31:Hug you

31K 1.7K 81
                                    

Hanin memusing ke kiri dan ke kanan. Dia tak boleh tidur. Dahlah suara belum muncul. Sejuk lagi. Aduh..

"Kau tak boleh tidur ke Anin? "

Hanin hanya bunyi eh, uh dan seangkatan dengannya.

Amirah garu kepala. Dia tak tau dan tak faham apa yang Hanin nak.

Ting!

Aha! Dia tau!

"Kau tunggu sini kejap! "Ujar Amirah lalu menyambar tudung dan dipakainya.

Hanin menarik tangan Amirah.

"Kau jangan risau, aku pergi kejap je.. "

Hanin mengangguk.

Amirah rasa tadi dia nampak nombor bilik yang Rizq masuk.

505!

Dia pandang nombor itu dengan teragak-agak. Dua kali dia fikir baru dia ketuk.

Tidur Rizq terganggu apabila ada yang mengetuk pintu bilik mereka. Dia bingkas bangun, lalu membuka pintu.

Terkejut dia apabila Amirah yang mengetuk pintu biliknya. Apa yang dia buat dekat sini?

"Rizq.. Aku tak tau apa yang Anin nak.. Dia kan tak boleh cakap. Dia masih tak boleh tidur. Kau pergi tidur sana boleh tak? "

"Habis tu, kau nak tidur mana? "Soal Rizq pelik.

"Aku... Pergi tidur dengan afina ngan awatiff.. Yang tu kau tak payah risaulah.. "Ujar Amirah.

"Dah cepat! Aku takut ada cikgu ronda kejap lagi. "Kata Amirah kalut.

Rizq mengangguk terus dia mencapai bajunya. Sekarang ni dia hanya bersinglet saja. Tak perasan. Amirah pun buat tak tau saja. Nampak sangat dia risaukan Hanin.

Dah pukul 12 pagi sekarang ni. Rasanya semua dah masuk bilik. Cepat-cepat Rizq menyarung bajunya dan menyeludup masuk ke dalam bilik di mana Hanin tidur.

Sementara Amirah pula mengetuk pintu bilik Afina dan Awatiff. "Kau kenapa? "Soal Afina.

Amirah menggeleng lalu menolak pintu bilik mereka dan masuk. "Kejap lagi aku citer. Sekarang, tutup pintu tu dulu. "

Afina mengangguk lantas menolak sedikit badan Amirah ke tengah kerana dia pun nak tidur juga. Mujurlah masing-masing kecil saja. Jadi, muatlah untuk mereka.

                          °°°

"Honey... Kenapa ni? "Soal Rizq lembut.

Mula-mula Hanin terkejut dengan keberadaan Rizq, kemudian dia menggeleng.

Rizq menarik selimut lalu masuk ke dalam satu selimut dengan Hanin.

"Dah makan ubat? "Soal Rizq.

Hanin mengangguk.

"Sakit lagi tekak tu? "

Hanin mengangguk lagi. Terus Rizq pusingkan badan Hanin membelakanginya. "Dah tidur.. I will hug you.. Sleep now! "Ujar Rizq sambil memeluk erat tubuh Hanin.

Hanin rasa selesa sangat. Mata dipejam rapat. Mudah-mudahan, esok suara dia dah pulih.

Rizq mengucup belakang kepala Hanin dulu sebelum dia pun turut terlena.Dia rasa macam nak malam itu berlalu dengan lambat.Indahnya.. 

                          °°°

"Rizq.... Bangun... Dah subuh.. "Panggil Hanin. Suara dia dah pulih walaupun masih serak, cuma tekaknya masih lagi perit lagi.

Rizq memisat-misat matanya. "Dah subuh? "

Hanin mengangguk. "Dah bangun cepat nanti orang nampak! "Ujar Hanin. Suaranya Agak garau sedikit sebab baru sembuh. Cakap pun tak boleh banyak sangat.

Rizq tersenyum apabila mendengar suara Hanin.

Berkerut kening Hanin. Orang kejut bangun subuh dia boleh sengih kat situ. Dah kenapa?

"Awak ni dah kenapa? "Soal Hanin hairan.

"Aku happy sebab suara kau dah pulih.. Get well soon, my wife. "Lantas itu pipi Hanin dikucup lembut. Terbeliak mata Hanin.

"Tak payah nak terbeliak sangat. Kau suka, kan? "Usik Rizq sambil ketawa halus.

Hanin segera menolak bahu Rizq. "Dahlah! Pergi balik bilik awak kang orang nampak susah pulak! "Hanin turun dari katil lalu menarik tangan Rizq supaya bangun.

Rizq mendengus perlahan. "Tak payah banyak bunyi.. Cepat bangun.. "Hanin berusaha sungguh menarik tangan Rizq sehingga Rizq bangun sendiri.

Rizq berpura-pura menayangkan muka sedih. Bibir dicebikkan. "Dahlah! Awak... "Bunyi Hanin lagi.

Rizq tersengih lalu membuka pintu. "Bye.. Wife... "Ujar Rizq sebelum menutup pintu. Setelah pintu tertutup, Hanin memegang pipinya yang masih hangat dengan ciuman Rizq. Dia tersenyum sebelum masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Asyikin yang baru hendak masuk ke biliknya terbeliak mata memandang Rizq yang baru keluar dari bilik Hanin. Dia tayangkan muka tak puas hati walaupun dia tahu Hanin isteri Rizq. Kakinya dihentak kasar sebelum mengetuk pintu memanggil rakan sebiliknya. Sakitnya, hati dia!

Rizq mengetuk pintu biliknya sebelum biliknya dibuka dari dalam. Terus dia tayangkan muka ketat apabila muka Khalil tersembul di hadapan dia.

"Kau pergi mana? "Soal Khalil.

"Kau tak payah sibuk pasal akulah! Aku tak suka.. "Jawab Rizq kasar.

Khalil mengeluh sebelum dia memakai baju t-shirt sekolah. Lalu dia menghamparkan sejadah untuk solat subuh.

Rizq segera ke bilik air. Takut lewat pula nanti nak solat lagi. Pukul 7:30 pagi dah kena ada dekat bawah.

                          °°°

"Macam mana Anin,kau dah okey?"Soal Shafiza.

Hanin mengangguk."dah okey..jangan risau,k?"

"Mana tak okeynya..abang dia yang jaga!"seloroh Amirah.

Afina dah hairan seketika."Setahu aku,Anin takde abang..macam mana pulak boleh abang dia yang jaga.."Amirah menepuk dahinya sendiri. Kenapalah dia ni bengap sangat.Nak kata tak pandai,duduk kelas sains.

"Bukan ke aku dah cerita semalam?"Soal Amirah.Geram juga sebenarnya.

Afina garu kepala sebelum tersengih."Aku lupa doe..maaf.."

"Mirah..orang macam ni kau tak payah bagi penerangan kali kedua pun..kau tampar je sekali baru dia ingat!"Tambah Shafiza.

Afina menjeling Shafiza. Tak habis-habis perempuan ni,dengan dia punya penampar. Pagi lagi,itu yang dia lambat sikit. Apalah!

-----------------------

Here the update...
Actually sis tak sabar nk tamatkan cerita niyh..haha..

Please vote and comment too..

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now