1:Kes

58K 2.5K 283
                                    

"Awak.... Lepaslah.. Awak nak bawak saya pergi mana ni? Awak.. "Hanin meronta-ronta minta dilepaskan. Sakit pergelangan tangan dia apabila Rizq memegang begitu. Mengheretnya dengan kasar.

"Kau diam boleh tak? "Tengking Rizq dalam dia masih mengheret Hanin.

Sampai di bangunan belakang sekali Rizq melepaskan tangan Hanin dengan kasar. Hanin terus menggosok tangannya yang berbirat merah bekas genggaman Rizq.

"Awak... Belakang ni takde orang. Kenapa awak bawa saya ke sini? Saya nak balik kelas.. "Hanin baru hendak melangkah pergi. Rizq lantas menarik kuat tangan Hanin.

"Aku tak suka kau cakap dengan Khalil. "

Terbeliak mata Hanin. Khalil?

"Apa masalah awak ni? Siapa awak nak larang saya. Suka hati sayalah dengan siapa pun saya nak bercakap. "Terus Hanin. Buat apa dia nak ikut telunjuk lelaki itu. Bukan suami dia pun yang dia perlu patuh.

Dia nampak Rizq mengetap gigi geram. Hanin tahu si Khalil tu musuh si Rizq. Tapi, perlu ke dia terlibat sekali. Tu masalah mereka.

Rizq menapak ke arah Hanin. Berkerut dahi Hanin. "Awak... Awak nak buat apa ni? "

Rizq tersenyum sinis. Lantas dia menarik tangan Hanin ke hujung bangunan sekolah. Dia sengaja menarik Hanin di situ kerana ada cctv. Dia sengaja kerana geram dengan Hanin.

Dia menolak badan Hanin rapat ke dinding. Hanin cuba menolak tetapi tidak mampu kerana Rizq memegang bahunya kuat.

Hanin cuba meronta tetapi Rizq mengunci bibir Hanin daripada meronta dengan mencium bibir Hanin. Terbeliak mata Hanin dengan tindakan lelaki itu. Tangan dia naik menolak dada Rizq yang rapat dengan badannya.

Rizq sengaja buat begitu kerana dia geram dengan Hanin. Dia juga sengaja berada di bawah cctv. Biar cikgu tangkap pun dia tak kisah.

"Astaghfirullahala'zim... Apa korang buat ni? "Sergah dua tukang kebun yang membawa peralatan untuk mencuci longkang itu.

Terkejut Hanin. Dia menyapu bibirnya dengan kuat. Dia tak rela, Rizq suka hati mencium dia. Kenapa Rizq buat dia begini. Rizq menyembunyikan senyuman sinisnya.

"Tak... Kami tak bu.. Buat apa pun. "Ujar Hanin tergagap-gagap. Dia takut. Sebelum ni dia tak pernah ada kes.

Rizq buat tidak tahu saja. Lelaki itu memang cari nahas betul.

"Awak... Cakaplah yang kita tak buat apa? "Hanin mula nak menangis. Dia takut ibu dan ayahnya tahu. Dia tak nak itu semua. Mesti mereka akan kecewa walaupun mereka tak tahu cerita sebenar.

"Mari kamu berdua ikut pak cik pergi jumpa cikgu kaunseling dan cikgu disiplin. "Pak cik Din mengheret tangan Rizq untuk mengikutnya.

Pada mulanya, Hanin enggan pergi tapi dipaksa juga oleh pak cik din dan kawannya itu. Kalau takde saksi takpa... Ni dua-dua nampak apa yang Rizq buat dekat dia.

Terus dia kena ikut mereka. Sebelum sampai ke bilik kaunseling, dia dan Rizq dileteri oleh kedua tukang kebun itu.

"Apa kamu berdua tak kesian ke dekat orang tua kamu. Apalah nak jadi.. Datang sekolah nak timba ilmu tapi buat maksiat. "

Dia dan Rizq diam saja. Bagi Rizq, nasihat tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sampai di hadapan bilik kaunseling, mereka berdua dipanggil masuk. Dalam hati Hanin, dia berdoa agar dia tidak dikenakan tindakan.

"Duduk. "

Arah cikgu Maria. Cikgu Maria terkenal dengan sikapnya yang garang. Dia memang digeruni oleh pelajar-pelajar di sekolah itu.

Hanin dan Rizq duduk bersebelahan manakala pak cik din dan kawannya pula duduk di sofa. Mereka disuruh tunggu kerana menjadi saksi.

"Hanin Sofea dan rizq haikal. Menurut daripada rekod pelajar awak tak pernah ada kes hanin tapi Rizq adalah jugak kes gaduh-gaduh macam tu. Jadi, apa yang awak berdua buat tadi? "Cikgu maria membelek-belek rekod dua orang pelajar itu.

"Err... Saya... "Hanin baru nak terangkan tapi, cikgu maria menyuruhnya berhenti.

"Tak.. Saya nak pak cik din yang terangkan dulu. "Ujar cikgu maria.

Pak cik din membetulkan duduknya sebelum melaporkan perkara tadi kepada cikgu.

"Macam ni cikgu tadi saya dan mad nak pergi cuci longkang bangunan belakang tadi, tapi kami dengar suara orang. "

Pak cik mad hanya mengangguk mengiyakan.

"Saya pun pergilah tengok. Tengok-tengok budak berdua ni tengah bercium. Bukan main terkejut saya tadi. "

Pak cik din menggeleng kepalanya tidak sangka. Sungguh dia tidak sangka pelajar cemerlang sekolah itu melakukan perkara itu.

Hanin menundukkan wajahnya. Dia sudah kehilangan kata. Apa yang dia nak jawab ni.

Cikgu maria diam seketika. Dia menarik nafas perlahan untuk mencari ruang.

"Now, saya nak jumpa ibu bapa awak. Awak berdua tunggu sini. "

Hanin memandang wajah Rizq yang bersahaja. Dia tak takut ke?

"Cikgu, tolong jangan bagitau ibu ayah saya. Saya boleh terangkan apa yang jadi."Rayu Hanin. Air matanya hampir mengalir ke pipi tapi ditahankan juga.

Cikgu maria menggeleng.

"Awak yang pandai cari masalah. Masalah ni berat so, saya kena call waris awak berdua. Nanti awak terangkan."

Hanin mengeluh lemah. Dia tidak sanggup ibu dan ayahnya tahu tentang ni. Pasti mereka sedih. But... Past is past. Dia dah tak boleh buat apa dah.

"Rizq.. Awak tak rasa apa ke? "Soal Hanin. Rizq sekadar mengangkat bahunya.

"Buat apa nak takut, aku dah biasa. "

Terkejut Hanin mendengar pengakuan daripada Rizq. Jadi, sebelum ni.... Oh... No, no..

"Jadi, sebelum ni pun dah banyak kali awak macam ni dengan orang lain? "Soal Hanin sambil memandang dalam wajah Rizq.

Rizq dah berkerut kening. "Kau dah salah faham ni.. Sebelum ni kes aku dengan khalil la.. Bukan dengan perempuan. Ni first time tau.. "Katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya tanda satu.

Hanin mencebik bibirnya. "Ye lah tu.. Aku tak percaya kalau kau yang cakap. "Nada suara Hanin sudah mula berubah. Susah sebenarnya seorang insan bernama Hanin nak mula kurang ajar begini.

"Oh kalau jantan tak guna tu cakap kau percaya pulak. "Suara Rizq semakin meninggi.

"Eh.. Saya berdua keluar kamu berdua bergaduh. Apa? Tadi dah buat masalah sekarang bergaduh pulak! Saya dah call ibu bapa awak berdua mereka on the way ke sini. Suka sangat bagi ibu ayah kecewa. "Ujar cikgu maria sambil membebel itu ini.

Hanin yang mendengar itu makin tidak senang duduk. Pak cik din dan pak cik mad tidak jemu menunggu waris mereka.

Hanin diam sambil menjeling Rizq. Lelaki itu memang menyakitkan hati dia. Mudah-mudahan ibunya percaya cakap dia.

Jangan lupa buka you tube, tengok video by its atina dan jangan lupa subscribe....

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now