𝟎𝟗 | 𝐌𝐲𝐬𝐭𝐢𝐜 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧

153 21 28
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 pada bersama-sama merangka strategi, Solar melepaskan keluhan berat. Serta-merta perhatian semua orang beralih kepadanya. Dia meraup wajahnya dengan kasar. 'I'm sorry... Aku tak bermaksud nak... Geez, what is wrong with me? Kenapa aku overthinking sangat ni?'

'Apa yang kau fikirkan sebenarnya, Sol? Dari tadi lagi, aku perasan kau macam lost. Mind to share anything?' Ryon menjongketkan keningnya.

'Okey... Aku tak tahu kenapa, tapi... Aku asyik terfikir pasal satu benda ni lepas teringat reaksi dia masa awal-awal tegur kita tadi. Ingat tak bila dia kata bukan seorang aje 'traveller' yang dikorbankan dalam ritual tu? Then, aku kaitkan dengan apa yang Thea cakap bila Water Human tu bawa Kana pergi. What if that Water Human is actually the other sacrificed 'traveller'? Dan Holly... I think she's their daughter. Sebab bila dia sebut pasal another 'traveller ' tu, she showed a gloomy reaction.'

'Tapi, rasanya tu tak mungkin... Sebab Kana tak ada anak,' celah Althea.

'Hmm, jadi kenapa Si Holly tunjuk reaksi macam tu pula? Kau yakin ke yang kau tak salah nampak, Sol?' Allden mula berlagak seperti detektif.

Belum sempat Solar ingin menjawab, satu jeritan kuat mengejutkan mereka berlapan. Sepantas kilat, mereka keluar dari rumah kosong itu. Terkesima mereka kala mendapati penduduk-penduduk kampung yang menyerupai mayat hidup mulai datang dari segenap arah.

"Korang, ikut aku," kata Holly dengan riak cemas.

Tiada pilihan lain, mereka menyusuli jua langkah Holly yang tidak diketahui ke mana destinasinya. Persekitaran mereka perlahan-lahan bertukar gelap, seakan-akan waktu malam telah tiba. Namun, langit hitam itu tidak punya cahaya. Bulan yang berfungsi sebagai pemantul cahaya matahari dan bintang terang ketika malam, kedua-duanya tiada menghiasi langit itu. Tidak perlu waktu yang lama, mereka langsung sedar bahawa fenomena itu terjadi disebabkan berlakunya manipulasi magis kegelapan.

Mereka berlapan diam-diam saling berpegangan tangan di dalam gelap, menampung satu sama lain dengan kuasa yang mereka ada. Althea sendiri turut menyalurkan kuasanya. Meski cuma sedikit, tetapi tetap mampu menguatkan lagi pertahanan mereka melawan aura magis kegelapan itu.

Umumnya, magis kegelapan biasa tidak akan mampu menjadikan fenomena Blank Night. Itu bererti magis kegelapan yang terdapat di Kampung Echos sekarang berada pada tahap yang cukup tinggi. Magis kegelapan yang tahapnya tinggi sebenarnya dapat memanipulasikan fikiran pengguna-pengguna magis, golongan elit juga tidak terkecuali. Sebab itulah, mereka berlapan memberikan sokongan kuasa kepada sesama sendiri. Ianya kerana mereka ingin saling melindungi daripada dikawal magis kegelapan itu.

"Holly... Who are you actually?" Trysta menyoal tegas.

Holly tergelak kecil. Awalnya kedengaran biasa sahaja, tetapi kemudian, gelaknya itu mula tidak terkawal. Menakutkan! "Such creatures like you... Berani betul nak pergi ke kampung ni, kan? Don't you know that this place is mine?"

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now