20:English class

31.2K 1.8K 173
                                    

"Now, i want you to decide with your friends to make three group. Every group must have five people. So, you can decide now! "Arah Madam Jeet selaku guru bahasa inggeris dalam kelas 5 Sains 1.

"But madam, all of us want to involve. You have any idea? "Soal Amirah kepada madam jeet. Baru nak tentukan kumpulan tapi, semua dah pening kepala untuk tentukan. Masing-masing nak rebut untuk dapat sijil kebangsaan.

Kelihatan madam jeet mencekak pinggang di hadapan kelas. Dia diam dahulu mungkin memikirkan sesuatu. "How if,you all decide one project with benefits in every group and then i will decide to choose three group based on your project. Is it okay?! "Cadang madam jeet. Dengan kehadiran ramai pelajar macam ni, dia rasa teruja.

Semua pelajar mengangguk setuju. "So, when you want to see our project? "Soal Shafiza sambil mencatat sesuatu di buku notanya.

"Not your real project.. I want you to make a presentation about your project first. Based on that, i will choose which project that have many benefits. Do you understand? "Terang madam jeet lagi.

"So, no need to do your project yet.  I think i want to see your presentation next week."Sambungnya lagi.

"Can we start now? "Soal salah seorang pelajar dari kelas 5 Sains 2. Kelas mereka bergabung pada waktu ini untuk mendengar penerangan daripada madam jeet.

Madam jeet mengangguk lantas kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Sementara itu, mereka semua berbincang untuk tentukan kumpulan.

                           °°°

"Anin boleh tak awak masuk kumpulan saya? "Soal Khalil apabila melihat hanin yang diam sahaja di situ sambil menulis sesuatu di dalam buku.

Terus Hanin berhenti menulis dan memandang Khalil.

"Apa awak cakap? "

"Boleh tak awak join kumpulan saya? "Soal Khalil lagi sekali.

Hanin menggigit bibirnya. Macam mana dia nak cakap eh?

"Err.. Saya dah ada kumpulan. Maaf ya.. "Ujar Hanin lembut. Takut Khalil terasa hati pula.

"Nampak gayanya saya lambatlah ni? "Nampak sangat muka kecewa Khalil.

Hanin tersengih. "Macam tulah..hehe..."sambung Hanin.

Rizq yang melihat adegan itu terus ke arah Hanin dan Khalil. Buat orang sakit hati je perempuan ni. Boleh pulak dia bergelak ketawa dengan lelaki ni. Khalil kot, kalau orang lain dia okey lagi. Ni musuh dia jugak yang Hanin cari.

"Kau masuk kumpulan aku Hanin! "Arah Rizq tanpa menyoal terlebih dahulu.

Dahi Hanin dah berkerut pelik. Kenapa perlu paksa ni? Dia dah ada kumpulan kot. Mana boleh macam tu.

"Mana boleh! Saya dah ada kumpulanlah.. Yang awak nak arah-arah saya ni dah kenapa? "Tukas Hanin. Nafasnya dah turun naik menahan amarah yang bakal menjelma kalau Rizq tetap berkeras.

Rizq tersenyum sinis. "Ada kumpulan? Dengan jantan ni? "Soal Rizq melulu tanpa usul periksa.

"Eh, bro chill la.. Yang kau nak marah-marah ni kenapa? "Sampuk Khalil. Saja nak tunjuk hero.

"Kau tak payah sibuklah! Ni urusan aku dengan dia! Kau blah! "Tengking Rizq.

Hanin yang sudah pening dengan keadaan ni terus menyembur Rizq.

"Boleh tak?! Awak jangan nak masuk campur urusan saya? Peninglah saya macam ni! "Suara Hanin dah naik seoktaf.

Tersentak Rizq apabila Hanin menaikkan suara padanya. Bukan tak pernah tapi kali ni, mereka dalam kelas. Mentang madam jeet keluar untuk mengambil bahan untuk kerja rumah, suka hati saja nak jerit.

"Kenapa aku tak boleh campur urusan kau?! "Soal Rizq lalu berjalan mendekati Hanin. Setapak Hanin mengundur ke belakang, dia sudah disekat oleh kerusi yang berada di belakangnya. Terus dia duduk di kerusi itu.

Rizq tersenyum sinis lalu tangannya di bawa ke meja mengepung Hanin. Terus Hanin tundukkan wajahnya memandang lantai. Tak berani nak memandang wajah Rizq yang ternyata sinis memandangnya.

"Bro, apa hak kau nak dekat dengan Hanin macam ni hah? "Marah Khalil pura-pura soal macam tu. Padahal dia dah tau apa hak Rizq terhadap Hanin.

Semua pelajar dah mula memerhati adegan panas itu. Ada juga yang dah berbisik-bisik. Di celah tingkap pun ada.

"Apa hak aku?! "Soal Rizq sengaja mengulang soalan itu.

"Ya! Hak kau? Kau takde hak nak buat dia macam tu! "Kata Khalil lagi sengaja nak bagi Rizq bocorkan rahsia mereka. Biar hilang populariti lelaki itu di sekolah ni.

Rizq ketawa dulu sebelum menjawab. "Aku suami dia! Salah ke aku nak arah or atur hidup dia? Kau tu siapa? "

Terus Khalil ketawa jahat. "Finally! Kau bocor jugak rahsia terbesar kau!"

Terbeliak mata Hanin mendengar pengakuan Rizq. Dia tak sedia lagi kalau orang lain tahu hubungan mereka. Dia duduk di kerusi dan tunduk memandang lantai. Malu apabila kebanyakkan pelajar dah berbisik-bisik tentang mereka.

Asyikin meluru masuk ke dalam kelas. Mukanya merah menahan marah.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Rizq.

"Sampai hati you, Rizq. Hidup-hidup you tipu I. Patutlah selama ni you asyik mengelak. Rupa-rupanya dah ada bini! "Sembur Asyikin. Air mata dah bercucuran keluar. Dia tak boleh terima yang buah hatinya dah jadi hak milik orang lain.

Rizq hanya diam. Dibiarkan saja Asyikin menghamburkan tangisan. Melihat tiada respon daripada Rizq, terus asyikin berlari keluar dari kelas sehingga terserempak dengan madam jeet. Naik hairan madam jeet apabila melihat Asyikin yang sedang menangis.

"Class.. What's wrong? Anything happened? Someone can tell me what happened? "Soal madam jeet lagi apabila semua pelajarnya diam sahaja.

Melihat tiada respon dari sesiapa, dia malas nak memaksa lagi. Buat habis air liur saja.

Yang dia pelik, Rizq yang act like badboy tu pun diam. Dia tahu pasti ada yang berlaku tadi. Lambat laun dia akan tahu jugak nanti.

Terus madam jeet edarkan latihan yang dia baru fotostat sebentar tadi dan juga atur cara english project di um pada hujung bulan depan.

------------------------------------------------

Maaflah kalau english saya banyak silap... Hehe.. Still belajar lagi...

Okey, macam mana dengan bab kali ini?

Asyikin dah hampir pupus.. Haha...

*author gelak jahat lagi.. *

Please vote and comment too..

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now