9:Dedah

35.3K 2.1K 60
                                    

"Sebenarnya.. Rizq tu... "

"Rizq tu apa? "Sampuk Afina lagi. Ish! Minah ni kan..

Pap!

Shafiza menampar lagi bahu Afina. Selalu kena. Yalah! Suka kacau line orang sangat. Afina tersengih kerang busuk di situ sambil menggaru kepalanya yang berlapik tudung sekolah.

"Rizq tu apa, hanin? "Soal Amirah ingin tahu.

Hanin mengemam bibir. "Rizq tu... Suami aku. "Ujarnya separuh bisik.

Terbeliak mata tiga orang sahabat itu. "K––kau biar betik?! "Serentak tiga orang itu bersuara. Lantas Hanin meletakkan jari telunjuk di bibir tanda diam. Mereka semua tersengih sambil muka masih tak percaya dan terus mengunci rapat-rapat mulut supaya tak terlepas cakap. Mereka inginkan penjelasan. Bila masanya Hanin dan Rizq kahwin? Mereka sudah ligat fikir bila? Mana? Dan mengapa? Kenapa tak beritahu mereka?

"Since when? How could you! Tak bagitau kitaorang.   "Masing-masing beriak sedih.

"Bukan tak nak bagitau tapi masa tak mengizinkan.. "

"Patutlah, Rizq tu lain macam dengan kau. Tapi macam mana korang boleh kahwin? "

"Yang tu.. Korang kena datang rumah aku dulu.. Nanti aku cerita. Okey? "Ujar Hanin sambil tersenyum penuh muslihat.

"Yelah... Petang ni juga kitaorang sampai.. "

"Eh.. Korang kena datang rumah Rizq la.. Sebab aku duduk dengan dia.. "Beritahu Hanin lagi tapi dengan nada perlahan.

"Okey.. Set! "

                          °°°

"Assalamualaikum.. "Serentak Afina, Shafiza, Amirah memberi salam.

Loceng ditekan apabila tiada yang menyahut.

"Waalaikumussalam.. Cik-cik ni cari siapa ya? "Jawab kak Saleha, pembantu rumah apabila pintu utama dibuka.

"Kami cari Hanin. Dia ada? "Tanya Amirah kepada kak saleha.

Kak saleha mengangguk. "Ada. Marilah masuk. Kak pergi panggil Hanin dulu. "Lantas dia bergerak ke arah lif dalam rumah itu. Nombor tiga ditekan.

"Hanin... "Laung Kak saleha.

Pintu dibuka dari dalam. "Ye.. Ada apa kak sal..? "

"Kawan Anin datang.. Katanya nak jumpa. "

"Cakap dekat diorang kejap lagi Anin turun. "

Kak saleha mengangguk sebelum kembali turun ke bawah.

"Siapa kawan kau? "Soal Rizq yang baru selesai mandi. Hanin yang memerhati naik malu. Kenapa dia ni selalu sangat seksi macam ni? Kalau setiap hari macam ni boleh jatuh cinta tau. Bukan atas sebab apa, sebab seksa sangat setiap hari. Oh my! Kau gedik sangat kenapa Hanin?

"Siapa lagi.. Geng kami lah.. Tak payah nak sibuk. "Ujar Hanin selamba badak.

Mencerlung Rizq memandang muka Hanin. "Macam mana diorang tau kau kat sini? "

"Saya dah bagitau diorang pasal kita. "

Terbeliak mata Rizq mendengar itu. Hilanglah famous dia nanti. Banganglah perempuan ni.

"Asal kau bagitau diorang? "

"Dah diorang tanya.. Awaklah yang tunjuk sangat cemburu tu. Padanlah dengan muka awak! "Terus Hanin turun bawah malas nak layan sikap Rizq yang menjengkelkan tu. Buat sakit hati je kalau melayan lagi. Lantak dialah!

                           °°°

"Tu Hanin. Dia dah turun.. "Tunjuk Afina kepada shafiza dan Amirah yang sibuk memandang sekeliling rumah Rizq. Sebenarnya tak baik berkunjung ke rumah orang sambil tilik keliling rumah orang. Tapi, rumah si Rizq ni buat mereka teruja nak pandang lebih. Besar dan cantik! Mahu patah tulang Hanin kalau kemas sendirian.

Masing-masing dah macam tak pernah tengok rumah sebesar ni. Cepat-cepat, shafiza dan Amirah duduk atas sofa. Malu betul kalau Hanin perasan.

Hanin duduk di sofa bertentangan dengan shafiza, Amirah dan afina.

Masing-masing dah tak sabar nak dengar cerita Hanin. "Aku tau korang dah tak sabar sangat kan? Sebelum tu... Aku pergi buat air dulu.. Hehe.. "Terus Hanin bangun ke dapur.

Mereka tahu susah Hanin nak cerita tapi masalahnya mereka dah tak sabar nak tahu.

"Weyhh.. Agaknya Anin nak cerita yang betul ke tak? "Soal Afina. Dah mula dah Minah ni nak berteka-teki. Kalau mereka tau tak bawa dah si Afina ni ke sini. Buat sakit otak saja.

"Kau sabar sikit boleh tak fina? Nanti Anin cerita lah. Dia pun perlukan masa juga. Cuba benda ni semua jadi kat kau. Kau boleh bayang tak? "Amirah dah mula dah bagi tazkirah percuma kat sini.

"Kan? Cuba kalau jadi kat kau baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. "Sambung shafiza. Kadang Afina rasa gerun juga dengan shafiza. Dia tu garang sangat.

Selepas itu, Hanin tiba dengan teh ais. Teh tersebut dituang ke dalam cawan. "Minumlah. "Pelawa Hanin.

"Ye.. Nanti kitaorang minum. Kau tau kan, kami datang ni untuk apa? "Shafiza menepuk dahi. Afina.... Kau ni kan... Shafiza mengetap gigi geram.

Pap!

Ditamparnya kuat peha Afina.

"Sakitlah! "Terjerit Afina dek tanparan kuat Shafiza. Memang selalu pun dia kena tampar dengan shafiza ni.

"Padan muka kau! Mulut tu tak boleh nak duduk diam. "Shafiza menjegil matanya kepada Afina sehingga terdiam perempuan tu.

"Dah, dah.. Aku nak cerita ni.. "Hanin dah bersedia di hadapan mereka untuk bercerita. Sebab dia dah janji nak cerita, jadi dia tak nak mungkir janji.
 
Hanin menarik nafas perlahan sebelum memulakan cerita. "Korang ingat tak time aku keluar kelas sebab kena jumpa cikgu kaunseling hari tu? "

Mereka dah berkerut kening untuk memikirkan kejadian itu.
Lantas mereka mengangguk. "Ingat-ingat. Sekali dengan Rizq lah kan? "

Hanin mengangguk. "Dialah heret aku sampai belakang dekat blok tingkatan enam. Korang tau kan kat situ jarang orang nak lalu. "

"Lepas tu, apa jadi? "

"Lepas tu kitaorang kena tangkap dengan pak cik din dan pak cik mad. Diorang bawa kami sampai bilik kaunseling. "

"Tapi kan, apa yang korang buat sampai kena masuk bilik kaunseling? "Dah macam wartawan dah si Afina. Asyik menyoal.

Hanin menggaru kening. Macam mana dia nak jawab soalan tu eh? Malulah dengan kawan-kawan dia. Adehh...

"Sebab aku cium dia. "Jawab Rizq selamba setelah keluar dari lif. Dia tersenyum sinis lalu duduk di sebelah Hanin. Kakinya diangkat ke atas lutut sebelah kiri. Tak sopan langsung.

Terbeliak mata Hanin sambil menggigit bibir. Kawan-kawan Hanin lagilah terkejut. Cium? What the....

Here the update... Esok saya update lagi.. Thanks untuk yang baca cerita ni..

Leave vote and comment too..

Ok, yg mana tengah baca tu jemputlah tengok my you tube channel trailer beshe2 yg saya buat utk story ni.. Jngn lupa like and comment tau...

You tube channel:its atina

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now