𝟏𝟓 | 𝐑𝐞𝐠𝐚𝐢𝐧 𝐂𝐨𝐧𝐬𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬𝐧𝐞𝐬𝐬

155 24 35
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗔𝗟𝗟𝗗𝗘𝗡, Carmel, Rydane, Solar, Trysta dan Yarrah memejamkan mata sambil berpegangan tangan apabila ribut salji yang diakibatkan oleh Ryon tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti. Mereka berenam perlu bertahan serta mencari peluang untuk bertindak jika mahu membantu Althea dan Ryon.

Walau bagaimanapun, entah bagaimana, tiba-tiba sahaja ribut itu berakhir. Pandangan mereka semua segera tertumpu kepada dua manusia yang berada di hadapan mereka. Masing-masing menunjukkan reaksi terkejut tatkala melihat Althea yang sedang memeluk tubuh Ryon.

"Dave?" Ryon menyebut lembut nama panggilan itu. Tangan Althea yang melingkari tubuhnya lantas disentuh.

"Are you awake now?" Althea menyoal dengan nada datar.

Pelukan gadis itu dirungkaikan oleh Ryon. Dia kemudian berpaling menghadap ke arah Althea.

"Maaf... Aku masih lagi tak mampu kawal kuasa aku. I'm such a mons─"

Bicaranya terpotong apabila Althea mencapai tangan kirinya yang terluka. Gadis itu membaluti tangannya menggunakan secebis kain kecil dengan begitu teliti.

"You're not a monster. You're just a rose that always harm yourself with your own thorns."

Ayat yang Althea ungkapkan itu memanggil semula memori lampaunya. "Dave─"

"We need to talk, I know. Tapi, kita patut fikir pasal benda lain sekarang ni, kan? I mean, about someone else."

"Oh, right. Mari pergi jumpa Ruther sekarang."

"Okey, what did we missed out?" Carmel menyoal dengan nada sebal apabila Althea dan Ryon sibuk berbual-bual sesama mereka sahaja.

Allden, Rydane, Solar, Trysta dan Yarrah pula memandang mereka berdua dengan kening yang terjongket. Perasaan mereka usahlah dipertanyakan. Sudah tentu mereka rasa terabai, sama seperti Carmel!

"Aku akan jelaskan nanti. Sekarang, korang ikut aje aku dengan Althea," ujar Ryon yang tidak berniat mahu berlama-lama lagi di kawasan air terjun itu.

Mereka berlapan lantas beredar dari kawasan tersebut, mengetepikan dahulu keberadaan sesuatu yang masih 'bernyawa' di dasar air terjun itu.

✖✖✖

"Dia akan terus sedar ke ataupun she needs time to regain consciousness?"

Ruther memandang ke arah Allden sebaik soalan itu dilontarkan. "She needs time to regain consciousness, but it won't be long. Sebelum malam ni berakhir, dia pasti dah sedarkan diri."

"Jadi... Kau pula macam mana?" Teragak-agak Allden mahu mempertanyakan hal itu. Soalannya memang agak tidak jelas, tetapi dia yakin Ruther tentunya memahami apa yang sebenarnya cuba dia sampaikan melalui soalan tersebut.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now