11:Pemilihan

34.4K 1.8K 58
                                    

"Hari ini tepat pukul 1.30 petang ini, semua pelajar diminta ke unit uniform masing-masing untuk sesi pemilihan kem perkhemahan yang diadakan pada hujung minggu ini. "

Pengumuman dilakukan oleh guru yang bertugas.

"Fina.. Kau nak masuk tak kem tu? "

Soal Shafiza sambil tangan sibuk menulis karangan yang cikgu beri.

"Mestilah aku nak! Best kau tau tak! Bolehlah kumpul sijil aku. Bukan senang nak ada. "

Shafiza mengangguk. "Aku malaslah! Nak masuk. Tapi, PKBM ramai orang lagi orang yang pandai kawad. Aku tak pandai lagipun aku bukan ada nombor badan pun.. "

Afina mengeluh nafas lemah. Kalau boleh dia nak semua geng mereka masuk kem tersebut.

"Aku rasa.. Hanin dapatlah sebab dia kan pengerusi puteri islam lagipun dia pandai kawad. "

Shafiza mengangguk mengakui kata-kata Afina. Benar! Hanin seorang yang aktif. Dia selalu menyertai acara sekolah. Walaupun nampak Hanin macam lembut-lembut begitu. Hehe..

"Weyh... Taekwondo ada ke? Kalau ada... Aku pun nak juga.. Bosanlah duduk dekat rumah..."ujar Aina secara tiba-tiba. Entah datang dari mana, terus menyampuk orang bercakap.

"Kan? Aku pun nak juga.. Pengakap mesti ada... Best oo.. Macam kami pergi hiking hari tu.. Serious  seronok weyhh! "

Terus riuh apabila Aina dan Balqis bergabung. Haha! Suara macam kelas sebelah boleh dengar. Rata-rata pelajar dah memandang ke arah meja mereka.

"Senyaplah sikit... Orang tengok tak malu ke? "

Amirah menunjuk ke arah pelajar yang melihat mereka bersidang. Balqis dah tersengih. Hehe..

"Maaflah.. Aku tengah excited ni... Mohonlah.. Crush aku ada sekali.. "Dia mula dah.... Cerita pasal si pujaan hati.

"Yelah! Aku pun harap gemuk pergi juga! Kalau dia ada lagi best weyh... "Sambung Aina pula. Tak habis-habis.

"Rizq... Kau terlibat tak kem nanti? "Soal Wafi. Dia dah tentu dia terlibat. Tapi, Rizq pun bukan boleh elak sebab dia ketua pelatun PKBM (Persatuan Kadet Bersatu Malaysia) .

"Logik ke soalan kau? "Soalan berbalas soalan.

Wafi menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tersengih.

"Saja je tanya... Aku takde benda nak cakap! "

"Aku harap kawad nanti kita boleh kalahkan Kadet Polis. Aku tak nak Khalil menang! "

Wafi mengangguk. "Betul! Belagak sangat kan?! Nak tak kalau esok petang kita training?"Cadang Wafi. Rizq boleh aturkan sebab dia ketua.

Rizq menggangguk. "Okey. Set! Kau cakap kat diorang kata ada latihan esok, pukul 4."

                           °°°

"Hanin... Cepat.. Nanti lambat!! "Afina mengheret lengan Hanin apabila Hanin masih terkial-kial memasukkan buku-bukunya ke dalam beg.

"Sabarlah... Fina.. Nanti buku aku tertinggal kang, susah.. "

"Okey, okey.. "

Setelah Hanin selesai, mereka terus bergerak ke surau. Puteri islam memang selalu buat perjumpaan di surau. Semua pelajar sesi pagi sudah berkumpul di dalam surau.

Hanin berjumpa dengan ustazah sebelum duduk.

"Assalamualaikum semua.. Tujuan kita buat perjumpaan hari ini untuk pemilihan kem perkhemahan yang bakal berlangsung pada hujung minggu nanti. "Jelas Ustazah Maznah.

"10 orang yang pertama, saya sendiri akan tentukan dan 5 orang lagi, siapa cepat dia dapat. Faham! "Sambung Ustazah Maznah lagi. Di tangannya ada sekeping kertas A4. Mungkin kertas senarai nama.

Jantung Hanin, Afina dan Awatif sudah berdegup kencang. Harap-harap nama mereka tersenarai.

"Baik, saya akan bacakan nama yang terpilih. "Ustazah maznah kembali memandang kertas di tangan.

"Nama yang pertama ialah... Hanin Sofea binti Zainal. Dia merupakan pengerusi puteri islam, jadi kita memerlukan dia dalam kem tersebut. Dijemput berdiri di hadapan Hanin. "

Hanin tidak terlalu terkejut kerana dia sudah berasa yang dia akan terpilih kerana jawatan pengerusi yang disandang. Acah nervous saja. Hikhiks!

"Peserta yang seterusnya... Tidak lain tidak bukan Atikah awatiff binti Azizan. Timbalan pengerusi puteri islam. Sila, berdiri di hadapan. "Awatiff tersenyum riang apabila namanya disebut. Mahunya tak seronok ada kawan kot. "Kemudian, Nur hakimi afina bt Ishak. Bendahari puteri islam. "Terus Afina menghembus nafas lega apabila namanya dipanggil. Walaupun dia ada jawatan, dia tetap rasa tergugat apabila ada ramai lagi pelajar yang berkebolehan.

                          °°°

Setelah selesai pemilihan, semua pelajar berpusu-pusu keluar dari tempat perjumpaan masing-masing. Ada yang gembira, ada yang sedih kerana tidak terpilih.

"Rizq, petang ingat tau! "Pesan wafi apabila sampai di tempat letak motosikal.

Rizq mengangguk sambil memakai helmet. Dia perlu tunggu Hanin di tempat biasa. Pak cik Razak masih tidak boleh menghantar mereka ke sekolah. Jadi, dia perlu berkorban sedikit.

Sudah setengah jam, dia tunggu Hanin di sini. Tapi, batang hidung Hanin pun dia tak nampak. Mana pergi perempuan ni. Tak pe.. Dia perlu tunggu lagi. Kalau lagi sepuluh minit Hanin tak datang, dia blah dulu.

Selepas sembilan minit berlalu, baru dia nampak kelibat Hanin terhegeh-hegeh berlari ke arahnya. Baru saja dia nak start moto. Tidak dah tinggal dah Minah ni.

"Kau buat apa yang lewat sangat hah? Naik belengas badan aku kau tau tak?! "

Hanin tersu mencapai helmet dan naik moto tanpa menghiraukan pak cik ni membebel. Sakit telingalah bodoh! Maki Hanin dalam hati.

Maaf! Termaki. Hanin bersuara lagi di dalam hati.

"Kau kata apa dekat aku, Anin? "

Anin? Biar betik! Tu orang yang rapat dengan aku jelah panggil. Anin tu kedengaran lebih manja tau tak?

"Weyh.. Aku tanya kau kata apa kat aku? "Soal Rizq sekali lagi apabila Hanin masih si dunianya sendiri.

Terus tersentak Hanin."Siapa kata apa? "

"Mulut kau dok kumat-kamit tu bukan kata dekat aku ke, Anin sayang.. Huh? "

Ternganga mulut Hanin dengan perangai pelik Rizq tiba-tiba. Takde angin, takde ribut panggil dia... Sayang? Ke dia yang mimpi ni?

"Apa awak merepek ni, Rizq? "

Rizq tersenyum senget. "Apa? Aku merepek apa? "

Berkerut dahi Hanin menahan pemikirannya yang semakin pelik dengan sikap Rizq. Kena sampuk ke apa?

"Tak.. Apa kena dengan awak sekarang ni? Huh? Jangan buat saya pelik boleh tak?! "

Persoalan Hanin dibiar sepi, sepi di bawa angin. Dibiarkan menjadi tanda tanya. Dia tak nak Hanin jatuh di tangan Khalil.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now