15:Kawad kaki

30.7K 2K 124
                                    

Hanin tidak boleh tidur pada malam itu. Perutnya sakit. Pusing kanan tak boleh, pusing kiri pun tak boleh. Kedua keningnya hampir saja bertemu antara satu sama lain.

Adumakk!! Sakitnya perut ni.Guma Hanin sambil kakinya naik merengkot di perut. Dia tidak boleh tahan lagi. Dia bangun lalu menyentuh bahu Afina.

"Fin... Jom teman aku pergi toilet kejap? "Pinta Hanin sambil menggoyangkan badan Afina.

"Malas arghh... Mata aku tak boleh buka ni.. Ngantuk gila.. "Ujarnya dalam keadaan mata yang terpejam.

Orang dah tak nak, nak paksa macam mana lagi. Dia pergi seorang dirilah jawabnya.

Terus dia sarungkan tudung hitam ke kepalanya. Dengan perut yang sakit dia bergerak laju untuk ke tandas tanpa memikirkan perkara lain.

Rizq yang sedang berada di luar khemah,melihat Hanin dengan pelik. Mana tak peliknya, Hanin keluar dari khemah dan terus memecut laju ke tandas. Sakit perutnya tidak boleh ditahan lagi.

Rizq memutuskan untuk mengikut Hanin. Rizq berhenti berjalan apabila Hanin masuk ke tandas. Dia terus melangkah ke hadapan tandas. Dah larut malam, semua orang dah tidur. Jadi, dia beranilah sampai ke depan tandas perempuan begini.

Pap!

Tersentak Hanin apabila mendengar benda jatuh. Apa benda tu? Gumam Hanin.

Dia menggigit bibir sendiri. Dia takut. Dahlah datang seorang diri macam ni.

Pap!

Oh sudah! Ada benda nak usik dia ke? Terus dia melangkah keluar dari tempat membuang hajat. Matanya sudah melilau rata. Sekarang ni perasaan takut banyak menguasai diri.

"Arghhhhhhhh! "Jerit Hanin apabila ada lembaga hitam di hadapannya. Apabila mendengar jeritan Hanin, terus lembaga itu memekup mulut Hanin dengan tangannya.

Hanin masih tidak putus asa untuk melepaskan dirinya. Sikunya kuat menyigung perut lembaga itu.

"Shhhh.... Ni akulah.. Jangan jerit! "Pesan lembaga itu. Lembaga? Macam pernah dengar suara ni. Macam mana dia....

"Macam mana awak boleh ada dekat sini? "Soal Hanin seusai sahaja Rizq melepaskan mulutnya. Buat terkejut orang sahaja.

"Tak payah tanyalah macam mana aku boleh ada dekat sini. Yang kau ni, buat apa sorang-sorang macam ni? Tak takut ke? "

Hanin terus senyum senget. "Saya? Nak takut? Kalau takut bukan Haninlah namanya.... "

Pap!

"Arghh... Awak... Apa tuuuuu? "Terus Hanin melompat memeluk kemas tubuh Rizq. Tergamam rizq seketika sebelum ketawa berdekah-dekah.

"Tadi je kau kata tak takut. Ni apa?! Bukannya takut, huh? "Ejek Rizq. Cakap besar sangat tadi. Ni peluk dia tak nak lepas.

Hanin terus saja memyembam muka di dada Rizq. Pada saat ini, jantung Rizq berdegup laju, terus mulut berhenti ketawa mengejek.

Apabila tersedar, Rizq terus bersuara. "Kau nak ambil kesempatan kat aku ke? "

Terus memerah muka Hanin. Segera tangannya melepaskan pelukan kemas tadi.

"Maaf.... "

"Apa? Aku tak dengar... Ulang sekali lagi aku nak dengar. "

Hanin mendecit geram.

"Maaf... Saya takut sangat tadi.. Saya kalau takut memang akan peluk orang. Saya... Saya minta maaf. "

Rizq tersenyum senget. "Lain kali jangan cakap besar. Kan dah kena. Aku maafkan, lagipun aku suka je kau peluk aku."

Dia suka?

"Err... Awak suka apa? "Ulang Hanin semula.

"Dahlah.. Tak payah banyak cakap. Jom jalan sekali balik khemah. Aku tau kau takut. "

"Err.. Wak boleh tunggu kejap tak? Perut saya masih sakit lagi ni.... "

Rizq menggangguk. "Pergilah aku tunggu. Cepat sikit. "

Terus Hanin mencium pipi Rizq. Seronok sangat ada orang teman.

Terbeliak terus mata Rizq. Jantungnya, jantungnya berdegup lagi buat entah ke berapa kalinya. Dia benar-benar pelik dengan perasaannya sekarang ni.

Adakah ini cinta?

                          °°°

"Aku harap kita boleh buat. Puteri islam.... Boleh! "Kata Hanin bersemangat. Dia harap mereka boleh menang dalam kategori ngo ini.

"Puteri islam.....boleh! "Ikut ahli puteri islam serentak. Biarpun orang mengata mereka lembik. Semangat di dalam diri mereka tetap kuat. Biarpun orang kata mereka geng nasyid. Mereka tetap semangat.

Kata-kata itulah, yang membuatkan semangat puteri islam membara hebat.

Pertandingan kawad kaki dimulakan oleh krs. Masing-masing bersemangat untuk menang.

Tiba-tiba Khalil datang menegur. "Hanin, saya harap awak menang! "Ujar Khalil. "Saya harap awak doakan saya boleh menang dalam pertandingan ini juga. "Sambungnya lagi.

Hanin menggangguk perlahan. "Terima kasih. Saya doakan awak juga! "Kata Hanin sekadar bermanis mata. Tapi, saya akan lebih mendoakan suami saya untuk menang! Sambung Hanin di dalam hati.

Biarpun tidak berapa suka dekat Rizq, Hanin tetap mengharapkan Rizq yang menang.

Rizq yang melihat terus meluru ke arah Hanin. Dia geram tengok Khalil yang bermesra dengan isterinya. Dasar lelaki miang!

"Hanin lepas ni kau pulak.. Pergilah sedia! "Arah Rizq dan menjeling Khalil tajam.

Hanin mengangguk. Terus dia melangkah pergi. "Err.. Hanin.. Good luck! "Ucap Rizq Agak gagap.

Hanin tersenyum. Dia gembira apabila suami sendiri mengucapkan 'good luck' kepadanya.

"Awak pun... 'Good luck'! "Ucap Hanin sebelum melangkah ke arah ahli puteri islam.

"Kau... Jangan ingat kau boleh menang! "Kata Rizq kepada Khalil. Khalil tersenyum sinis. Di belakang Hanin, bolehlah dia tunjuk taringnya.

"Apa? Kau ingat, aku nak berdiam diri ke? Aku takkan biarkan kau menang.. Lagi satu Hanin will be mine! "Kata Khalil sebelum ketawa mengejek. Rizq semakin mengetap gigi geram.

"We'll see"kata Rizq juga dengan perasaan geram yang membuak-buak dalam dirinya.

Hanin, will be mine forever....

------------------------------------------------------

Agak-agak kan, siapa yg akan menang kawad kaki tu? Rizq ke Khalil?

Please.. Vote and comment too...

Much love,

Peanut.....

             To be continued...

Jodohku,Classmate Ku?✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora