6:Kelas 5 Sains 1

38.6K 2.1K 219
                                    

Masing-masing tekun melakukan kerja masing-masing. Ada yang bersembang macam tak ingat dunia, ada yang baca buku, ada juga manusia yang jenisnya suka kacau orang. Macam Rizq Haikal.

Menyampah betul Hanin tengok dia dan si asyikin tu. Macam nak patahkan saja tangan si Asyikin yang merayap di tangan Rizq. Dia mengetap gigi geram. Ish! Benci betul dia tengok.

Tiba-tiba bahu dia ditolak oleh seseorang. "Sakitlah bodoh! "Terkeluar dari mulut Hanin. Dahlah! Orang tengah marah ni.

Shafiza ketawa jahat. "Ala....aku gurau je.. Yang kau nak emo sangat kenapa? "Ujar dia yang masih ketawa. Seronok dapat buat jahat. Hailah, kawan.

Hanin menjeling Shafiza tajam. "Taklah, aku cuma terkejut saja.. Tiba-tiba datang tolak aku. Mana tak terkejutnya aku. "Kata aku untuk menyedapkan hati Shafiza. Tak sengaja cakap dia bodoh.. Hehe! Maaf ya, kawan.

Aina dan Balqis datang mengambil tempat di hadapan kami. Suka betul mereka sampai asyik sahaja ketawa. Dapat keluar kelas kan? Itu perkara biasa bagi mereka berdua. Tapi, kawan mereka juga.

"Kelas.. Hari ni cikgu sejarah, pendidikan islam dan bahasa inggeris takde... "Ujar Aina. Selepas itu, kembali semula kepada kami. "Weyhh.. Korang tau tak tadi kan... Aku.. Jumpa gemuk.. "Ujar dia teruja. Seronok sangat kalau jumpa gemuk kesayangan. Sengaja dia menggelar crush dia sebagai gemuk. Saja tak nak orang tau siapa. Padahal, handsome je crush dia. Aina kan pandai memilih.

Balqis tersenyum nipis di tepi Aina. Dia ni memang support member gila ni. Tidak taknya teman Aina kehulu kehilir.

"Eh... Dia dah buka dah group mak cik bawang kat sini.. "Gurau Amirah. Tengah sedap-sedap orang bercerita tentang korea la...

"Eh! Korang tak balik malaysia lagi ke? "Soal Aina sambil membuat muka. Orang baru nak cerita terus hilang mood tau.Dia terus bangun dari kerusi dan mengheret tangan balqis. Tahu dah nak ke mana tu.

Tanpa aba-aba,dia terlanggar Afina yang baru nak masuk ke kelas. Ha!ini seorang lagi asyik tandas saja kerja. "Weyhh..korang nak ke mana?"soal Afina sambil menarik lengan Aina.

Aina mengangkat keningnya berkali-kali."kau bukannya tak tahu rutin harian kami. Nak ronda kejap lagipun cikgu takde.. Bosan je dalam kelas.."Terus mereka mengorak langkah menuruni anak tangga.Rajin betul.

Mata Afina melilau mencari kelibat Amirah dan Shafiza.Ting!itu pun mereka.

"Korang buat apa?"Soal Afina yang menarik kerusi di meja sebelah.

"Kami..macam biasalah..kau dah tau kot.."

Afina menggangguk faham.Tahulah dia,yang mereka dah sampai korea."eh..Hanin pun ada.."

"Jangan dikacau orang yang tengah marah tu.."sela Shafiza.

Hanin menjeling tajam."kau jangan macam-macam eh?"dia memuncungkan bibir ke depan."aku tampor kang pengsan terus."

"Tergamak kau!"Shafiza berpura-pura membuat muka sedih sebelum ketawa dia pecah.

"Macam tu dah perangai kau!"Hanin tersenyum senget sebelum telinga dia mendengar asyikin bersuara gedik.

"Sayang...rehat nanti you belanja I tau.."rengek asyikin sambil menarik kerusi rapat dengan Rizq.Rizq boleh pula buat tidak tahu.ish!sakitnya hati dia. Eh kenapa pula kau yang nak geram ni Hanin. Lantak dialah.

Dia menangkap pula suara Rizq."everything for you,sweetheart.."rasa macam berdarah pula hati dia sekarang ni.Dengan aku boleh pula dia nak kasar-kasar.Lepas tu main-mainkan perasaan orang. Kenapa si Rizq tu boleh layan. Dia memang suka yang jenis yang menggeletis begitu ke macam mana ni?

Ting!

Satu idea nakal muncul dalam pemikiran dia sekarang ni. Nakal sikit je tak pe kan?. Matanya tertancap ke arah Khalil yang sedang bersuka ria dengan rakan-rakannya.Dia tersenyum sinis sebelum bergerak ke arah Khalil.

Afina,shafiza dan amirah tercengang apabila melihat Hanin bergerak ke arah khalil and the gang.

Terbeliak mata Rizq apabila melihat Hanin berbual dengan Khalil siap ketawa lagi. Terus saja dia bingkas bangun menuju ke arah pasangan itu.

"Aku dah cakap kan,Hanin. Asal kau ni degil sangat hah?!"tempelak Rizq. Satu kelas diam. Dah kenapa?dia memang tak faham.

"Dah kenapa awak ni?saya berbual kosong je kot dengan dia. Apa masalah awak dengan dia hah? Awak boleh kenapa saya tak boleh?"Hanin juga sudah meninggi suaranya naik. Sabarnya juga ada had.

Dada Rizq berombak menahan marah.

Khalil tersenyum sinis."Apa yang kau tak puas hati dengan aku hah?aku tak kacau hidup kau pun kan?!"Khalil mula bangun dari kerusi yang dia duduk.

Rizq mengetap gigi geram. Dia boleh nampak urat-urat yang timbul di bawah pipi Rizq.

"Aku tak suka kau kacau hak aku! "Bentak Rizq. Dia segera menarik tangan Hanin.

"Hak kau? Apa maksud kau ni? Bila masa pula dia jadi hak kau?! "Khalil terus menyambar sebelah lagi tangan Hanin. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Khalil lepaslah tangan saya.. "Rayu Hanin. Dia tak suka Khalil pegang dia macam ni.

"Kenapa saya seorang saja yang kena lepaskan tangan awak? Rizq pun kena jugalah kan? "Terdiam Hanin apabila Khalil bersuara begitu.

"Rizq, awak pun sama. Lepaskan tangan saya,please.Saya bukan patung. Saya ada hati dan perasaan. "Ujar Hanin. Satu kelas mendengar luahan hati Hanin. Dia dah hilang rasa malu. Yang dia tahu dia nak keluar sekejap untuk cari ketenangan. Baru je kahwin dah jadi perangai bila dah lama-lama nanti macam mana? Apa akan jadi?

"Fine! Kau fikir kau jelah perempuan yang lelaki-lelaki kejar. Sorry to say lah.. Kau tak layak! "Ujar Rizq tanpa memikirkan perasaan si isteri. Tanpa dia sedar apa yang dia cakap telah mengguris perasaan Hanin.

Tanpa berkata apa-apa,Hanin terus berlari keluar dari kelas. Mujur hari ni, mereka kena pakai baju sukan. Kalau tidak susahlah dia nak lari.

"Hanin! "Panggil Afina, Shafiza dan Amirah. Hanin tidak menghiraukan panggilan mereka semua. Dia perlu ke tempat yang sunyi.

Rizq menghentakkan genggaman tangannya di meja. "Rizq,kenapa kau buat Anin macam tu? Apa salah dia? "Soal Wafi. Dia Agak bersimpati dengan Hanin. Kenapa Rizq jadi macam tu? Hanin takde salah apa pun dengan dia.

Rizq hanya membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Takde mood nak jawab.

Wafi mengeluh perlahan. Susah ada kawan keras kepala macam ni. Tiba-tiba si gedik muncul kembali.

"You... Kenapa gaduh dengan Khalil semata-mata sebab perempuan tu... Dengan I pun you tak macam.. You know what? I'm jealous with that girl. "Asyikin sudah beriak sedih. Konon mahu simpati dari Rizq.

"Please... Jangan serabutkan kepala I boleh tak?! Pergi duduk dengan kawan-kawan you. If I dah tenang.. I pergi dekat you... Okay honey? "Terus Asyikin tersenyum gedik selepas Rizq memanggilnya 'honey'. Hebat sungguh penangan kau kan Rizq sampai boleh menundukkan perempuan yang sedegil Asyikin. Rizq tak rimas ke dengan perangai gedik dan menggeletis Asyikin tu. Dah macam sotong dah tengok.

Rizq terus keluar dari kelas juga. Semak duduk dalam kelas. Semak juga dengan perempuan yang bernama Asyikin tapi dia juga yang minta couple dengan perempuan tu dulu gara-gara nak berlawan dengan si Khalil yang sememangnya dia tidak suka.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now