𝟎𝟐 | 𝐄𝐧𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐑𝐲𝐨𝐧 𝐄𝐫𝐫𝐨𝐬𝐞

170 26 59
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

"𝗔𝗣𝗔 yang kamu berdua mengarut ni? Pasu kesayangan mama tu masih elok lagilah, mana ada rosak." Mayoress Grandeurre bercekak pinggang memandang Feeya dan Ruvea. Dua gadis tersebut tergamam mendengar kata-katanya.

Mereka berdua saling bertukar pandangan. Apa yang sedang berlaku? Takkanlah pasu yang telah pecah itu cuma sekadar halusinasi mereka sahaja?

"Feeya, Vea... Kamu berdua merupakan gadis bangsawan. So, you both should know that spreading fake news can bring disgrace not only upon yourselves, but also your family."

"Tapi, ma... Vea dengan Feeya mem─"

"Kalau kamu masih nak bercakap karut, mari ikut mama ke taman." Keras nada Mayoress Grandeurre melempar bicara.

Feeya dan Ruvea lantas menyusuli langkah wanita itu ke taman. Mereka begitu yakin bahawa pasu kesayangan Mayoress Grandeurre sememangnya telah rosak kelmarin.

Melihat tiga individu itu dalam suasana yang agak tegang, hampir semua hamba lekas bergerak menuju ke taman dek tertarik untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Seronok betul mereka kalau tiba-tiba ada drama di kediaman itu!

Setelah tiba di taman, hampir tersembul keluar biji mata dua gadis tersebut apabila melihat pasu yang sebelum ini sudah pecah itu terletak elok di tempat asalnya. Tidak wujud langsung kesan retak mahupun kotoran pada permukaannya.

"Dah nampak, kan? Apa lagi yang kamu berdua mahu merepek sekarang ni?" Mayoress Grandeurre mencerlung tajam ke arah Feeya dan Ruvea yang tampak begitu terkejut di hadapannya.

"Ma... Ve-Vea betul-betul nampak pasu ni pecah tadi. Feeya pun ada dengan Vea masa pasu ni pecah. Althea dah rosakkan pasu ni tadi, ma. You need to trust me," kata Ruvea.

Mayoress Grandeurre melepaskan keluhan berat. Mengapalah anak gadisnya yang seorang ini sering membuatkan dia sakit kepala? "But right now, this vase is still alright. Macam mana Vea nak jelaskan pasal hal ni?"

"I... I don't know."

"Baiklah, kalau macam tu... Mama akan panggil Althea ke sini. Biar dia jelaskan apa yang dah berlaku."

Setelah mengutus salah seorang pengiringnya untuk memanggil Althea, gadis tersebut segera datang ke taman itu tidak berapa lama kemudian.

"Ada apa-apa yang tak kena ke, Mayoress?" Althea menunduk hormat kepada Mayoress Grandeurre.

"Althea, Vea dan Feeya beritahu saya yang pasu ni sebelumnya dah pecah disebabkan kamu. Is that true?"

"Please accept my apology, Mayoress. Tapi, pasu ini tak pernah pecah langsung. Mayoress boleh lihat sendiri pada permukaan pasu ni. Tak ada kotoran ataupun kesan retak padanya. Malah, simbol magis khas yang ada pada pasu ini cukup jelas pada permukaannya... Membawa erti yang pasu ni sememangnya pasu Mayoress. Saya tak tahu kenapa Lady Vea dan Lady Feeya mengatakan bahawa pasu ini sebelumnya dah pecah. I can guarantee to you that this vase has been in a really good condition under my care, Mayoress."

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now