Rizq X Hanin(2)

22.3K 1.1K 162
                                    

"YA ALLAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"YA ALLAH... sampai dah depa ni haa.. "Ujar tok teruja. Nampak okey pula tok hari ni. Hanin terus salam tok dan peluk cium tubuh tua itu diikuti Rizq dan yang lain.

"Sihat tok? "Tanya Rizq. Tok pegang bahu Rizq dan digosok perlahan.

"Macam nilah tok.. Kadang larat kadang dak. Mai la masuk kesian hampa letih. Ha Liah ni depa sampai dah, "tok terus beritahu mak long apabila mak long baru keluar dari dapur.

"Ya Allah lama tak tengok depa ni...besaq dah cucu menakan(saudara) tok long ni... "Dicubit pipi Amir.

"Mak long sihat? "Tanya Hanin sambil menyalami tangan wanita itu.

"Alhamdulillah sihat lagi. Ha, mailah masuk rehat dulu. Malam baru hampa sampai mesti letih ni, "pelawa mak long. Encik Zainal dan Puan Masyitah membontoti langkah si anak masuk ke dalam rumah.

Sedang rancak bercerita, kedengaran suara orang memberi salam. Mak long terus bangun mahu membuka pintu.

"Tasha lah kot. Depa kata tadi nak sampai dah. Anak dia la macam-macam, "mak long terus buka pintu. Terjengul wajah natasha dan juga menantunya. Aizat pula dalam dukungan suami Natasha.

"Hanin sampai dah mak? "

"Baru ja sampai. Masuk cepat, tu anak pun tidoq dah tu, "mak long cepat-cepat suruh Natasha masuk. Natasha terus langkah masuk dulu sebelum suaminya turut masuk ke dalam.

Malam itu, orang lelaki semua perlu tidur di luar kerana bilik tidak cukup. Natasha, Hanin dengan anak-anak tidur dalam bilik. Sempat juga Hanin dan Natasha bergosip bab anak-anak apa semua.

"Hang makan apa weyh.. Badan kecik macam tu ja? "Hanin anak dah dua tapi still macam tu. Hairan juga Natasha.

"Aku mana makan apa pun. Jaga makan sudahlah. Aku lepas bersalin mak mertua memang jaga sungguh, "cerita Hanin. Ya lah, Rizq nak dekat dengan dia pun dipantau. Lepas tu bab makan lagilah banyak pantang.

"Anak aku kuning dulu nak bertungku pun tak menyempat. Ulang alik hospital anak aku kan dekat nicu, "adu Natasha lagi. Ingat tak penat ke dulu kena ulang alik hospital dengan dia yang masih dalam pantang.

"Anak aku dulu kuning tu ada juga tapi tak teruk sangat, "bila mak cik-mak cik bawang berjumpa macam nilah jadi. Hanin dan Natasha dah semakin rapat sekarang ni tak macam dulu asyik nak gaduh.

"Lega lah kalau macam tu. Aku ni anak baru sorang tapi badan dah pakai saiz L tau, "sambung Natasha lagi.

"Alah kau saiz L je pun. Itupun baju lagi besar dari badan, "seloroh Hanin sebelum Hanan muka merengek.

"Shh, shh, "Hanin tepuk peha Hanan.

"Bi... Bi... "Ha sudah! Meragam panggil abi pula.

"Pi la panggil laki hang. Aku boleh keluaq dulu. Dak pun aku tidoq ja kat luaq, "

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now