2:Keputusan.

44.4K 2.2K 510
                                    

Media atas tu Rizq... Itu bagi sayalah... 😉

Keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi semakin panas apabila kedua orang tua mereka tidak mempercayai perbuatan itu.

Puan Masyitah memandang anak gadisnya dengan perasaan kecewa. Dia tidak percaya tetapi cikgu tidak akan berbohong. "Hanin apa yang Hanin buat memang mengecewakan hati ibu. Ibu tak sangka Hanin macam ni. "

Mengalir terus air mata Hanin apabila ibunya berkata begitu. Dia telah kecewakan ibu dan ayahnya. Walaupun ayahnya diam, dia tahu ayahnya kecewa.

Hanin mendekati ayahnya.

"Ayah... Hanin tak buat ayah. Ayah percayakan Hanin kan? "

Encik zainal mengeluh lemah. Dia menarik nafas perlahan bagi menambahkan kekuatan dirinya.

"Ayah percaya Hanin tapi Hanin dah runtuhkan tembok kepercayaan ayah kepada Hanin. Ayah tak pernah ajar Hanin macam ni. Ayah malu Hanin. Mana ayah nak letak muka ayah. "Encik Zainal meraup mukanya kasar.

Datin Ruqayyah mendekati Puan Masyitah. Dia menggosok lembut bahu Puan Masyitah. Dato' Khairuddin mula berdehem dan bersuara.

"Encik zainal.. Saya ada satu benda nak cakap."

Encik Zainal mengangkat wajahnya memandang Dato' Khairuddin yang masih dalam kot pejabatnya.

"Apa yang Dato' nak cakap? "

"Macam ni.. Dengan apa yang dah berlaku saya nak Rizq bertanggungjawab. Dan saya dah buat keputusan nak kahwinkan mereka berdua. "

Terdiam Puan masyitah dan encik zainal.

"Saya.. Tak pasti Dato"ujar Encik Zainal perlahan. Anaknya masih muda mampu ke nak pikul tangunggungjawab seorang isteri.

Puan Masyitah mengangguk setuju.

"Saya setuju kalau kita kahwinkan anak kita. Kalau dah sampai macam ni memang kena kahwinkan aje. Memanglah mereka bercium saja tapi kalau dah begini saya tak nak perkara ni berulang lagi. Biarlah mereka ada ikatan yang sah."Sokong Puan Masyitah. Terbeliak mata Encik Zainal.

"Mas.. Anak kita tu muda lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Mas ingat mudah ke nak pikul tanggungjawab tu. "Encik Zainal memicit dahinya tatkala runsing memikirkan hal itu.

"Itu Mas tahu abang tapi ini yang kita perlu buat sebelum perkara tu ulang lagi. Mas tak nak semua tu jadi. Dan Mas tak sangka benda tu jadi dekat anak kita.Mas kecewa abang ."Puan Masyitah menghela nafas berat. Dia terpaksa buat semua tu.

Datin Ruqayyah memandang muka suaminya. "Macam mana abang. Setuju tak? "

Dato' Khairuddin mengangguk. "Abang setuju sebab ini untuk kebaikan anak kita jugak. "

Encik Zainal menggeleng sebelum memalingkan wajahnya ke belakang. Dia memerlukan ruang tapi dia kena buat keputusan cepat. Dan keputusannya sekarang...

"Saya sedia melepaskan anak saya kepada anak Dato'. "Ujar Encik Zainal walaupun jauh di sudut hatinya dia terkilan.

"Mari kita bagi diorang keputusan ni. Padan dengan diorang pandai buat pandailah tanggung. Mujur tak buat benda yang lebih memalukan kita."Bebel Datin Ruqayyah sambil melangkah masuk ke dalam bilik kaunseling semula selepas habis berbincang.

Hanin dan Rizq serentak memandang orang tua mereka masuk ke dalam bilik.

"Apa keputusan warisnya? Kita nak denda atau encik dan puan ada keputusan lain?"Soal cikgu maria setelah menunggu lama waris Hanun dan Rizq buat keputusan.

"Kami dah putuskan yang nak kahwinkan saja budak berdua ni. "Ujar Dato' Khairuddin.

"What? Kahwin? "Serentak Hanin dan Rizq bersuara.

"No.. Mommy Rizq tak nak. Apa mommy ni? Rizq baru form 5 kot.. "Bangkang Rizq. Padahal semua yang berlaku sebab dia. Dia yang tak boleh kawal perasaan bila Hanin dekat dengan si Khalil. Dia pun tak tahu nak terangkan macam mana perasaan tu. Mungkin cemburu?

"Ibu.. Apa ni ibu Anin tak nak.. Anin tak sedia nak jadi isteri orang lagi ibu.. "Hanin sudah menarik-narik tangan puan masyitah.

"Ibu tak kira Anin kena kahwin untuk kebaikan Anin. "Puan Masyitah tegas dengan keputusan yang dibuat mereka.

"Kebaikan apanya Anin tak buat ibu. Ni Rizq nilah yang heret Anin tadi. "Marah Hanin sehingga mengaut Rizq sekali.

"Eh, kau jangan nak tuduh aku seorang eh.. Kau pun sama. Tergedik-gedik dengan si Khalil tu. "

"Eh! Sudahlah.. Yang kami tahu kamu berdua akan kahwin hujung minggu ni. Pandai buat masalah sangat kan? "Kata Puan Ruqayyah. Puas hati dia. Dia tak nak anak lelakinya menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab.

"Mommy... "

"Dah.. Mommy tak nak dengar lagi. Keputusan mommy and daddy muktamad! "Kata Datin Ruqayyah keras. Rizq mengetap gigi geram tapi, kalau dia tak mula benda ni takkan jadi. But, bukan salah dia seratus peratus. Hanin lah punca semua ni jadi. Punca yang menyebabkan dia hilang kawalan. Dia tak boleh tengok Khalil dekat dengan Hanin. Apa yang tahu dia tak suka. Dia mendengus kasar.

Hanin sudah diam. Kelu lidah untuk berkata-kata. Dia rasa macam nak menangis. Macam mana dengan masa depan dia. Adakah masih cerah? Dia memejam mata dan menarik nafas dalam untuk menenangkan diri.

"Jadi macam mana datin, nak teruskan? "Soal Puan Masyitah.

Datin Ruqayyah mengangguk. "Saya nak teruskan, biar Rizq ni bertanggungjawab sikit. Saya tak nak dia ulang perkara ni lagi. Jadi, bila kita nak langsungkan? "

Encik Zainal menjawab. "Kalau boleh kita langsungkan cepat sikit, sebab saya pun tak naklah benda ni jadi lagi.. Macam yang Datin cakap. "

"Tak payahlah nak panggil datin, dato' lagi.kan kita ni bakal besan. Tak gitu. "Ujar Datin Ruqayyah sambil ketawa kecil.

Encik Zainal dan Puan Masyitah tersenyum kecil. Baiknya... Bakal besan mereka. Senang hati mereka walaupun semua yang jadi atas tindakan bodoh anak mereka sendiri.

Hanin dan Rizq terus sama-sama diam sambil mendengar orang tua mereka berbincang di dalam bilik kaunseling.

Tapi, itulah mujur tak dikenakan tindakan sekolah kecuali dimerit sahaja atas kelakuan mereka. Itupun puas dipujuk oleh orang tua mereka kepada cikgu disiplin.

Satu saja yang Hanin takut. Majlis nikah mereka akan dilangsungkan dua minggu dari sekarang. Oh my god!!!!!!! Ini bukan mimpi kan? Kalau ini mimpj tolong kejutkan dia sekarang!

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now