𝟎𝟓 | 𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐞𝐚𝐭𝐡 𝐨𝐟 𝐆𝐢𝐧𝐠𝐞𝐫

161 22 27
                                    

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⊰𖤍⊱┈─────╌╌═══╌╌─────┈⊰𖤍⊱

𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 langkah yang terhendap-hendap, Althea membuka pintu bilik Freda. Sempat dia mencuri pandang ke arah Freda. Tidak syak lagi, gadis yang baru berusia 14 tahun itu sememangnya sudah nyenyak dibuai mimpi. Setelah keluar dari bilik Freda itu, dia menutup kembali pintu tersebut dengan seperlahan yang boleh. Inilah masalahnya apabila berkongsi bilik dengan orang lain... Mahu buat sesuatu pun susah disebabkan tidak ingin mengganggu rakan sebilik!

Destinasi yang ada di dalam benaknya sekarang cuma satu, iaitu Sel Kurungan Hamba. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Ginger. Seingatnya, dia ada melihat suatu tanda yang tidak jelas pada cuping telinga Ginger ketika dia diserang wanita itu sebelum ini. Tanda yang terasa seperti pernah dilihatnya, namun dia tidak pasti di mana dia dahulunya melihat tanda tersebut. Hanya dengan memeriksa tanda itu semula, barulah dia boleh mengetahui lebih banyak benda tentang tanda tersebut.

Setelah berjaya menyelinap masuk ke dalam Sel Kurungan Hamba, dia bersikap lebih berhati-hati supaya tidak menarik perhatian para pengawal yang berjaga di situ. Melihat bahagian sel yang paling hujung diawasi oleh enam orang pengawal, dia segera tahu bahawa di situlah tempat Ginger dikurung. Mengapa dia begitu yakin? Kerana dia tahu kenyataan yang Ginger sekarang dianggap sebagai seseorang yang berbahaya. Selepas melakukan aksi cubaan membunuh terhadap dirinya, sudah pastilah sel Ginger akan dikawal dengan lebih ketat berbanding sel-sel lain. Tambahan pula, Ginger juga secara terang-terangan telah menggunakan magis yang mana melanggar hukum sebagai seorang hamba. Kesalahan ini menyebabkan selnya akan diasingkan daripada sel hamba-hamba lain. Jadi, tanpa keraguan, sel paling hujung itu sudah semestinya merupakan sel milik Ginger.

'Aku memang tak boleh guna kuasa api aku untuk serang diaorang... But, aku masih boleh guna drugs, right?' desis hatinya. Tanpa berlambat-lambat, Althea langsung mengeluarkan sekuntum bunga dari koceknya. Jarinya menyentuh kejap kelopak bunga itu sehingga tenaga apinya memanaskan bunga tersebut.

Usai sahaja bunga itu menjadi panas, suatu bau yang aneh mula keluar. Dalam masa yang sebentar sahaja, pengawal-pengawal yang menjaga sel Ginger terus tertidur lena. Althea tersenyum nipis menyaksikan pemandangan itu. Bunga yang berada di tangannya ditiup lembut, menghilangkan bau daripada bunga tersebut.

Nama bunga itu ialah Sleepy Hyacinth, sejenis bunga yang boleh berfungsi sebagai ubat tidur apabila kelopaknya dipanaskan. Hal ini kerana kelopak bunga tersebut, sekiranya dipanaskan, akan menghasilkan sejenis bau yang merangsang hormon tidur dalam badan orang-orang yang menghidu bau itu. Walau bagaimanapun, penggunaan Sleepy Hyacinth sebagai ubat tidur tidaklah kerap mana memandangkan ramai penduduk Dunia Rovvelÿx tidak mengetahui fungsi Sleepy Hyacinth yang satu itu. Kebiasaannya, mereka hanya menggunakan bunga tersebut sebagai hiasan laman rumah dan menganggap bunga itu cuma sejenis tumbuhan biasa.

Bau Sleepy Hyacinth mengambil masa lebih kurang tiga saat untuk menunjukkan kesannya dan cuma akan hilang selepas dua minit. Jika mahu menghilangkan bau bunga itu setelah dipanaskan, bunga tersebut hanya perlu ditiup. Namun, itu hanya boleh dilakukan sekiranya seseorang berdekatan dengan bunga tersebut. Bagi mengelak berada di bawah pengaruh Sleepy Hyacinth pula, satu-satunya hal yang perlu dilakukan adalah menahan nafas. Terdapat juga kaedah alternatif seperti menghidu benda yang lebih kuat baunya berbanding bau Sleepy Hyacinth, tetapi kaedah ini tidak berapa berkesan disebabkan oleh bau Sleepy Hyacinth yang cukup kuat dan sangat memikat.

𝐓𝐡𝐞 𝐅𝐨𝐫𝐠𝐨𝐭𝐭𝐞𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐫𝐝𝐢𝐚𝐧 ⦅ 𝗜𝗨 ⦆Where stories live. Discover now