𝟏𝟐 | 𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐥𝐨𝐭

134 23 26
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 agak lama Ryon meninggalkan mereka, hati Althea mula diburu rasa resah. Ke mana Ryon pergi? Atau jangan-jangan... Ada perkara yang buruk telah menimpa lelaki itu? Ingin rasanya dia pergi mencari Ryon, namun dia terpaksa mengurung niatnya itu memandangkan Holly masih tidak kunjung sedarkan diri. Lagi pula, takkanlah dia mahu tinggalkan sahaja Holly bersama rakan-rakannya yang lain di situ?

"Korang..."

Semua mata terus beralih memandangnya. Kening mereka terus terangkat, bertanya tanpa menyuarakan soalan kepadanya.

"Err... Korang tak risau pasal Ryon ke? I mean, urm... It's been a while, and he hasn't come back yet. Aku bukannya apa, tapi aku rasa macam ada benda lain lagi dekat kampung ni yang kita kena handle... The dark aura is still here. Korang sedar pasal benda ni, kan?"

Bingung gadis itu apabila mereka sekadar menatapnya. Seketika kemudian, mereka menghamburkan tawa. Apa benda pula yang lucu? Dia memandang enam orang di hadapannya dengan tatapan kosong.

"Err, mmm... Tak payah risaulah, Thea. Si Ryon tu memang selalu buat macam ni... Dia selalu buat siasatan sendiri. But in the end, he'd always return safe and sound." Allden memberitahu, cuba menenangkan Althea yang kelihatan begitu gusar.

"But right now, kuasa dia dah tak sekuat yang biasa... Takkanlah korang tak risau langsung?"

"Fine... Fine... Fine... Kitorang akan cari dia. Korang tunggu dekat sini aje, okey?" Solar bangkit dari duduknya di atas tanah. Bahagian bawah seluarnya yang berdebu ditepuk-tepuk.

Allden dan Rydane turut sama bangkit berdiri sepertinya. Setelah selesai membersihkan debu yang melekat pada seluar masing-masing, barulah mereka pergi dari situ. Kini, cuma Althea, Carmel, Trysta dan Yarrah sahaja yang tinggal untuk mengawasi Holly.

"Haih... Dia ni koma ke apa sebenarnya? Apa pasal tak reti nak sedarkan diri ni?" Trysta yang sudah menyampah langsung mendengus kasar.

"Jangan risaulah... Tak lama lagi, mesti dia akan sedar," kata Yarrah dengan tenang.

Walau bagaimanapun, situasi yang mereka hadapi begitu kontra dengan bicaranya. Waktu perlahan-lahan berlalu, namun Holly tetap berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Perut yang mula berkeroncong membuatkan empat orang gadis yang mengawasinya itu mengeluh berat. Penantian pada dasarnya memang suatu penyeksaan, bukan?

"Aku dengan Yarrah cuba cari buah-buahan dekat hutan tu. Korang berdua tunggu sini, okey?"

"Mmm," sahut Trysta perlahan, tiada tenaga dia mahu bercakap panjang lebar.

Althea menghantar pergi langkah Carmel dan Yarrah melalui ekor matanya. Dalam pada menahan kelaparan, masih jua otaknya dia pinta agar berfikir. Satu demi satu daripada rakan-rakannya mula hilang sedangkan Holly pula masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Adakah semua ini kebetulan belaka? Atau sebenarnya─

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now