22:Weird

30.8K 1.8K 144
                                    

Perlahan-lahan pintu utama ditolah oleh Rizq. Dia memerhati sekeliling. Sunyi. Mana pergi semua orang. Mummy? Maybe mesyuarat persatuan dia. Daddy? Golf mungkin. Hanin?

Rizq terus melangkah ke lif untuk cepat sampai ke bilik. Dalam bilik juga dia perhati sekeliling tapi Hanin tiada di situ juga. Terus dia melangkah ke bilik sebelah yang dijadikan perpustakaan mini. Kadang Hanin selalu di situ.

Dia tersenyum apabila ternampak Hanin yang tertidur beralaskan lengannya di atas meja. Jari-jemarinya menggenggam novel di antara muka surat novel yang dibaca. Perlahan-lahan Rizq menarik tangan Hanin yang mengenggam novel.

Rizq memandang tajuk novel yang dibaca oleh Hanin iaitu 'hatiku not for sale'. Rizq tersengih. Memang hati bukan untuk di jual tapi dia akan tawan hati Hanin sampai dapat.

Terus Hanin tersedar dari lenanya apabila terasa tangannya digenggam tidak lepas. Rizq tidak perasan itu. Dia cuma alihkan tangan Hanin tapi tak sangka yang dia genggam tangan Hanin tak lepas. Hehe..

Terus Hanin lepaskan genggaman itu. "Err.. Awak bila balik? "

"Baru kejap tadi aku balik. Asal kau tidur sini? "Soal Rizq terus dia duduk di sofa. Badannya dihenyakkan di situ.

"Saya tertidur kot. Sedar-sedar je awak kat.. Sini. "Ujar Hanin lalu meregangkan uratnya. Pinggangnya dipuaing kiri dan kanan. Mulutnya yang menguap ditutup dengan tapak tangan.

Rizq hanya memerhati kelakuan itu. Serabai pun tetap nampak comel. Sah! Kau dah angau Rizq.

Hanin membetulkan pula rambutnya yang berserabai. Dia buka ikatan getah rambutnya lalu dikibas-kibas rambutnya yang panjang mengurai. Rizq yang memerhati dah terbeliak melihat itu. Liur ditelan kesat.

Apa perempuan ni buat? Dia ingat dia duduk sorang ke kat sini! Gumam Rizq dalam hati.

"Err.. Aku keluar dulu! "Ujar Rizq lalu keluar dari situ tergesa-gesa.

Naik hairan Hanin melihat kelakuan Rizq. Asal pelik sangat dia ni?! Desis hati Hanin. Hanin angkat bahu lalu mengikat rambutnya menjadi sanggul. Rimas kalau diikat lepas.

Rizq memegang jantungnya yang berdegup kencang. Dengan Asyikin pun dia tak rasa macam ni. Laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik. Imannya akan goyah kalau duduk dengan Hanin buat masa ni.

                          °°°

"Rizq, Hanin sini duduk! "Panggil Datin Ruqayyah. Dia menepuk bangku disebelahnya.

"Rizq dengan Hanin tak nak balik rumah ibu, ayah ke? "Soal Dato' Khairuddin.

"Petang Jumaat nanti kami balik. Maybe kami dekat sana seminggu. "Ujar Rizq. Terbeliak mata Hanin apabila Rizq kata begitu. Di sudut hatinya dia gembira sebab nak balik rumah. Yeay! Boleh jumpa ibu. Rindunya... Dia dan Rizq merupakan anak tunggal. Nampak sangat berjodoh mereka berdua.

"Baguslah kalau macam tu. Rizq nak drive sendiri ke? "

Rizq mengangguk. "Kalau drive sendiri senang sikit. Senang nak pergi mana-mana. "

Datin Ruqayyah mengangguk. "Ni minumlah teh. Roti pun ada tu.. Makan Anin.. "Suruh Datin Ruqayyah sambil menuang teh ke dalam cawan.

Selesai minum petang, Rizq mengajak Hanin bermain badminton di hadapan rumahnya. Dah lama dia tak main. Dulu selalunya sepupunya balik. Sekarang jarang sebab tahun ni mereka SPM itu yang dia jarang balik.

Terus Hanin setuju sebab bosan tapi dia Agak pelik dengan kelakuan Rizq.

"Awak buat baik dengan saya nu sebab nak minta maaf ke? Maybe sebab awak dah bocorkan rahsia kita? "Teka Hanin.

"Kau tak payah nak perasan boleh tak? Aku ajak kau main sebab bosanlah.. Banyak berangan jugak kau ni kan? "Ejek Rizq. Hanin dah mengetap bibir geram. Baru kejap tadi baik dah jadi harimau balik. Tu pun cakap suka dia. Suka apa? Kalau asyik kasar je.

"Berdosa dok kata kat suami. Baik kau kata depan-depan apa yang kau tak puas hati tu! "

Dia ni dah kenapa dok baca pemikiran aku? Gumam Hanin.

"Tak payah sibuklah! Dah Ah malsmas nak mainlah kalau macam ni. Masuk baca novel lagi Best dari cakap dengan awak! "Terus Hanin nak beredar dari situ tapi Rizq memanggil dia.

" Tadi kau baca novel apa time kau tidur tu? "Soal Rizq.

"Kenapa? "

"Jawab jelah! "Desak Rizq kepada Hanin.

"Hatiku not for sale. Kenapa? "Soal Hanin sebab pelik dengan sikap Rizq hari ni.

Rizq tersengih. "Memang hati kau tu not for sale.. Tapi aku tetap akan tawan hati kau Sampai kau tak boleh nak terima orang lain lagi.. "

Terlongo Hanin yang mendengar. "Ni pick up line ke apa ni? "

Rizq menggeleng. "Tak.. Memang jujur ikhlas dari hati aku ni.. Aku suka kau! "

"Awak dah cakaplah! "

"So,apa perasaan kau terhadap aku?"Rizq sudah tersengih-sengih untuk tahu jawapan Hanin.

"No comment!"terus Hanin lari masuk ke dalam rumah sambil ketawa kecil. Biar padan muka Rizq,tunggu jawapan dari dia..

Buat masa sekarang,saya...suka awak jugak Rizq!Jawab Hanin dalam hati.Biar Rizq tak tahu sebab dia tak nak sakit hati di kemudian hari.

Tapi suka...sama tak dengan cinta?

--------------------------------------------------

Macam mana dengan bab ni,suka ke tak?😀😀

Enjoy your reading...

Please vote and comment too..

Thank you..

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now