𝟎𝟔 | 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐒𝐩𝐞𝐥𝐥 𝐈𝐬𝐬𝐮𝐞

154 24 29
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗨𝗦𝗔𝗡 kecil Althea lepaskan apabila mengetahui siapa manusia yang baru sahaja memanggil namanya. Ruvea! 'Haih, padan betul dia dengan Si Hans tu jadi adik-beradik! Selalu aje spoilkan mood aku,' getus hati gadis itu, jengkel.

Ruvea mengatur langkah menuju ke pondok tempat Althea dan tujuh orang pelajar elit dari Akademi Yòsell berada. "Apa korang buat dekat sini? Nak buat maksiat ke?" tuduhnya tanpa peduli akan kenyataan bahawa dia mungkin menyinggung perasaan para pelajar elit itu.

"Pfft... Maksiat apa benda? Kau nampak kitorang bersentuhan ke? Tak ada, kan? And please, we're not even in a room. Siapa yang gila dan tak tahu malu sangat nak buat maksiat dekat tempat public macam ni?" selar Althea yang tidak berniat untuk dipijak-pijak oleh Ruvea.

Ruvea tampak tersentap. Ryon dan yang lain pula agak terkejut melihat tingkahnya ketika itu. Namun kemudian, Althea sedar wajah mereka perlahan-lahan dihiasi senyuman yang sinis.

"Kau! Kau berani tak hormat aku?"

"Ya, aku memang berani. Jadi, apa? Nak mengadu dekat mama dan papa kau ke? Atau nak ajak bestie gila kau tu kenakan aku lagi?"

Gentar dengan aura Althea, Ruvea berundur beberapa tapak ke belakang. "Kau! Kau cuma berani sebab kau ada diaorang, kan?"

Althea tersenyum senget. "Oh, really? Kau dah lupa ke apa yang aku pernah buat dekat kau dulu? Back then, aku ada orang untuk back-up aku ke?"

Wajah Ruvea serta-merta berubah pucat. Dia teringat bagaimana Althea mampu menumpaskan dirinya dengan mudah dalam perlawanan seni mempertahankan diri beberapa tahun yang lalu. Pada masa itu, Althea sama sekali tidak pernah berdiam diri andai dia dan Feeya cuba membulinya. Althea hanya berubah sikap selepas wajahnya menjadi cacat warna. Mereka berdua juga cuma dapat membulinya setelah sikapnya itu berubah. Sudah beberapa tahun Althea tampil lemah, mengapa sikap lama gadis itu kini kembali?

"Aku tahu... Kau mesti nak tahu kenapa aku berubah sikap semula, kan? Ruvea... Ruvea... Kau tahu tak gelang yang Ginger bagi aku masa tu dah tak ada?" Tajam cerlungan Althea terhadap Ruvea.

Mata Ruvea membulat. "Tak... Tak mungkin! She said, that bracelet─"

"Dia cakap apa?"

"She... She's dead?"

Althea tidak menjawab soalan itu, dia hanya melemparkan tatapan dingin ke arah Ruvea.

"Kau dengan Feeya patut berhenti fikir yang korang masih boleh pijak-pijak aku lagi lepas ni... That bracelet is gone, and so is the dark spell. Cuma sebab korang nak jatuhkan aku... Korang sanggup gunakan bantuan dark magic Ginger? Aku tak ada niat nak melawan korang selama ni sebab dark spell tu. I bet, both of you mesti rasa gembira sangat sebab dapat buli aku, kan?"

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now