10:Kem

35.2K 1.8K 38
                                    

"Kau memang tak patut buat Hanin macam tu, Rizq! "Bentak Amirah. Dia ingat Hanin tu patung, ikut suka hati dia saja nak buat apa pun.

Rizq hanya memandang depan dan beriak biasa. Sekali-sekala dia menggaru cuping telinga. Bingit telinga dia mendengar perempuan ni membebel tak tentu hala.

"Apa yang tak patutnya?! Kawan korang tu dah jadi hak milik aku!Suka hati akulah!"Suara Rizq pun dah semakin meninggi. Dia bukanlah seorang yang penyabar sangat. Tambah pula dengan orang suka menyibuk macam kawan-kawan si Hanin ni. Mujur perempuan, kalau tak dah lama tersungkur di bawah ni makan penangan tumbukan Rizq Haikal.

Amirah tergelak apabila mendengar perkataan 'hak milik'. "Apa kau cakap hak milik? Hak milik pun, dia ada kebebasan sendirilah untuk buat apa yang dia suka. Cara kau ni dah macam nak kongkong hidup dia...."

"Cukup! Mirah.. Aku suami dia! Kau takde hak nak nasihat aku. Aku berhak untuk tentukan dengan siapa dia boleh berkawan. Kalau kau tak boleh terima kau balik! Aku tak ada masa nak layan korang."Halau Rizq. Dia tak suka orang nasihat dia. Dia tahu apa yang dia buat. Apa hak mereka untuk atur hal rumah tangga dia. Kan?

"Okey... Fine! Sekali kawan aku sakit.. Aku takkan maafkan kau!Kau ingat tu!"Ujar Amirah lalu menarik tangan Shafiza keluar dari rumah Rizq. Shafiza pula menarik tangan Afina yang masih terkial-kial mengambil beg.

"Mirah! "Panggil Hanin sambil meluru ke arah mereka. "Aku minta maaf. Kau jangan terasa dengan apa yang Rizq cakap,dia memang macam tu,sawan sikit. Aku rasa bersalah dengan korang"

Amirah menggeleng. "Tak pe... Kau tak salah.. "Amirah langsung tidak marahkan Hanin. Cuma dia geram dengan sikap si Rizq yang tak semenggah tu.

Hanin menggeleng kepalanya berkali-kali. "Thanks sebab ambil berat tentang aku. Apa-apa esok aku cerita kat sekolah. "Ujar Hanin. Air matanya bergenang di tubir mata. Hati dia sakit apabila kawan-kawan dia terasa hati. Sampai hati Rizq.

"Kami balik dulu. "Pinta Amirah.

"Kau jaga diri baik-baik. "Pesan Shafiza lalu bergerak ke arah motosikal masing-masing.

"Apa masalah awak, nak marah kawan-kawan saya hah?! "Tengking Hanin setelah kawan-kawannya sudah hilang dari kawasan rumah mereka.

Apabila mendengar tengkingan dari Hanin, Rizq bingkas bangun berdiri. Senang untuk dia lihat muka Hanin sebab ketinggian dia 175 cm dan Hanin mungkin dalam 160 cm. Hanin hanya separas dagu dia sahaja.

Hanin menunduk apabila Rizq memandang dia begitu. Seberani dia pun, dia masih takut dengan Rizq sebab sikap Rizq tidak boleh diduga.

"Kenapa tak tengking lagi? Tengkinglah! Siap cakap aku sawan lagi kan?"

Terpejam mata Hanin apabila Rizq meninggikan suaranya. Hampir saja air matanya jatuh sebab terkejut. Hanin menguis jari kakinya di lantai. Dia pohon kekuatan sekarang ni. Tapi, dia dengar ke aku cakap dia sawan? Erk?!

"Kalau kau sayangkan kawan-kawan kau lebih baik kau nasihatkan diorang supaya jangan masuk campur urusan rumah tangga kita! Aku tak suka."Pesan Rizq keras. Dia buat begitu sebab dia tak suka orang masuk campur.

Hanin memberanikan dirinya dengan memandang wajah Rizq. "Kalau saya tak nasihat, apa awak nak buat, huh? Yang saya tau saya nak awak mintak maaf dengan kawan-kawan saya juga."

Rizq tersenyum sinis. Nampak riak badboy di situ. "Ada aku kisah. Kalau kau tak buat, it's okay.. Kita pindah sekolah. "Ujar dia lalu bergerak ke lif tanpa menunggu balasan Hanin. Tergamam Hanin. Susahlah dapat suami otak sewel macam ni. Apa yang ego sangat entah suami dia ni. Serabut otak!

°°°

"Baik! Anak pelajar yang dikasihi sekalian, saya minta kamu semua berkumpul hari ni ada sebab. "Ujar Pengetua. "Pertama, sekolah kita akan adakan kem perkhemahan pada hujung minggu ini. Setiap, unit uniform mesti ada 15 orang yang sertai! Saya harap guru unit memilih murid yang ada kemahiran asas berkawad. "Jelas pengetua.

Geng-geng Hanin semuanya dah teruja. Sudah lama mereka inginkan kem di sekolah. Akhirnya tahun ni ada, mudah-mudahan ada peluang.

"Anin... Mintalah kita dapat! "Doa Isma. Gila tak sabar Minah ni!

"Aku pun harap macam tulah! Tak sabarnya.. "Hanin terus memandang depan untuk memberi perhatian.

"Yang kedua! Saya mohon 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 tunggu di sini selepas perhimpunan. "Arah pengetua. "Saya rasa setakat ini saja yang saya nak bagitau. Semua boleh bersurai. "Sambung pengetua lagi.

Semua pelajar bersurai, hanya tinggal pelajar dari kelas 5 Sains 1 dan 2. Mereka bergerak ke hadapan untuk berjumpa dengan pengetua.

"Baik, semua dah ada? "Soal pengetua.

"Semua ada cikgu! "Jawab semua pelajar dari kelas itu.

"Okey! Kalau campur semua kelas kamu ada 50 orang kan? "

Ketua kelas masing-masing dah mula mengira rakan-rakan mereka. "Ya cikgu! Semuanya 50 orang. "

"Bagus! Apa yang saya nak bagitau ialah 15 orang pelajar yang berminat untuk sertai projek pelajar di KL, boleh beri nama kepada guru bahasa inggeris kamu. "

Masing-masing mula berbisik antara satu sama lain.

"Saya belum habis cakap lagi. "Tegur pengetua. "Kamu mesti ada 3 kumpulan yang ahlinya hanya 5 orang sahaja. Dan projek kamu mestilah mempunyai faedah. Kamu boleh buat persediaan sebulan dari sekarang."

Hanin mengangkat tangannya. "Err.. Cikgu faedah yang macam mana eh? "

"Good question! "Puji pengetua. "Saya nak projek yang kamu buat tu berguna untuk orang. Yang ada banyak kegunaan. Faham? "

"Faham.... "Jawab mereka serentak.

"Kalau takde apa-apa dah boleh bersurai. "

"Kau nak masuk tak Hanin? "Soal Isma.

"Aku? Memang naklah bukan senang nak dapat peluang. "Ujar Hanin dengan bersemangat. "Tapi, mesti satu kelas nak masuk kan? "Soal Hanin tiba-tiba.

"Memanglah.. Tapi kita mesti usaha nak dapatkan tempat dalam projek ni. Dah boleh mula rancang dah ni. "Ujar Shafiza. Semangat betul perempuan ni. Nampak sangat dia memang nak masuk.

"Lagi satu, kita mesti buat lain dari yang lain sebab aku nak kita dapat pergi. "Sambung Shafiza lagi. Kali ini, dia betul-betul serius.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now