𝟏𝟖 | 𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐭𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡

181 17 28
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗡𝗔𝗥-𝗦𝗜𝗡𝗔𝗥 mata Althea memandang Kimmy yang tampil berkarisma bersama kipas buluhnya manakala Linnie pula terus berlari ke arah tuannya itu.

"Aww, my cupcake... Perempuan tak guna tu tak cederakan kau, kan?" Kimmy menggomol-gomol pipi Linnie, melepaskan rasa rindu yang terkumpul dalam hati terhadap Catlion kesayangannya itu.

"Nope nope..." Linnie menjawab dengan sedikit pelat.

"Good. Nasib baik dia tak cederakan kau... Oh, by the way... Yo, Thea! Wah, rambut baru!"

"Yo, sister! Well, new style." Althea membalas sapaan santai Kimmy itu tanpa berasa kekok langsung.

Bersama Linnie dalam rangkulannya, Kimmy melangkah menghampiri Althea. Kipas tangannya diselitkan pada selendang yang diikat melilit pinggangnya.

Althea tersengih memandang gadis tomboy itu. Kimmy atau nama sebenarnya, Kimberly merupakan sahabat lama Althea. Kediamannya terletak berdekatan dengan Hadesville Battleground, jadi mereka memang kerap bertemu sewaktu Althea masih bertugas di situ.

Pada dasarnya, Kimmy merupakan gadis bangsawan daripada keluarga Frederico. Pun begitu, kedudukannya yang tidak sah taraf sebagai anak seorang mistress menjadikan dirinya kurang pengaruh walaupun darah Frederico mengalir dalam badannya. Kimmy acapkali dibuli oleh saudara-saudara tirinya. Mereka sering menculik Linnie dan menghantarnya kepada Dazyra yang menguruskan Hadesville Battleground. Sengaja mahu menyusahkan Kimmy untuk mendapatkan Catlionnya itu!

Dazyra... Gadis itu mengaku dirinya pencinta kucing. Akan tetapi, Althea dan Kimmy tahu hal yang sebenar di sebalik frasa 'pencinta kucing' itu. Dazyra cuma memanfaatkan kucing-kucing magis untuk kepentingan dirinya sendiri. Semua kucing magis yang dia dapat akan dijadikan pengawal, tidak kiralah di Hadesville Battleground ataupun Kediaman Grandeurre. Jika terdapat kucing magis yang ingin memberontak, Dazyra akan bersikap kejam dan memastikan kucing itu 'hidup tanpa jiwa'. She's such a merciless 'cat lover'.

"Aku rasa, kita kena pergi dari sini sekarang. Kalau perempuan tu tiba-tiba sedarkan diri dan panggil pengawal-pengawal setia dia tu, kita akan terlibat dalam masalah besar," kata Kimmy.

"Erm..." Althea mengangguk faham. Pandangannya kemudian dialihkan kepada Allden, Carmel, Holly, Kana, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah. "Mari pergi."

Mereka semua mengangguk sahaja tanpa sebarang bantahan. Dengan Kimmy sebagai pemandu arah, mereka terus beredar meninggalkan Hadesville Battleground. Dazyra sekadar dibiarkan sahaja terbaring mencium lantai dewan itu. Biar padan muka dia!

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now