5:Sekolah

40.5K 2.9K 74
                                    

Hanin menggosok matanya berkali-kali dan mengeliat kecil sewaktu jam berdering. Lantas sahaja dia hendak bangun mandi, badan Hanin terasa berat. Kenapa macam berat je?

Bukan main terkejut dia apabila ada tangan lain yang memeluk kemas badannya. Waa..  Makkk... Hanin takut...

Dengan kuat dia menampar tangan itu.

Pap!

"Auchh! "Jerit si pemilik tangan. "Apa kau ni! Sakitlah bodoh! "Lancang Rizq bersuara. Pedih tangan dia dek tamparan kuat dari Hanin. Dahlah, terkejut apabila tengah sedap tidur terasa tangan pedih ditampar begini.

Terus terbeliak mata Hanin. Alamak! Dia terlupa yang dia sedang tidur dengan manusia lain."ops! Sorry.. Saya tak sengaja. Awaklah, siapa suruh peluk saya. Saya just terkejut okey? "Kata Hanin selamba. Tapak tangan dia juga terasa pedih. Mahunya tak pedih, dia tampar lengan Rizq dengan sekuat hati.

Rizq terus bangun dari pembaringan apabila Hanin kata dia peluk perempuan tu.

"Bila masa pula aku peluk kau? Tak ingin aku.. "

Hanin mengetap bibir geram. Sedap-sedap dia peluk aku tak nak mengaku pula. Siap kau! Desis Hanin dalam hati.

"Tak ingin.. Sampai naik lemas saya tahu? Benci cakap dengan awak.. Bukan boleh kira sangat. Dahlah, saya nak mandi dulu. Kejap lagi nak pergi sekolah.. "Hanin segera turun dari katil dan menyarung kasut untuk ke bilik air.

"Bukan main happy kau kan? "

Hanin tersenyum. "Happy la...kejap lagi saya nak jumpa.. "

"Kau jangan nak jumpa si Khalil tak guna tu. Aku tak suka! "Bentak Rizq sambil menarik lengan Hanin yang baru hendak buka pintu bilik air. Bukan main marah dia sampai tarik-tarik lengan ni.

"Tulah.. Lain kali orang cakap dengar bagi habis dulu.. Ini tak! Main tuduh je.. Tepilah! Tak jadi nak cakap. "Ujar Hanin lalu menarik tangannya dari genggaman Rizq. Dengan segera dia memboloskan diri ke dalam bilik air.

"Kalau aku dapat tau kau rapat dengan si 'malaun' tu siap kau! "

"Sudah-sudahlah dengan cemburu buta awak tu Rizq.. Bukannya dapat apa pun kalau berdendam dengan orang.. "Laung Hanin dari dalam bilik air.

Rizq mendengus kasar. Geram dengan si Khalil. Aku benci kau, Khalil! Jangan harap kau boleh rampas Hanin dari aku.

                          °°°

"Hai, kak happy nampak hari ni. "Tegur Hanin kepada kawannya dari kelas 5 Sains 2.Mereka berada di kelas yang berlainan tetapi sering keluar sekali bila waktu rehat.

Isma menampar bahu Hanin apabila Hanin menggelarnya sebagai kak. Tapi memang kena pun dengan Isma sebab Isma ni dia pelajar repeat. Sepatutnya dia dah 18 tapi masih di tingkatan lima.

"Kau ni kan.. Suka sangat gelar aku kak? "Isma mengetap bibir geram.

"Ala... Aku just nak ingatkan kau yang kau tu dah tua.. Tapi, perangai still macam budak-budak."Gurau Hanin. Seronok gila dia dapat bergurau kasar dengan si Isma ni.

"Relaxlah... Anin.. Tadikan aku jumpa crush aku.. Ya Allah.. Handsome gila babe... "Isma kalau dah bercerita fasal crush memang tak ingat dunia.

Hanin menggeleng kepala berkali-kali. "Siapa pula crush kau kali ni? "

Isma memuncungkan bibirnya ke hadapan untuk menunjuk jantung hati dia. Hanin cuba melihat jejaka itu. Huishh.. Dia ni.. Kawan si Rizq tu ke..

"Ouh.. Dia ni... "

"Kenapa kau kenal ke? "Soal Isma kepada Hanin apabila Hanin memberi reaksi sebegitu.

"Kau ni pun.. Dia kan budak kelas aku.. Nama dia Wafi.. "Ujar Hanin sambil tersenyum mengejek. Kata crush tapi satu habuk pun tak tahu.

"Kau ni pun aku baru je 'usha' dia. Memanglah aku tak tau. "Isma memuncungkan bibirnya.

"Kau nak tau tak siapa stalker terhebat kat kelas aku? "Soal Hanin sambil memandang ke depan.

Isma mengerutkan keningnya. "Siapa? Kau? "

Hanin tergelak kecil. "Apalah kau ni! Memang taklah kalau aku. Tu, si Aina tu ha...dia tu kalau crush kat orang memang dapatlah.. "

"Ouh.. Aina.. Itu aku tau.. Tapi, diorang rehat kat mana? "Ujar Isma. Biar betik yang dia kenal Aina. Tak hairanlah kalau dia kenal.. Aina kan suka cari kawan baru..

"Dekat koperasi kot. Tadi diorang cakap nak beli buku. "Jawab Hanin sambil mengunyah roti yang di beli. Matanya ralit memerhati Rizq yang lalu di hadapan. Rizq tak nampak dia ke? Ish! Apa kau lantaklah dia nak nampak kau ke tidak. Desis hati Hanin.

Pap!

Isma menampar bahu Hanin sehingga Hanin mengaduh."Sakitlah! "

"Kau dah kenapa? Asyik pandang Rizq je.. Kau suka dia eh? "Usik Isma.

"Taklah.. Dia kan dah ada buah hati, si asyikin gedik tu. "Hanin menekan perkataan 'gedik' tu dek kerana sakit matanya memandang adegan mesra dua orang tu. Kalau dia cakap dengan Khalil kena marah tapi dia dengan minah tu okey pula.

"Macam marah je.. "

"Bukan marah tapi menyampah. "Lantas Hanin mengunyah roti dengan kuat. Isma ketawa kecil melihat perangai Hanin serupa geram sangat dengan si Asyikin tu.

"Dah jom masuk kelas.. Dah pukul 10.55 ni. "Ajak Hanin setelah menghabiskan roti yang dimakan.

"Esok kita rehat sekali. Ajak awatif sama. Rajin betul dia study.. "Ujar Hanin kepada Isma yang mengorak langkah ke kelasnya.

"Okey.. "Balas Isma sambil mengenyitkan sebelah matanya. Mentang comel akak seorang ni... Geram betul dia tengok. Haha!

Yang mana belum vote tu, vote cepat guys.. 😂😂

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now