𝟎𝟕 | 𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐧𝐠𝐞 𝐄𝐜𝐡𝐨𝐬 𝐕𝐢𝐥𝐥𝐚𝐠𝐞

166 22 39
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜 Morning Bell di Kediaman Grandeurre berdenting kuat, mengejutkan semua yang masih lena dari tidur mereka. Althea pantas membuat beberapa regangan kecil lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Melihat bilik Freda kosong, tahulah dia bahawa Freda telah berangkat untuk kem memasak yang dia sertai itu. Sebelum Freda terlelap semalam, gadis itu ada memberitahunya tentang suatu kem memasak. Disebabkan Freda sememangnya memiliki bakat yang hebat dalam memasak, jadi dia dibenarkan menyertai kem tersebut oleh Mayor dan Mayoress Grandeurre.

Althea meneliti pantulan wajahnya di hadapan cermin. Pelitup mukanya dibetulkan agar kelihatan kemas. Sejujurnya, dia sengaja memakai pelitup muka itu dek tidak ingin mendedahkan tentang kondisi wajahnya yang telah kembali kepada asal. Gelang palsu menyerupai gelang pemberian Ginger yang dia hasilkan sendiri kemudian disarungkan ke pergelangan tangannya.

"Selain keluarga Grandeurre, kau ada syak sesiapa lagi ke dekat kediaman ni?" Eru menyoal secara tiba-tiba.

'Everyone is suspicious until the moment that they finally take off their mask,' balas Althea.

"Hmm... I will never argue with that."

Terdengar ketukan bertalu-talu dari luar bilik, kerutan terbentuk jelas pada wajah gadis itu. 'Harap-haraplah bukan lelaki tu,' getus hatinya.

"Althea, saya perlu bercakap dengan awak. Open the door, please... Ada sesuatu yang awak kena tahu pasal pelajar-pelajar elit tu."

Ah, sudah! Hilang mood Althea jadinya selepas mendengar suara Hans. Tidak menunggu lama, dia lekas-lekas meloncat keluar dari tingkap. Sebelum Hans bertindak memecahkan pintu yang telah dia kunci itu, lebih baik dia pergi dari situ. Tidak pasal-pasal nanti, dia mungkin dituduh melakukan hubungan kotor dengan lelaki itu sekiranya ada sesiapa yang melihat mereka berdua berdua-duaan di dalam bilik Freda.

Dia menghayun langkah ringan ke ruang rehat Ryon dan rakan-rakannya. Namun demikian, langkahnya terhenti kala menyedari perbuatannya yang agak tidak patut itu. Cuma kerana mereka telah berbual dengan dirinya dan melayan dirinya lagak seorang teman semalam, itu tidak bermaksud dia berhak berjumpa mereka sesuka hati. Masih ada garis yang menciptakan ruang antara dirinya dengan mereka. Mereka merupakan pelajar-pelajar elit, dan dia perlu tahu diri soal batasannya sebagai seorang hamba.

Keluhan dilepaskan lalu dia memutarkan tubuhnya, mengubah arah langkahnya. Baru beberapa tapak dia melangkah, pintu ruang rehat itu tiba-tiba dibuka dari dalam.

"Eh, Althea! Kau buat apa dekat sini?" Trysta yang melihat Althea agak terkejut dengan kehadiran gadis itu. Apa yang Althea lakukan di luar ruang rehat mereka?

"Err, tak... Aku tak sedar aku jalan pergi mana tadi. Sorry, aku akan beredar sekarang juga."

"Althea, open the door! Kenapa dengan awak ni? Susah sangat ke nak bercakap dengan saya? Dengan pelajar elit tu boleh pula awak bermesra!"

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now