PENGUMUMAN🙈

8.7K 296 34
                                    

Hyeeee semuaaa...

Assalamualaikum.. 💞

Dekat sini saya nak maklumkan sekarang saya tengah cetak buku untuk Diari Hati Arfa sebanyak 15 buah dahulu.

Korang berminat tak? Harga apa semua saya akan maklumkan bila saya buka pre-order nanti.

Untuk teaser pula, saya akan publish di book Diari Hati Arfa.

Dan, semuanya ada 15 buah buku dahulu ya.. Siapa cepat dia yg dapat.. Kalau banyak yg nak or lebih tempahan daripada buku tersebut in shaa Allah saya akan buat cetakan lain. In shaa Allah..

Ini adalah cover novel saya tu ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ini adalah cover novel saya tu ya.🤗

SINOPSIS

ARFA AYESHA, seorang gadis biasa yang tidak punya apa-apa selain daripada keluarganya yang begitu menyayanginya.

Rupa juga hanya biasa-biasa sahaja dan sedap mata memandang. Hidup dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan bukanlah halangan untuknya berjaya.

Status ekonomi keluarga bukanlah halangan untuknya maju menuntut ilmu.

Arfa mempunyai sahabat lelaki yang bernama QARIZH WAFIY. Jujur lelaki itu susah senang bersamanya. Sememangnya sahabat baik untuk Arfa.

Sikap Qarizh Wafiy benar-benar buat Arfa bahagia. Nama kata lelaki kadang-kadang ada juga sikap Wafiy yang buat Arfa rasa jatuh hati.

Tapi Arfa tahan hatinya dari terus jatuh dan terus jatuh hingga menyakitkan hatinya sendiri. Arfa takut. Arfa tak boleh.

"Girlfriend kau tak marah ke kau asyik dengan aku ni? "-ARFA AYESHA

"Chill la kau ni. Kau kawan aku, dia girlfriend aku. Kawan dan girlfriend ni berbeza maksud dia, "-QARIZH WAFIY

Cukup perkataan itu saja buat Arfa rasa sakit. Sabarlah hati. Wafiy anggap dia tak lebih dari kawan. Jadi berhentilah berangan wahai hati.

Ya, Arfa kawan Wafiy tapi perlu ke kalau kadang-kadang ada kata-kata yang terbit dari bibir Wafiy buat Arfa rasa seperti Wafiy sedang memberinya harapan.

Harapan bahawa Wafiy juga mencintainya. Tetapi itu hanyalah khayalan sehinggalah Arfa dan Wafiy disatukan atas satu sebab.

Itu merupakan sinopsis untuk Novel Diari Hati Arfa.

Korang berminat ke? 🙈

Kalau berminat boleh drop comment ye? Saya nak respons...siap je cetak nanti saya akan open pre-order dulu ya..

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now