21:Putus

32.4K 1.9K 118
                                    

Asyikin menangis teresak-esak di dalam tandas. Sanggup Rizq tipu dia macam ni. Apa salah dia?

"Sampai hati you Rizq,buat I macam ni! Tak pernah pun I terfikir nak curang dengan you. Siap kau perempuan! Kau rampas Rizq dari aku! "

Cermin tandas diperhatinya dalam. Giginya diketap geram. Geram dengan Hanin kerana telah merampas boyfriend dia.

Apabila dia rasa lebih tenang, dilapnya air mata yang mengalir di pipi. Dia terus keluar dari tandas dan kembali masuk ke kelas.

Terus dia duduk di hadapan meja hadapan Rizq. Meja mereka disusun mengikut abad ke-21. Jadi, semua meja berada di kumpulan mengikut kreativiti kelas masing-masing untuk menyusun.

Dia memerhati Rizq yang langsung tidak memandangnya. Rasa macam nak menangis lagi pun ada.

"Rizq, you dah benci I ke? "Soal Asyikin memberanikan dirinya untuk menyoal.

Terus Rizq angkat kepalanya yang dari tadi memandang buku. "Rehat nanti jumpa aku dekat kantin? "

Aku? Panggilan antara mereka juga sudah bertukar. Nampak sangat Rizq benar-benar tak suka dia. Ditahankan juga air mata yang ingin keluar.

"Nampak sangat you bencikan I sekarang ni! "Ujar Asyikin lagi. Suaranya juga mendatar dan tidak mengada-ngada lagi.

Rizq hanya buat tidak tahu. Yang dia tahu dia perlu selesaikan masalah ni segera.

"Cikgu dah masuk! Jangan cakap lagi pasal ni. "Pesan Rizq lalu bangun berdiri apabila ketua kelas memberi arahan untuk bangun dan beri salam kepada cikgu.

Asyikin masih lagi memandang Rizq di ekor matanya. Sampai hati you, Rizq! Sudah berapa kali dia ulang pun entah perkataan tu..

                         °°°

"Kenapa you kahwin dengan dia? "Soal Asyikin terus. Dia perlu tahu.

Rizq membasahkan bibir dahulu sebelum cakap. "Sorry. "Ujar Rizq sepatah.

"Lepas apa yang you buat baru nak cakap sorry. You ingat I ni apa? Hah? "Nafas Asyikin dah naik turun menahan marah. Sungguh hati dia sakit saat ni apabila dipermain oleh Rizq.

Rizq diam.

"Kenapa you tak boleh nak jawab soalan I? "

"Sorry sebab aku tak boleh nak teruskan hubungan ni lagi. Aku faham kalau hati kau sakit. Tapi, aku tak boleh nak tipu diri aku lagi yang aku dah..  Tak suka kau! "Ujar Rizq terus terang. Dia malas nak berbasa-basi lagi. Buat apa dia nak tipu Asyikin lagi.

Bibir Asyikin dah bergetar menahan tangisan. Jujur di cakap, dia sayang Rizq sangat-sangat. Apa yang Rizq buat benar-benar buat hati dia hancur berkecai macam di 'blender'.

"You tipu I kan, Rizq? Please say that you still love me? "Paksa Asyikin. Tangannya cuba mencapai tangan Rizq tapi Rizq elak.

"Please Asyikin... Understand! I can't love you anymore.. You deserve someone better than me! "

Air mata Asyikin mengalir lagi. Takde siapa ke nak faham hati dia sekarang. Seorang Asyikin yang selalu manja dan gedik dengan Rizq sanggup menangis di hadapan lelaki itu untuk meraih cinta.

Malas Rizq nak menghadap Asyikin lagi, terus dia bangun beredar dari situ. Asyikin menangis menunduk memandang meja tidak dihiraukan.

                          °°°

Rizq termenung memandang tasik di hadapan. Sungguh tenang dan mendamaikan jiwanya yang lara.

"Bro... Kau termenung ni asal? Dahlah, tak payah fikir lagi! "Ujar Wafi yang duduk selamba di atas motosikalnya.

Rizq menghembus nafas lemah. Nampaknya badboy dah tewas hanya gara-gara cinta.

"Entahlah! Aku tak boleh nak tenanglah.. "

Wafi membasahkan bibirnya sebelum bercakap. "Okey, sekarang ni kau masih sayang lagi tak dengan Minah tu? "Soal Wafi.

"Minah? "

"Maksud aku Asyikin tu lah.. "

Melihat tiada balasan daripada Rizq, wafi mengeluh.

"Kau tak boleh macam ni Rizq! Kalau kau macam ni, macam mana kau nak hidupkan rumah tangga kau.. Kau kena pandai ambik hati Hanin tu.. "Nasihat Wafi. Macam gaya doktor cinta pulak lagak si Wafi ni. Padahal bercinta pun tak pernah.

"Okey sekarang ni jujur aku cakap, aku tak suka kau dengan Asyikin tu, menyampah gila. Boleh pulak kau bertahan dengan dia tu! Naik berbulu biji mata aku yang tengok ni... "Terus terang Wafi. Selama ni dia diam saja time Minah tu jadi ulat bulu. Menggeletis sana sini. Nak sangat tarik perhatian orang.

"Eh, kau jangan nak over okey?! Okeylah aku terus terang je ngan kau.. Sebenarnya, aku dah mula sukakan Hanin tapi tulah, dia macam tak nak bagi peluang langsung dekat aku. "Tukas Rizq. Matanya mula memandang hadapan kembali.

Wafi tersengih. "Aku boleh nampak kau cintakan dia, Rizq! "

Kening Rizq bertaut memandang Wafi yang tersengih suka ke arahnya. "Hati dan perasaan aku mana kau tau aku cintakan dia ke tak? "

"Itulah kau tak tau, kau dengar sini! "

Gitarnya dipetik. Wafi selalu kalau keluar memang akan bawa gitarnya sekali.

"...cemburu tanda cinta...marah tandanya sayang kalau curiga itu kerna ku takut kehilangan... Kalau dekat bertengkar, kalau jauh ku rindu jadi serba salah buat ku dilema tapi aku tahu... Aishiteru... "(Author tulis je lirik ni tk tau betul ke tak? Dah lama tak dengar.. Hehe)

Ternganga Rizq yang mendengar. "Itu lagu jelah.. Bukannya realiti pun.. "

"Kau pasti ke kau tak cintakan Hanin? Dahlah tipu aku tak bagitau aku yang korang dah kahwin.. Sekarang ni jangan tipu aku yang kau tak cintakan Hanin lah.. Aku boleh nampak lah cara kau layan Hanin. Cemburu kau macam mana! Tu pun nak nafikan lagi ke? "

Panjang lebar Wafi memberi nasihat. Rizq mengaku kali ni, dia kalah dengan Wafi. Kalah dalam perhitungan cinta.

"Balik nanti cuba kau jangan berkasar sangat dengan Anin. Cuba ambik hati dia, baru dia boleh sayang dan cinta kau. Ni tak, macam bapak harimau ada hati nak suruh orang sayang dia memang taklah?! "Seloroh Wafi.

Terbeliak mata Rizq apabila Wafi menggelarnya sebegitu. "Bapak harimau ye? Dan bapak harimau tulah yang rasa macam nak kekah kau sekarang ni! Makin aku bagi muka, over pulak kau ni kan? Dah Ah, aku nak balik! Penat.. "Kata Rizq lalu bangun memakai seliparnya kembali yang dijadikan alas untuk duduk.

"Jom! Ingat apa aku pesan tadi.. "Pesan Wafi lagi.

Terus mereka memakai helmet dan membawa motosikal masing-masing untuk pulang.

----------------------------------------------------

Kali ni takde Hanin... Hehe...
Just nak tenangkan hati Rizq dulu before author nak bagi scene sweet bersawit nanti.. Haha.. Actually author tak nak bt sweet sangat.. Nak bt biasa je... Tapi still nk bgi awak semua jatuh hati dekat Rizq jugk... Hehe

Anyway, please vote and comment too...

Enjoy your reading.. 💞

Guys jempt baca this story.. ADA APA DENGAN CINTA by YvonneDionysius

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now