𝟐𝟏 | 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐭𝐨 𝐁𝐞 𝐓𝐨𝐥𝐝

164 19 44
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨 malam sudah begitu larut, tetapi Allden, Carmel, Holly, Kana, Kimmy, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah tetap jua menetapkan pendirian mereka untuk bertemu dengan Lachlan. Lachlan baru sahaja menghantar berita baharu kepada mereka. Terdapat peringatan yang disertakan supaya mereka bertemu dengan lelaki itu pada malam ini juga. Disebabkan hal tersebut, mereka tidak lagi mempedulikan waktu yang kian hampir melewati tengah malam. Apa yang mereka tahu, mereka perlu menemui Lachlan.

"Ryon, kau yakin ke ni jalannya? Kau tu bukan penduduk Kota Hadesville, tahu tak? Tapi, kenapa kau berani sangat nak jadi tukang pandu arah? Kalau tersesat, macam mana? Dahlah Kana dengan Kimmy pun tak familiar dengan jalan ni... Teori kau tu boleh dipercayai ke weh? Aku─ Mmmphh! Mmmppppphhh!"

Carmel, Holly, Kana, Kimmy, Rydane, Solar, Trysta dan Yarrah mengawal tawa masing-masing apabila Allden dikenakan magis senyap oleh Ryon. Padan muka! Siapa suruh dia mencabar kesabaran Ryon dengan berleter sepanjang jalan?

"Kau ni, kan... Kalau sesat sekalipun, kita takkan mati dekat sini, okey? Kau nampak tak ada tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan di sekeliling kita ni? Nak risau apanya? And please, Allden Haryte... Kita dah diajar cara untuk survive kalau tersesat atau terkandas di mana-mana. Apa guna agaknya semua ilmu survival yang kau belajar dulu tu eh? Lemas dekat jamban otak kau ke?" tempelak Ryon, geram.

Allden tidak lagi menggeram setelah bicara Ryon itu menerobos ke ruang telinganya. Makan dalam sungguh! Inilah akibatnya bila mencari pasal dengan makhluk yang bernama Ryon Errose. Pasti makan hati disebabkan bicara lelaki itu!

"Yang Mulia..."

Seekor pari-pari hadir di hadapan mereka semua. Pari-pari itu membuat curtsy khas kepada Ryon.

"Sileine, right?" tebak Ryon.

"Ya, tuan putera. Saya sebenarnya diutus oleh Lachlan untuk menemani tuan putera dan rakan-rakan tuanku dalam perjalanan ke tempat dia berada."

Pari-pari tersebut, Sileine, berbicara dengan cukup formal. Ryon hanya mampu tergeleng-geleng kepala sahaja. Seingatnya, dahulu dia sudah pernah meminta pari-pari peneman Lachlan itu supaya mengetepikan formaliti dengannya, namun kelihatannya Sileine masih berkeras hati mahu mengekalkan formaliti.

"Sileine, do you know how much I hate repeating any of my commands? Setahu saya, dulu saya dah pernah minta kamu ketepikan formaliti... And yet, you still─"

"Ah, maaf, tu─ Maksud saya, maaf, Ryon. Saya terlupa pasal tu. Lagipun, awak cakap benda tu masa umur awak baru tujuh tahun. So I thought, maybe your opinion have changed now that you've grown up."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now