𝟏𝟔 | 𝐀 𝐒𝐚𝐜𝐫𝐢𝐟𝐢𝐜𝐞 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞

160 20 67
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 adanya tunjuk ajar daripada Kana, mudah sahaja penyediaan dan penyusunan objek-objek untuk melaksanakan upacara Purification itu dilakukan dengan sempurna. Allden, Althea, Carmel, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah mendapatkan wanita itu usai selesai menyusun objek-objek yang akan digunakan dalam upacara Purification sebentar lagi.

"Great job!" Kana tersenyum puas melihat hasil susunan mereka berlapan. "Oh ya, sebelum tu... Aku terlupa nak tanya tadi. Sebenarnya, macam mana korang boleh tahu yang aku akan selamat dengan adanya teratai dari dasar air terjun ni? And macam mana korang boleh tahu soal teratai tu?"

Hening. Tiada seorang pun yang berani menjawab soalan-soalan daripada Kana. Disebabkan perlakuan mereka kelihatan canggung, dia mula menghidu ada suatu hal yang disembunyikan daripadanya.

"Korang─"

"Can we talk about this later? Selepas jalankan upacara Purification ni, aku janji... Aku akan bagitahu kau semua yang kau nak tahu," cantas Althea dalam senafas.

"Alright then... Mmm, untuk pengetahuan korang, upacara Purification ni perlu dijalankan dalam lingkungan masa pukul tiga hingga empat pagi. I believe you all know why."

"Devil's hour," sebut Rydane.

Kana mengangguk-anggukkan kepalanya, membenarkan apa yang dikatakan oleh Rydane itu.

Devil's hour, waktu 'suci' untuk roh dan kuasa-kuasa kegelapan lainnya. Mereka bebas untuk berkeliaran dan membuat onar dalam hidup manusia biasa. Dikatakan juga bahawa pada waktu devil's hour, segala yang berkait dengan kuasa kegelapan bakal menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya. Walau bagaimanapun, perkara tersebut hanyalah separa benar sahaja. Sungguhpun peribadi berkuasa kegelapan bebas ketika devil's hour, namun kuasa mereka tidak akan menjadi lebih kuat pada waktu tersebut. Kuasa mereka hanya akan meningkat semasa full moon hour, iaitu waktu di mana bulan purnama penuh hadir pada dada langit. Sebaliknya, semasa devil's hour pula, kekuatan mereka akan menjadi paling lemah.

"Sekarang ni, baru pukul dua pagi setengah. We have to wait for at least half an hour before proceeding with the Purification rite," kata Rydane lagi.

Keheningan menyelubungi mereka buat beberapa minit. Tidak semena-mena, sepit rambut yang Althea selitkan dalam poketnya terjatuh di atas tanah. Sepit rambut itu kemudian bergerak-gerak dengan sendirinya dan bercahaya. Tahulah Althea bahawa Holly sudah sedarkan diri. Setelah menimang tara apa yang dia patut lakukan, akhirnya dia memetik jari. Dalam sekelip mata, Holly segera bebas dari ruangan magis pada sepit rambut tersebut.

"Althea, why did you─ Kana..."

Baik Holly mahupun Kana, kedua-duanya tampak amat terkejut apabila pandangan mereka bertembung. Raut wajah Holly langsung berubah dingin. "Tak sangka kau masih hidup... Ingatkan dah mati."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now