𝟎𝟑 | 𝐎𝐧𝐞 𝐓𝐢𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐲

182 25 50
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 adanya tanglung-tanglung magis bercahaya yang terapung di udara, pemandangan Kota Hadesville pada malam ini tampak begitu jelas dari celah tingkap kecil di bilik loteng merangkap bilik tidur milik Althea. Sedang dia melihat-lihat semua tanglung itu, matanya tiba-tiba terarah kepada satu tanglung merah jambu yang terdapat lukisan jed wanita. Mukanya terus bertukar warna menjadi merah padam dek teringat akan klip rambut yang telah dia berikan kepada Ryon ketika waktu siang tadi.

Bagai mahu dia tampar sahaja wajahnya sendiri! Mengapalah dia menyerahkan klip rambutnya kepada lelaki itu? Di Dunia Rovvelÿx, fakta bahawa pemberian barang daripada seorang perempuan kepada seorang lelaki membawa maksud token cinta bukanlah lagi sesuatu yang rahsia. Bahkan, ianya suatu kenyataan umum yang wajar diketahui oleh semua orang. Penyerahan barang-barang seperti jed, klip rambut dan sapu tangan atau hasil kerja tangan daripada kaum perempuan kepada kaum lelaki melambangkan hasrat untuk menjalin hubungan cinta. Dan dia... Dia telah menyerahkan klip rambutnya kepada Ryon! Mahu disorokkan ke mana mukanya andai mereka bertemu lagi?

"Thea, you're such a dummy... Kalau dia salah faham, macam mana?"

Dahinya ditepuk kuat seraya lantas menggeleng-gelengkan kepala. Sejenak kemudian, fikirannya beralih kepada sesuatu yang lebih penting. Berkenaan hal kakinya yang tiba-tiba pulih setelah disentuh oleh Ryon tadi, bagaimana hal itu boleh terjadi sebenarnya? Ryon tidak kelihatan seperti seorang pengamal ilmu healing langsung. Jadi, mengapa pula kakinya mampu pulih?

Rambutnya dikusutkan apabila hal-hal berkaitan Ryon itu berlegar tanpa henti dalam ruangan mindanya. Sumpah dia tertekan!

Baru pertama kali bertemu, sudah ada hal-hal memeningkan kepala seperti itu yang terjadi antara mereka. Walau bagaimanapun, Althea tidak menafikan bahawa dia berasa selesa bersama dengan Ryon. Lelaki itu tidak membuatkan dia berasa terancam seperti yang Hans lakukan. Malah, dia seakan-akan terasa selamat apabila Ryon ada di sampingnya sebelum ini.

Terus terang Althea nyatakan, Hans semakin 'agresif' semenjak akhir-akhir ini. Sebab itulah, dia berusaha sebaik mungkin agar dapat mengelak bertemu lelaki itu. Sikap Hans yang suka melampaui batasnya sebagai seorang tuan seringkali memberikan ketidakselesaan pada dirinya. Keberadaan lelaki itu di sisinya kadangkala merimaskan, namun ada juga waktunya Hans membuatkan dia takut. Entahlah mengapa... Namun, Althea merasa perlu untuk sentiasa mengekalkan kewaspadaan jika dirinya berada dekat dengan Hans.

Pada dasarnya, Hans memang tampan dan menjadi pujaan ramai gadis bangsawan. Akan tetapi, Althea tidak pernah tertarik dengan ciri yang ada pada diri Hans itu. Lagipun, dia sentiasa merasakan bahawa Hans mendekatinya dengan motif yang terancang. Apa-apapun, Althea langsung tidak dapat membaca motif di sebalik usaha Hans dalam mendekatinya. Dia sekadar mampu menaruh syak wasangka, berdasarkan kata hati, tapi tiada bukti kukuh.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now