𝟏𝟕 | 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐥𝐝 𝐀𝐜𝐪𝐮𝐚𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐜𝐞

146 16 51
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 beberapa minit menyelam ke dasar air terjun, Ryon akhirnya naik ke darat bersama dengan kristal kegelapan di dalam tangannya. Kristal kegelapan itu bercahaya malap, membawa makna yang tenaga kegelapan kristal tersebut sudah hampir habis. Mana-mana pengguna magis sekalipun boleh memusnahkan kristal itu sekarang.

Melihat Kana yang masih termenung selepas penceritaan Althea mengenai Ruther tadi, dia mara mendapatkan wanita itu. Ketara benar betapa bengkaknya mata Kana dek menangis tanpa henti sebelum ini. Dia lantas berdehem kecil, cuba mendapatkan perhatian Kana.

Kana perlahan-lahan mengangkat wajahnya ketika mendapati Ryon sedang berdiri di hadapannya. "Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Here, this crystal... I'll let you destroy it, once and for all."

Kristal kegelapan itu Ryon hulurkan kepada Kana. Dia beranggapan bahawa wanita itu merupakan orang yang paling layak untuk memusnahkan kristal tersebut setelah apa yang baru berlaku sebentar tadi. Hal ini juga Ryon lakukan bagi menunjukkan penghormatannya atas pengorbanan yang Ruther sudah perbuat.

"Terima kasih," ucap Kana sambil menunduk sedikit.

Kristal itu kemudian diambilnya daripada tangan Ryon. Bersama mata yang terpejam rapat, dia mengerahkan tenaga magiknya sehingga kristal tersebut menjadi retak dan akhirnya berkecai musnah. Ada rasa pilu yang masih menghuni hatinya, tetapi dia sudah tiada tenaga untuk mengalirkan air mata. Lagi pula, air matanya tidak akan mampu mengembalikan Ruther ke sisinya semula. Jadi, dia tidak mahu menangis lagi... Atau sekurang-kurangnya, buat masa ini. Kerana pasti ada beberapa waktu lain di masa hadapan nanti tangisnya bakal berlagu kembali bila terkenangkan Ruther, dan Kana tahu setiap waktu itu akan menjadi saat di mana dia harus menahan keperitan atas dosanya kepada lelaki itu.

"Kana... Apa yang kau akan buat selepas ni? Kau akan balik ke Kota Hadesville atau menetap di sini?" soal Althea dengan teragak-agak. Dia tidak pasti sama ada soalan itu sesuai untuk dia pertanyakan sekarang.

"Untuk pengetahuan kau, aku baru aje hantar surat bebas tugas kepada Mayor dan Mayoress menggunakan burung magis tadi... So, currently I'm not tied to Grandeurre Mansion anymore. Tapi, aku tetap akan balik ke Kota Hadesville. Aku yakin Hans akan susahkan korang kalau aku tak ada dengan korang nanti. Lagipun, aku bercadang nak bawa Holly ke tempat yang sesuai untuk dia berlatih magis. Latihan magis Holly tak berkembang banyak dekat Kampung Echos ni."

"Oh, I see..."

Althea tidak memberikan banyak komen tentang rencana Kana itu. Dia cukup jelas yang Kana bukan berstatus Hamba Bawahan seperti dirinya, jadi mudah untuk wanita itu meninggalkan Kediaman Grandeurre. Hanya dengan menghantar surat bebas tugas kepada pihak Mayor dan Mayoress Grandeurre, Kana akan terus bebas daripada tugasannya sebagai hamba. Tidak ada keperluan langsung untuk bersemuka dengan pasangan itu jika dia berniat ingin bebas tugas.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now