𝟎𝟏 | 𝐂𝐨𝐧𝐜𝐞𝐚𝐥 𝐭𝐡𝐞 𝐏𝐨𝐰𝐞𝐫 𝐈𝐧𝐬𝐢𝐝𝐞

204 27 42
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗧𝗘𝗥𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥 sahaja Althea, dia langsung duduk tegak di atas tempat pembaringannya. Pandangannya lekas-lekas ditebarkan ke segenap ruangan bilik tempat dia berada saat ini. Eh, tunggu dulu! Bilik? Dahinya berkerut nipis. Bukankah semalam dia berada di hutan? Lalu, bagaimana pula dia boleh berada di bilik ini?

Kreaaak!

Mendengar bunyi pintu bilik itu dibuka, sepantas kilat Althea merapikan katil yang menjadi tempat dia berbaring sebelumnya lantas bersembunyi di bawah katil tersebut. Entah bagaimana... Nasib malang seakan-akan tertimpa ke atas dirinya saat dia mengalami sedu. Mulutnya ditekup laju, cuba mengawal sedunya daripada menghasilkan bunyi yang kuat. Hampir tidak bernafas dia bilamana bau wangian mawar yang begitu menusuk hidungnya dirasakan semakin hampir kepada dirinya. Tidak perlu waktu yang lama untuk dia mengecam siapa gerangannya yang memakai bau wangian tersebut. Anak perempuan Mayor Grandeurre, Ruvea!

Althea sudah kehilangan semangatnya. Patutlah dia tidak dapat mengenali bilik itu awal tadi. Ternyata dia berada di bilik Ruvea yang tidak pernah dimasuki oleh hamba selama ini. Jadi, adakah dia berasa bangga kerana berjaya menjadi hamba pertama yang memasuki bilik Ruvea? Tidak sama sekali. Sebaliknya, dia merasakan apa yang terjadi sekarang ialah suatu malapetaka yang besar bagi dirinya! 'I'm dead... Kalau dia tahu aku ada dekat sini, aku akan dimalukan depan semua orang. Aku tak boleh kena tangkap! I must hide well, no matter what,' tekadnya di dalam hati.

"Yes, babe... I'm alone in my room. You can come now." Ruvea tiba-tiba berbicara menggunakan nada manja yang menggelikan.

'Babe? You can come now? Oh, tidak! Adakah aku akan menjadi saksi maksiat?' Althea membelalakkan matanya. Biar betul? Dia perlu mencari akal untuk melepaskan diri daripada bencana yang dapat menggugat kesuciannya itu! Mengesan haruman rama-rama magis, dia segera mengesyaki bahawa Ruvea baru sahaja menggunakan khidmat rama-rama komunikasi. Penggunaan rama-rama komunikasi sama seperti penghantaran surat menggunakan burung magis. Bezanya, rama-rama komunikasi menyampaikan pesanan suara manakala burung magis pula mengutus warkah tulisan tangan. Dan kebiasaannya, rama-rama komunikasi hanya akan digunakan untuk menyampaikan pesanan kepada orang yang berada berdekatan dengan si pengutus pesanan.

Tersedar akan hal itu, Althea semakin tidak tentu arah. Dalam pada berusaha mengawal sedu yang semakin menjadi-jadi, dia juga harus memikirkan cara agar dapat mengelak daripada menjadi saksi sebarang aksi kotor yang akan berlaku di bilik Ruvea sebentar lagi.

"Hi, honey." Satu suara garau kedengaran tidak berapa lama kemudian.

Althea mengetap giginya. Aduh! Mengapalah lelaki itu begitu cepat sampai ke bilik ini? Dia belum sempat mengatur strategi melarikan diri lagi! Akibat geram, jari telunjuknya diarahkan tepat ke kasut lelaki tersebut. Dia lantas terlongo apabila menyaksikan api mula membakar kasut lelaki itu dan dengan pantas, merebak ke seluruh katil ketika kasut tersebut menyentuh selimut yang terjuntai di atas lantai.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now