𝟏𝟗 | 𝐆𝐞𝐭𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐦𝐩𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧𝐞𝐝

159 16 14
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗔𝗡𝗚𝗜𝗡 malam meniupkan nafasnya, seakan cuba membantu Althea untuk bertenang. Gadis itu cukup terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja Kana ungkapkan. Mengapa dia tidak pernah tahu soal hal itu selama ini? Kana adalah orang pertama yang menemui dirinya dekat pesisiran laut itu?

"A-Aku tak tahu... Tapi masa aku buka mata, kenapa aku tak nampak kau? Aku cuma nampak maid Mayoress aje... Kalau tak silap aku, nama dia Marian. And at that time, aku ingat lagi yang aku masih ada dekat kawasan tepi laut tu. Gosh, aku salah ingat ke?"

Kana mengerutkan dahinya sebelum memetik jari sendiri. "Oh, pasal tu... Macam ni, sebenarnya aku masih dalam proses saringan untuk jadi hamba dekat Kediaman Grandeurre waktu aku terjumpa kau masa tu. Aku jumpa kau tepat waktu aku dengan beberapa hamba yang kena saring ada latihan berenang dekat kawasan laut tu, so I couldn't take care of you. Disebabkan aku tak boleh nak biarkan kau terlantar aje dekat situ, aku putuskan untuk minta bantuan daripada Marian, salah seorang maid Mayoress. Rasanya kau tersedar selepas aku tinggalkan kau dengan Marian, sebab tu lah kau tak nampak aku."

"Oh, macam tu rupanya... Jadi, pasal kalung aku tu pula?"

"Erm, pasal kalung kerang laut kau tu... Actually, lepas aje aku selesaikan dan berjaya lulus dalam latihan berenang, aku kembali ke tempat kau. Tapi masa tu, Mayoress dah bawa kau pulang ke Kediaman Grandeurre. Secara tak sengaja, aku terjumpa kalung kerang laut tu. Aku tahu kalung tu milik kau memandangkan aku ada nampak kalung tu awalnya ada pada leher kau. Bila aku periksa, rupanya kalung tu ada bahagian yang rosak. That's why kalung tu tercicir dekat situ. I took a while to repair that necklace... And then, waktu aku dah bersedia nak bagi balik kalung tu dekat kau, aku terjumpa dengan Mayoress. Back then, kau masih di bawah pemerhatian tabib... Jadi, aku tak boleh sesuka hati nak jenguk kau. Cuma orang tertentu yang berkuasa aje boleh buat macam tu, termasuklah Mayoress. Mayoress dah janji yang dia akan kembalikan kalung tu kepada kau... Takkanlah dia terlupa pula?"

Althea diam, otaknya sibuk mahu mencerna setiap bahagian informasi yang Kana berikan itu dengan sebaik mungkin. Bukankah itu bermakna bahawa kalungnya saat ini berada di tangan Mayoress Grandeurre? Tetapi, mengapa Mayoress tidak mengembalikannya?

"Dan Althea, aku tak pasti sama ada kau sedar atau tak... Tapi, keluarga Grandeurre dah banyak buat benda-benda yang mencurigakan. Macam Si Hans tu... Masalah dekat Kampung Echos boleh dikatakan berpunca daripada dia dengan kawan-kawan dia. Diaorang buat deal dengan that dark creature... And you know what? Magisto Contracte antara diaorang tu tak boleh dibuka. Like it's locked by something strong. And I could tell it's not that kind of good strong aura. It's a dark one. Selain tu, Mayor dengan Hans sometimes keluar masa tengah malam. Then, they returned to the mansion wearing new clothes. Si Ruvea tu pula lepaskan gagak hitam pada waktu malam... While Mayoress, she cherished that one vase too much. Rasa macam pasu dia tu sesuatu yang dia anggap seperti nyawa sendiri. The family is really somewhat suspicious, you know?"

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now