29:Projek pelajar

27.6K 1.6K 55
                                    

Satu bulan kemudian,

15 pelajar yang terpilih untuk menyertai projek pelajar diarahkan untuk menunggu bas pada pukul 7 pagi. Semua pelajar mengenakan casual outfits kerana hari balik baru mereka akan mengenakan t-shirt sekolah.

"So, after the bus arrived i want all of you to behave yourself.. Can you? "Pesan madam jeet. Teacher cat yang baru sampai meletakkan bagasinya di sebelah bagasi madam jeet.

"Good morning..i feel so excited today! "Sapa teacher cat dengan ceria.

"Good morning too teacher.. "Balas Hanin. Rizq yang berada di sebelahnya bergerak menuju ke arah Wafi yang memanggilnya.

Uhuk! Uhuk!

Batuk Hanin. Sebenarnya hari ni, dia rasa kurang sihat sikit tapi digagahkan dirinya juga untuk pergi. Awatiff yang memerhati terus mendekati Hanin.

"Kau kenapa? Tak sihat ke? "Soalnya apabila melihat wajah Hanin yang sedikit pucat.

Hanin menggeleng perlahan.

"Tak.. Aku nampak kau macam tak sihat. Kenapa?demam ke? "Soal Awatiff prihatin. Dia melekapkan tangannya ke dahi Hanin.

Suam!

"Kau nak demam ni. "

"Shuuut.. Diamlah.. Madam dengar nanti aku takut aku tak boleh pergi... "Hanin meletakkan jari telunjuk di mulutnya tanda diam.

Awatiff mengeluh lalu mengangguk. "Okey! Tapi janji dengan aku kau kena makan ubat! "Pesan awatiff perlahan.

Hanin mengangguk. "Aku janjii.. "

"Okay.. The bus arrived.. You can put your luggage into the bus.. Come here! "Laung madam jeet apabila bas sampai. Kelihatan ada lagi pelajar dari sekolah lain turut sama menaiki bas itu.

Rizq menarik tangan Hanin ke tepinya. Dia nak duduk dengan Hanin.

"Sabar wak.. Saya tau saya duduk ngan awak.. "Ujar Hanin lembut. Semakin lama dia duduk dengan lelaki itu semakin jatuh rasa sayangnya buat Rizq. Jujur dia cakap.

"Taklah.. Aku takut kau lupa je... "

Hanin memandangnya hairan. Pelik. Macam mana pulalah dia nak lupa.

"Dah. Jom letak bagasi. "Ajak Hanin.

Bagasinya dengan Rizq diletakkan bersebelahan. Kata Rizq, biar nanti senang nak ambil. Macam-macam pula alasan dia.

Uhuk! Uhuk!

Hanin batuk lagi. Rizq yang mnedengar berkerut. Asal tadi okey je.

"Kau tak sihat ke? "Soal Rizq risau. Muka Hanin nampak benar-benar macam orang yang tak sihat.

Hanin mengangguk.

"Asal kau tak bagitau aku? "

"Saya tak nak awak risau.. Janganlah marah saya.. "Ujar Hanin. Hanin duduk di tepi tingkap bas manakala Rizq duduk di sebelah dia.

Rizq mengeluh lalu mengambil begnya di bahagian atas tempat mereka duduk.

"Awak nak buat apa tu? "

"Kasi kau makan ubat lah.. "

"Tak naklah saya! Nanti baiklah.. "Dia tak rela makan ubat walaupun cepat sembuh. Sungguh tak rela! Dialah manusia yang paling susah nak makan ubat tau tak?!

Rizq mendesak lagi. "Kalau kau tak makan, aku bagitau madam. Biar dia tak kasi kau pergi! "Ugut Rizq. Hanin mencebik.

"Awak jangan nak macam-macam eh? Bak sini ubat tu. "Ubat ditangan Rizq dicapai lalu dia teguk setengah air mineral. Puas nak telan walaupun ubat tu kecil je. Susah betul!

Rizq senyum puas hati. "Kan senang kalau macam ni! "Kepala Hanin digosok lalu duduk di tepi Hanin.

Kerusi Hanin diturunkan supaya selesa untuk tidur. Terkejut juga Hanin mula-mula selepas itu baru dia faham.

"Pejam mata, rehat dulu. Dalam sejam juga nak sampai hotel. "Pesan Rizq.

Hanin mengangguk lalu memejamkan matanya. Sejujurnya tekak dia terasa perit sekarang ni.

Dia lihat seorang perempuan sebaya mereka tersenyum-senyum memandangnya tetapi dia buat tidak layan sahaja. Dia mengeluarkan telefon dan earphone lalu earphone dimasukkan ke dalam telinga. Lagu girls like you didengar. Matanya dipejam rapat juga. Malas nak layan semua.

                           °°°

"Anin... Dah sampai.. Bangun... "Kejut Rizq.

Hanin memisat-misat matanya. "Dah.. Sampai? "Soal Hanin dalam suaranya yang dah semakin serak.

"Dah... Sampai.. Jom bangun.. Kau larat ke tak ni? "

"Saya okey.. Awak jangan risau... "Ujar Hanin sambil memusing badannya kiri dan kanan.

Rizq mengangguk lalu bangun mengambil barangan mereka di atas. Beg Hanin dihulurkan kepada Hanin.

Sungguh Hanin rasa badannya tak sedap walaupun dia kata okey.

"Masuk bilik nanti rehat dulu sebab malam nanti kita ada aktiviti. "Pesan Rizq lagi. Hanin hanya mendengar.

"Eh, dah-dah.. Tu orang nak bagi bilik dah tu! "Tukas Amirah sambil menarik lengan Hanin.

Rizq menggeleng kepala lalu mengikut mereka dari belakang.

"Kau jangan nak lebih, sini kau ikut aku! "Wafi pula mengheret lengan Rizq ke meja yang disediakan di dalam hotel itu.

Rizq menyigung perut Wafi. Tak kuat pun hanya bergurau.

"Sibuk jelah, kau ni! Orang nak sweet ngan bini pun kau nak kacau! "Marah Rizq. Dia hanya dapat perhati Hanin dari jauh. Nampak Hanin tak berapa nak happy sebab tak sihat.

"Sian, kau! "Ujar Rizq perlahan.

Wafi yang mendengar terus terbeliak mata. "Angau teruk dah kau ni! "

Rizq menjeling. "Biar ah.... Jealous la tu! "Perli Rizq.

"Takde masa aku nak jealous.Tu diorang dah bagitau bilik tu.. Mintalah kita dapat sekali. "Ujar Wafi sambil menunjuk ke arah kaunter.

"Eh tu nama aku! "Ujar Rizq.

"Tapi.... "

---------------------------------

Here the update...
Maybe author takkan update dalam masa beberapa hari ni.. Berapa hari tak tau lagi.. Hehe..

Suka tak, Rizq yang caring macam ni?

Don't forget to vote and comment..

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now