𝟐𝟎 | 𝐀𝐰𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞 𝐈𝐝𝐯𝐚𝐧𝐚

135 13 4
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗟𝗔𝗖𝗛𝗟𝗔𝗡 Se' Lein.

Empunya nama itu adalah Pemimpin Tentera Sihir Kerajaan Fommerťe yang sekaligus juga merupakan guru magis peribadi kepada Ryon.

Pun begitu, sudah agak lama Ryon tidak bertemu dengannya memandangkan Lachlan memutuskan untuk menjalani latihan magis secara pengasingan beberapa tahun lepas. Latihan magis secara pengasingan bermakna Lachlan berlatih magis secara tertutup di Menara Sihir. Sepanjang tempoh latihan itu, Lachlan tidak pernah keluar dari Menara Sihir mahupun bertemu dengan sesiapa secara bebas melainkan baginda raja. Tetapi, itu pun raja juga yang pergi menjenguk Lachlan, bukannya lelaki itu yang keluar dari Menara Sihir.

Entah sejak bila latihan magis secara pengasingan Lachlan tamat, Ryon tidak diberitahu sama sekali soal hal itu. Disebabkan itulah juga, dia berasa sedikit terkejut melihat Lachlan berada di hadapannya sekarang.

"Dengar, Ryon dan kamu semua yang ada di depan saya sekarang ni... Untuk pengetahuan korang, keluarga Grandeurre ada banyak mata-mata di kota ni. Jadi, saya tak boleh berlama-lama di sini dengan korang... Takut nanti ada orang yang curiga dengan saya. So now, please keep your ears open. That imprisoned lady is now trapped in a vicious plot. Dua pertuduhan serius yang dikenakan ke atas dia adalah... Yang pertama, dia dituduh merancang pembelotan terhadap keluarga Grandeurre. Bukti yang ditemui untuk pertuduhan ni adalah buku-buku sihir yang mengandungi cara untuk melemahkan tenaga magis keluarga Grandeurre dan juga lakaran bertanda pada peta Kediaman Grandeurre which refers to Rebel Points, both were found inside her room. Yang kedua, dia dituduh sebagai pembunuh Ginger, as they found her necklace inside Ginger's cell."

Allden, Carmel, Holly, Kana, Kimmy, Linnie, Rydane, Ryon, Solar, Trysta dan Yarrah mendengar dengan penuh teliti butir bicara Lachlan itu meskipun kesemuanya memiliki persoalan sendiri dalam benak masing-masing.

"I've planted my own 'seed' inside the mansion, jadi saya dapat tahu pasal semua ni. Anyway, just a while ago, masa saya sendiri pergi buat pemerhatian ke atas kediaman tu, I saw this Catlion left that lady's cell in a hurry. Saya follow dia dan tak sangka pula, saya akan terjumpa dengan kamu semua. Especially you, Yang Mulia Putera Ryon Errose. It seems like you boldly went against His Highness's command."

Ryon memicit-micit pelipisnya seraya menghela nafas berat. "Father just won't let me get involved in any issues. Saya tahu dia dah keluarkan perintah diraja supaya saya tak terlibat dalam siasatan di Kota Hadesville ni, tapi saya tak boleh duduk diam... I just can't anymore. Guru, kes-kes misteri yang berlaku di kota ni makin bertambah dan masih tak diketahui puncanya biarpun selepas ayahanda kerahkan beberapa pegawai handalan untuk menyiasat. Saya risau dalang di sebalik semua kes ni mempunyai kuasa yang melebihi jangkaan asal kita."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now