𝟎𝟒 | 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭-𝐟𝐥𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐧𝐠

185 24 49
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 waktu tengah hari, semua hamba terus disuruh mengambil posisi masing-masing di bahagian pintu gerbang masuk kediaman Grandeurre. Althea yang penat mahu tidak mahu terpaksa jua menuruti arahan daripada Mayoress Grandeurre itu. Berani tidak mahu menurut? Itu cari nahas namanya!

"Aku dengar Ketua kena hukum sebab Si Althea ni..."

"Hah? Kena hukum? Pasal apa pula?"

"Entahlah... Mungkin Mayoress Grandeurre pun terkena sihir juga kut... Itu yang sampai sanggup hukum Ketua tu..."

"Haih, tak fahamlah aku dengan perempuan bermuka cacat warna ni! Apa masalah dia dengan Ketua sampai dia sanggup buat Ketua kena hukum?"

"Muka dah cacat, tak sangka hati dia pun cacat juga... Sanggup betul dia gunakan sihir untuk kenakan Ketua!"

"Kalau Lady Feeya tu, aku boleh fahamlah kenapa Si Althea kenakan dia... Tapi, Ketua... Apa yang Ketua dah buat? Dia dah tua pun, Althea tak peduli ke?"

Telinga dipekakkan apabila bicara-bicara sinis dalam kalangan hamba bahagian pembersihan mula kedengaran. Lagi-lagi dia dituduh mengamalkan sihir, mereka ingat dia penyihir ke apa?

Tidak berapa lama kemudian, perbualan hamba-hamba itu terhenti bilamana pengiring Mayoress Grandeurre meminta mereka senyap. Mendengar bunyi derap langkah kuda yang semakin menghampiri, para hamba dan pekerja-pekerja lain di kediaman Grandeurre bersegera memastikan diri masing-masing kelihatan kemas. Althea sahaja yang kekal tidak bergerak pada posisinya.

Bahang matahari yang menyentuh wajah gadis itu membuatkan kepalanya terasa pusing. Namun, sedaya upaya Althea menahan diri daripada jatuh pengsan di situ. Kepalanya tertunduk dengan aturan nafas yang agak tidak stabil.

Kala menyedari hamba-hamba lain membongkokkan badan mereka, dia turut melakukan hal yang sama.

"Greetings, Mayor."

Semua hamba mengucapkan hal tersebut dengan bertenaga, begitu pun Althea. Sungguhpun dia sakit kepala, dia tetap menggagahkan diri agar dapat menyempurnakan tugasannya sebagai hamba. Tangannya digenggam mengepal penumbuk dengan erat. 'Keep yourself steady, Thea. Jangan cuba buat aksi pengsan-pengsan waktu macam ni,' tegasnya di dalam hati.

Usai Mayor Grandeurre dan orang-orang yang mendapat gelaran tetamu kehormat itu masuk ke ruangan utama di kediaman tersebut, Althea mendengar bunyi tepukan tangan. Bunyi itu membawa satu makna, iaitu, tugas mereka sebagai penyambut tetamu kehormat sudah selesai.

Dia menghela nafas lega. Nasib baiklah tetamu kehormat pada hari ini bukan jenis yang cerewet! Lancar sahaja aktiviti menyambut tetamu itu berjalan. Tika melihat semua hamba telah pergi meninggalkannya dan pulang ke bilik mereka, Althea buru-buru menuntun langkahnya untuk pergi dari situ.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now