𝟏𝟒 | 𝐎𝐮𝐭 𝐨𝐟 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐥

154 23 38
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗥𝗜 telah pun terbenam ketika Althea akhirnya tersedar. Pandangan buru-buru dia layangkan ke persekitarannya. Tempat dia berada sekarang ini bukan lagi tempat yang sama seperti sebelum dia jatuh pengsan tadi. Namun begitu, ianya tetap berada hampir dengan kawasan air terjun.

Terkelip-kelip matanya tika melihat Ryon dan yang lain sedang melelapkan mata. Dirinya pula kini dalam keadaan berbaring di atas paha lelaki itu. Teragak-agak dia mahu mengalihkan tangan kanan Ryon yang memegang kepalanya. Kalau dia bergerak nanti, dia risau akan membangunkan Ryon. Sudahlah Ryon tidur dalam keadaan duduk disebabkan dirinya. Aduh, rasa bersalah betul dia dibuatnya!

Hatinya mula dijentik rasa bingung apabila memikirkan tentang figura wanita separa sotong bernama Azurine itu. Sudah tewaskah wanita tersebut? Jika belum, bagaimana mereka bertujuh boleh melelapkan mata pula?

Usai membuat pertimbangan beberapa kali, Althea akhirnya mencapai jua tangan Ryon. Sedikit demi sedikit, tangan itu dialihkan dari kepalanya. Walau bagaimanapun, tindakan penuh telitinya itu tetap berjaya membangunkan Ryon.

Dalam pada masih mengantuk, Ryon menggagahkan jua matanya agar terbuka. Wajah Althea terus muncul di ruangan mata.

'Sorry, aku tak berniat nak kejutkan kau,' ucap Althea selepas dia bangkit dari berbaring di atas paha lelaki itu.

Ryon menggeleng kecil. 'Tak apa... Tapi, kenapa kau nampak macam tengah berfikir sekarang ni?'

'Aku cuma bingung... That Sea Goddess... Dia macam mana? Korang dah kalahkan dia ke?'

'Belum lagi. Tapi sekarang ni, I can assure you that we're safe. Red dah cipta dinding bayang yang paling kuat untuk pastikan kita tak dapat dikesan oleh Azurine dengan orang suruhan dia tu.'

Kening Althea hampir bercantum dek mendengar nama 'Red'. Siapa Red? Dalam kalangan mereka, orang yang mempunyai kuasa bayang cuma Rydane seorang sahaja. Jadi, siapa pula Red ini? Nama panggilan Rydane ke atau ada orang baharu yang membantu mereka? 'Red who? Rydane ke?'

'Yep. How can you not─ Oh, right... Kau tak pernah dengar nickname dia selama ni. Anyway, kau nak buat apa sekarang?'

Althea terkebil-kebil mendengar soalan itu. Dia tersenyum kekok. 'Err, nothing...'

Ryon mengecilkan matanya. Dijentik lembut puncak dahi gadis itu. 'Tak payah nak tipu, aku tahulah yang kau nak buat something.'

Memuncung Althea apabila mendengar kata-kata lelaki itu. 'Fine, memang nak buat something. Tapi, kau tak payahlah nak bantu. Aku boleh buat sendiri...'

'No way. Dah, jom pergi.'

Ryon lantas menarik tangan Althea, membawa gadis itu keluar dari dinding bayang ciptaan Rydane. Sangka Althea, lelaki itu akan membiarkan dia yang menunjukkan arah destinasi mereka. Namun demikian, Ryon malah membawanya ke suatu gua. Air liurnya ditelan payah. Sesekali wajah tanpa riak itu dicuri pandang. Ryon tidak dirasuk, bukan?

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now