itu!

"Memandangkan kau nak tahu sangat, jadi baiklah... Aku akan bagitahu kau apa yang kau nak tahu. Aku Ursulla, duyung yang lemaskan kau masa umur kau lima tahun. Aku cuma tahu nama kau, iaitu Althea Davina dan umur kau masa tu sebab... Well, aku terdengar seseorang jerit umur kau. Tapi, aku tak pasti pula tentang identiti sebenar kau sebab aku tak ada dengar yang parents kau pernah buat jasa untuk lautan. Kau memiliki jiwa lautan yang murni secara semula jadi. Jadi, aku memang sentiasa sasarkan kau setiap kali kau berada dekat dengan laut... Sadly, mesti ada orang yang akan selamatkan kau bila kau menghampiri laut. Sampailah hari tu... Hari di mana kau tiba-tiba jatuh dari kapal laut milik keluarga kau. There was a storm at that time, I could really feel your fear when you fell into the water... And do you want to know a fact? Actually, your hair used to be dark blue. Tapi, itu sebelum aku curi jiwa lautan kau. Kau tahu, Althea Davina... Kau dulu sebenarnya boleh mengawal hidupan laut bila kau menyanyi. How sad, now you can't do it anymore... Rambut kau dah jadi hitam semenjak aku curi semangat dan keistimewaan yang kau ada dulu. Itu bukti yang kau tak ada apa-apa lagi... Kau dah tak boleh gunakan magis."

"Aku ada... Jiwa lautan yang murni secara semula jadi?" Althea menjongketkan keningnya.

"Yeah, tapi itu dulu... Sekarang, tak lagi."

Mendengar kata-kata Holly yang penuh kesinisan itu, dia tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. "Kau cakap kau curi semangat dan keistimewaan yang aku ada masa tu, kan? Jadi, biar aku tanya sesuatu... Kau tahu tak jiwa lautan yang murni secara semula jadi takkan dapat dirampas sepenuhnya?"

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗢𝗛 ⦆Where stories live. Discover now