Special chapter🎉

32.9K 1.8K 196
                                    

10 tahun kemudian,

"Umi.. Bila abi nak balik? "Soal anak kecil yang baru berusia 6 tahun itu.

Hanin tersenyum nipis. "Kejap lagi, abi balik lah.. Amir tidur dulu ye? "Hanin menggosok kepala anaknya itu supaya tidur. Sambil itu, dia mendodoikan anaknya itu perlahan dengan berzikir.

Amir mengangguk perlahan sebelum memejam rapat matanya. Amir mudah faham. Lagipun, Rizq tak pernah abaikan anaknya walau dia sibuk macam mana pun.

Setelah memastikan anaknya tidur, Hanin mencium dahi anaknya lalu menutup lampu. Pintu bilik Amir dia tutup rapat.

'Mana Rizq ni, jam macam ni pun tak balik lagi.. 'Omel Hanin sendirian.

"Bah! "Sergah Rizq dari belakang.

"Oh mak kau jatuh! "Kus semangat Hanin ketika itu. "Abang! Apa ni? Abang nak Anin mati cepat ke apa ni? "Marah Hanin.

Rizq ketawa kecil. Terus dia peluk pinggang Hanin dari belakang. "Mana ada sayang, abang saja je.. Kenapa dok bebel abang tak balik lagi? Anin rindu abang erk? "Usik Rizq.

"Apalah, abang ni.. Anin risaulah, kalau pukul 10 malam macam ni tak balik lagi.. Abang pergi mana? "

Rizq tersenyum kecil di belakang Hanin.

"Abang ada kerja yang nak kena siapkan sebab esok abang ada meeting.. Itu yang lambat tu..."terang Rizq. Pelukan dilepaskan lalu menarik tangan Hanin masuk ke dalam bilik.

"Amir dah tidur? "Tanya Rizq sambil melonggarkan tie yang dipakai. Hanin duduk di birai katil sambil memerhatikan Rizq.

"Amir dah tidur.. Dia rindu dengan abang sangat tadi. Dia kan, biasa dengan abang kalau nak tidur malam.. "Hanin bergerak ke arah Rizq dan membantu Rizq membuka butang bajunya. Hanin memandang muka Rizq yang hanya membiarkan sahaja tindakannya itu.

"Kesian Amir.. Kejap lagi abang tengok dia.. "

"Tak payahlah, abang pun penat kan? Ni dah makan ke belum? "Soal Hanin.

Rizq menggeleng sambil tersengih. Tanganmya naik memegang perut sendiri. Nampaknya kejap lagi dia kena bebel lah sebab tak makan.

"Abang.. Kan Anin dah pesan sibuk macam mana sekali pun makan lah dulu.. Abang ingat badan abang tu dah kebal sangat ke nak tahan penyakit? Huh? "Bebel Hanin.

Terus dia berlalu ke pintu bilik. Sebelum dia keluar sempat lagi dia memberi pesanan kepada Rizq.

"Abang mandi dulu, kejap lagi turun makan. Anin nak panaskan lauk dulu. "

Rizq tersenyum. Dia bersyukur sangat dikurniakan isteri yang sebaik Hanin. Walaupun Hanin kuat membebel sejak jadi ibu ni, dia juga bersifat tegas dan berhati lembut. Itu yang dah jadi cikgu biologi sekarang ni. Dia pulak ceo menggantikan tempat daddy nya.

Terus dia masuk ke bilik air untuk mandi.

°°°

Amir mengeliat kecil sebelum membuka matanya perlahan. Apabila dia menarik selimut dan ingin turun ke bawah, dia pelik bila badannya tersekat dan tidak dapat turun. Terus dia pandang tepi. Bukan main terkejut dia melihat gerangan yang sedang tidur di tepinya itu.

"Abi! "Jeritnya. Terus dia membalas pelukan Rizq dan mencium pipi Rizq bertalu-talu.

Rizq membuka matanya. Sebenarnya dia tak tidur pun. Tujuannya hanya ingin mengejut anaknya itu untuk ke tadika. Tapi, malas nak kejut terus dia peluk dulu tubuh anaknya itu.

"Rindu abi ke? "Soal Rizq sambil melihat muka teruja si anak.

"Amir rindu abi.. Tapi, semalam abi pergi mana? Tak balik? "

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now