17:Cemburu

33.7K 2K 179
                                    

"Wafi... Tunggu kejap!! "Panggil Hanin. Dia berlari sehabis laju apabila hari ni merupakan hari terakhir perkhemahan mereka.

Wafi menoleh kebelakang. Keningnya bertaut hairan. Kedengaran nafas Hanin termengah-mengah penat.

"Bapak... Cepat gila kau jalan. Pakai bateri ke apa? "

Wafi ketawa kecil mendengar itu. Senang gila Mamat ni gelak, tak macam Rizq asyik tayang senyum sinis saja.

"Ada apa kau panggil aku ni? "Soal Wafi segera. "Kat sini panaslah, jom kita pergi pondok tu. Senang sikit ada bangku. "Sambung Wafi lagi.

Hanin mengangguk lalu membuntuti langkah wafi ke pondok.

"Wafi... Sebenarnya... Aku nak cakap something tapi kau jangan terkejut pulak.. "

Kenyataan itu membuatkan Wafi menjadi semakin pelik. "Kau suka aku ke? "Seloroh Wafi.

Terkejut Hanin. "Weyhh.. Bukan aku lah, tapi tu Isma tu haaa... Dia teringin nak cakap dengan kau.. Kau boleh tak cakap dengan dia kejap? "Terus terang saja Hanin bertanya. Malas dia nak bermadah lagi. Buat habis air liur saja.

Wafi pelik tetapi tetap mengangguk. Seronok juga ada orang nak jumpa. Dia tunggu di sini dulu apabila Hanin ingin memanggil Isma.

                           °°°

"Err... Boleh saya duduk sini? "Soal Isma malu-malu. Malu tapi dia yang nak jumpa.

Wafi tersenyum manis. "Duduklah. "

Senyuman itu membuatkan Isma lagi jatuh hati kepadanya. Ya Allah! Kenapa handsome sangat ni.Mahu cair hati aku kalau setiap hari jumpa.

Isma senyum juga sebab tak boleh nak tutup lagi dia punya teruja tu. Dalam hati dia dah macam ada bunga api dah meletup sana sini.

"Err.. Awak nak cakap apa? "Soal Wafi apabila Isma hanya tersenyum-senyum memandangnya.

Tersentak Isma. Malunyaa... Janganlah.. Dia fikir yang bukan-bukan.

"Err... Sebenarnya.. Saya nak ucap tahniah dekat awak sebab menang tadi.. "

Wafi mengangguk lepas tu dia senyum lagi. Weyhh.. Janganlah senyum lagi, Isma tu dah macam nak hilang hati dah tu..

"Thanks awak.. Err awak kelas 5 Sains 2 kan? "Soal Wafi. Suara dia bapakkkkk.... Isma sukaa.

Laju Isma mengangguk.

"Boleh tak kita jadi kawan? "Soal Wafi lagi. Ni first time ada perempuan datang semula dengan dia. Dia ramai juga peminat tapi jauh-jauh saja. Tak macam ni terus semula dengan dia.

Terbeliak terus mata Isma. Betul ke? Wafi nak jadi kawan? Mahunya dia pengsan dekat sini.

"Bo––boleh. Kita kawan! "Tergagap-gagap Isma menjawab.

Wafi tersenyum lalu meminta diri kerana dia nak kemas barang. Isma terus tersenyum riang dan pergi ke khemah. Dia perlu beritahu Hanin segera. Sukanyaaaaaaaa...

                           °°°
Rizq tersenyum sinis apabila Wafi masuk ke khemah tersenyum-senyum. Jumpa isteri dia, senyum-senyum. Disabarkan dahulu hatinya yang tengah panas apabila tengok Hanin jumpa dengan Wafi tadi.

"Kau ni apa? Senyum-senyum? "Soal Rizq ingin mengorek rahsia.

Wafi senyum lagi. "Aku make a new friend.. She just being cute girl.. You know what i like her when she's blushing.. I don't know why and why? Baru je jumpa aku terus macam suka je tengok dia. "Terus terang Wafi sehingga membikinkan Rizq naik darah. Rizq tak tumbuk muka Wafi dulu sebab Wafi masih kawan dia. Dia akan buat perhitungan dengan Hanin balik rumah nanti.

"Kau kenapa macam tak puas hati je? "Soal Wafi apabila bibir Rizq terkumat-kamit seperti mengatakan sesuatu.

"Tak... Puas je hati aku.. Dahlah, aku dah siap. Aku tunggu kau dekat luar. Nanti kena simpan khemah pulak. "Ujar Rizq lalu dia keluar duduk di pondok di mana Wafi duduk tadi.

Tak habis dengan Khalil dengan kawan aku pun kau nak juga. Siap, kau perempuan! Gumam Rizq.

Asyikin yang terkial-kial mengangkat barang terus teruja apabila ternampak si jantung hati.

"You.... Congratulation...tadi I tak sempat nak ucap. Sayang? Kenapa termenung je ni? You tak suka ke I dekat sini? "Asyikin dah mencebik menjauh hati. Rizq dah semakin lainlah sekarang ni. Kurang mesra dah dengan dia.

"Tak you.. I just penat. Boleh tak kalau nanti I chat you. I think you should go now. Your driver is waiting for you. Okay, honey? "Dengan si asyikin tu boleh pulak Rizq nak ber 'honey' bagai. Dengan Hanin, berat nau lidah tu. Kasi potong baru tahu.

Asyikin terus senyum gedik paling menyampah dekat situ. Terus dia pegang pipi Rizq dan meminta diri.

Rizq gagahkan senyum pura-pura. Nanti merajuk pula perempuan tu. Itu yang dia rimas. Dah berapa kali dia nak putus tapi perempuan itu tetap merayu padanya untuk tidak memutuskan hubungan mereka.

                           °°°

"Hanin, kau cakap dekat aku kau jumpa Wafi tadi buat apa? "Terus Rizq menghamburkan soalannya yang terpendam sejak tadi. Ni dah sampai rumah, terus dia soal.

Terkejut Hanin. Apa kenalah mamat ni?

"Apa awak ni? Cemburu ke? "

"Eh pompuan! Tak cukup ke aku sorang? Dengan Khalil kau menggedik dengan wafi pun kau nak jugak ke? "Terus-terusan Rizq menghamburkan api kemarahan.

Hanin tergelak sinis. "Saya tak cukup satu? Awak tu yang tak cukup satu! Asyikin yang macam sotong tu pun awak nak! Tu tak cukup satu? "Balas Hanin balik. Buat apa dia nak pendam. Buat berat otak je.

Rizq mengetap gigi geram. "Kau tak payah nak dalihlah! Kau cakap apa dekat Wafi tadi hah?! "

"Saya tak buat apa punnnn!! Saya cuma bagitau yang Isma nak cakap dengan dia tu je! Ke awak cemburu ni? "Soal Hanin sambil mengangkat keningnya. Dia ketawa kecil apabila melihat muka merah padam Rizq.

"Lain kali nak cakap dengan dia bawak aku sekali!"Ujar Rizq menyebabkan Hanin ketawa berdekah-dekah. Nampak sangat Rizq cemburu kalau dia dekat dengan lelaki lain. Rizq, Rizq cemburu tak nak mengaku. Ikut sangatlah ego tu.

Melihat Hanin ketawa macam tu Rizq terus masuk ke bilik air malas nak layan Hanin yang tengah suka mengejeknya itu.

---------------------------------------------------

Here the update...
Kalau saya rajin malam ni saya update lagi...
Suka tak kalau asyikin dengan rizq?

*author gelak jahat sambil mintak penampar*

By the way, please vote and comment too...

Much love,

Peanut..

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now