𝟐𝟐 | 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐥𝐞𝐬𝐬𝐥𝐲 𝐓𝐡𝐢𝐧𝐤𝐢𝐧𝐠

139 16 20
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

"𝙒𝙃𝙔 don't you guys introduce yourself formally to this lady?"

Lachlan membuang pandang ke arah Allden, Carmel, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah yang berdiri sebaris dengan satu sama lainnya.

"Err... Ehem... Ehem... So, Althea... Aku Allden Haryte, I'm the... The..." Terbata-bata Allden mahu berbicara. Tangannya naik ke tengkuk, rasa awkward pula dengan tiba-tiba.

"Ryon, kau ajelah yang perkenalkan kitorang," ujar Rydane.

Ryon mengangguk kecil. "Allden Haryte, Earththrone. Carmel Ilyta, Dustprimer. Rydane Daryl, Shadowthrone. Ryon Errose, Icethrone. Solar Dyren, Lightprimer. Trysta Zedya, Naturethrone. Yarrah Valorie, Aquathrone."

Althea terkebil-kebil. Mereka... Adalah rakan-rakan seperjuangannya? Jadi, selama ini dia menyembunyikan kuasanya daripada mereka untuk tujuan apa? Dia menepuk dahi. Hesy, tidak masuk akal sungguh tindakannya sebelum ini bila difikirkan! Tapi, dia bukannya tahu identiti mereka bertujuh. Kiranya, tindakannya itu tidaklah boleh disebut tindakan yang dungu, bukan?

"Althea?" Lachlan bersuara.

"Err, ya?"

"Kamu masih nak berselindung lagi?"

"Erm... Tak. Haih... Is it too late for me to regret it now? I shouldn't have agreed to inherit the power."

Tertekan benar Althea dengan situasinya sekarang ini. Entah apa yang mendatangkan tekanan kepadanya, semua orang di ruangan itu pun tidak mengerti.

"Why are you regretting it now?"

Suara lembut itu membuat Althea berpaling ke sisinya. Stemless Tulip? Enchanta Denyse!

"Denyse serahkan kuasa dia kepada kau kerana dia tahu kau layak mewarisi kuasa itu. Althea Davina, buat pengetahuan kau... Semenjak kau dilahirkan lagi, kau telah dipilih sebagai penerus susur galur Denyse yang sudah dilupakan selama ini. Kau mendapat rahmat daripada Dewi Penjaga yang melindungi susur galur Throner terakhir untuk menjadi penerus Denyse. Hanya selepas beberapa abad semenjak kematian Denyse, Althea... Dewi Penjaga itu akhirnya berkenan menurunkan rahmat ke atas seseorang yang mampu melanjutkan susur galur Denyse. Dan orang yang terpilih itu adalah kau. Seorang gadis yang terlahir istimewa dengan kuasa Rose Whitefire. Denyse and I didn't know the exact reason why you were chosen, but that's your destiny. A destiny that you shall fulfill."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now