39:Jujur

26.6K 1.5K 92
                                    

"Ya Allah! Cucu tok ni pasai pa? "Terkejut tok melihat Hanin yang dipapah oleh Rizq masuk ke dalam rumah.

Hanin tersengih lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sah dah, nanti tok tak bagi dia bawa motor dah!

"Anin jatuh motor tadi...hehe..."terang Hanin.

"Buat apalah sampai jadi lagu tu? "

Belum sempat Hanin menjawab, Rizq pintas dahulu.

"Dia rempit depan suami tok! "Adu Rizq mengundang cubitan kecil di pinggang Rizq. Hanin tersenyum suka melihat muka Rizq yang tidak senang duduk.

"Tu awat tu? "

"Rizq rasa macam ada semut di pinggang lah tok! Rizq naik atas dulu. Nak bawan Anin sekali ni! "

Tok mengangguk. "Satgi wan kena tengok lain la tu moto tu.. Haih.. Naik motor lain kali hati-hati lah sikit.. "Bebel tok.

Rizq menjeling Hanin tajam. "Sukalah, dapat kenakan orang.. "

"Suka tak suka! Yang penting awak dah janji nak cerita dekat saya, so, siapa Anisa? Hmm? "Tuntut Hanin. Kedua-dua belah keningnya diangkat. Rizq mendengus perlahan. Dia ingatlah pulak!

Secara terpaksa Rizq menceritakan semua kepada Hanin. Tanpa meninggalkan satu pun kenangan dia dengan Anisa. Ada juga yang hanin rasa cemburu tapi buat apa dia nak cemburu lagu kepada orang yang dah meninggal.

"Sekarang awak faham kan, kenapa saya benci Khalil? "Rizq nak Hanin faham kenapa dia tak suka Khalil dekat dengan Hanin.

Hanin mengangguk perlahan. "Tapi... Benda tu dah lama.. Awak tak bolehlah nak bermusuh dengan Khalil lagi.. K? "Pujuk Hanin.

Rizq menggeleng. "Awak masih tak faham Hanin. "

"Bukan saya tak faham. Tapi, benda tu dah lama. Awak kena cuba memaafkan! "Ujar Hanin lagi.

Hanin dah semakin mengatur hidup dia. Sepatutnya Hanin faham situasi dia. Kenapa nak bela Khalil pulak!

"Awak takkan faham saya Hanin.. Saya tak boleh nak terima apa yang Khalil dah buat! "Bentak Rizq.

Hanin perlahan-lahan melepaskan nafasnya.

"Saya dah kata kan, bukan saya tak faham! Tapi memaafkan tu kan lebih baik.. Tak eloklah nak bermusuhan dengan orang.. "Suara Hanin dah naik meninggi.

"Itu yang saya tak nak cerita tu! "

Tiba-tiba telefon Hanin yang berada di atas meja berdering.

Rizq terus mengambil telefon tersebut.

Tiada nama.

Tanpa mendapat keizinan daripada Hanin Rizq terus mengangkat tanpa suaranya.

"Hai awak... Buat apa tu? Saya bosanlah... "Rengek Khalil.

Apabila tiada sahutan. Khalil pelik.

"Hello awak.. Ada masalah ke? "

Terus Rizq ketap gigi geram. Dia segera memutuskan talian. Hanin yang melihat muka merah padam Rizq berkerut kening pelik.

"Apa hubungan kau dengan Khalil? "Soal Rizq. Panggilan mereka juga sudah bertukar.

"Hubungan apa ni wak? "Semakin pelik Hanin dibuatnya.

"Aku ingatkan kau ni baik, rupa-rupanya kau curang di belakang aku Hanin! Perempuan jenis apa kau ni? Hah! "Jerit Rizq. Tersentak bahu Hanin. Apa yamg dah jadi.

Selepas cakap telefon dia kejap tadi terus Rizq macam ni. Apa salah dia?

"Sekarang ni, cuba cakap elok-elok, apa salah saya? "Soal Hanin lebih tenang. Dia mengesot sedikit ke tepi katil untuk mengambil telefonnya.

Log panggilan terus dia buka. Nombor tiada nama?

Dah agak dah Rizq marah sebab Khalil yang call...

"Awak cemburu eh? "Seloroh Hanin. Dia dah senyum-senyum memandang muka marah Rizq. Sayang betul awak dekat saya kan?

"Aku tak lawaklah perempuan! Aku paling benci kalau perempuan yang macam ni! Curang di belakang aku! "

"Saya tak curanglah awak! Kenapa awak cepat marah ni? Hm? "

"Kau tanya aku kenapa? Baru tadi kau bela jantan tu.. Lepas tu sekarang dia call kau. Kau nak aku cakap apa lagi? Hah pompuan?! "

Tersentak lagi Hanin. Tak pernah lagi Hanin kena tengking dengan Rizq sebegini.

Dahlah, dia mudah keluar air mata. Kan dah keluar air mata.. Hanin mengesat air matanya dengan segera.

"Sa.. Saya... "

"Saya apa?! "

"Saya tak ada  hubungan apa pun dengan Khalil.. Percayalah? "

"Aku kalau dah kena sekali, kau ingat aku nak percaya lagi ke? "Rizq tersenyum sinis. Dia tak rasa sedih langsung. Kesal pun tiada. Entah kenapa?

Hanin tersebek-sebek menahan tangisan. Kalau dia tahu, dia takkan paksa Rizq cerita. Salah mulut dia juga suruh Rizq maafkan Khalil.

"Aku dah mula bukakan hati aku untuk kau, tapi ini yang kau balas.. Okey, kalau ini yang kau mintak, aku akan kembali jadi badboy macam dulu! "Rizq tersenyum sinis lalu keluar dari bilik.

Natasha yang tercegat di hadapan pintu langsung dihiraukan.

'Dia dah dengar ke? 'Desis Rizq. Lantaklah, dia dengar ke apa. Aku tak hairanlah.

Natasha yang berasa pelik terus masuk ke dalam bilik Hanin. Dia lihat Hanin yang baru mengesat air matanya.

Dia hairan. "Hang pasai pa? Anin.. "Soal Natasha hairan.

"Tak de apalah.. "

"Hang tak payah dok bohong aku.. Aku dengaq la tadi... "Ujarnya. Dia masih lagi memujuk untuk tahu perkara sebenar.

"Ada salah faham sikit.. Sikit je.. Tak sangka dia nak marah aku sampai macam ni.. Tsk... Tsk... "Ujar Hanin dalam sendu.

Natasha terus memeluk tubuh Hanin. "Laki.. Besalah.. Depa ego.. lagipun hampa kan muda lagi.. Besalah tu.. Dah jangan teriak dah.. "

"Kau dah betul-betul dah berubah lah tasha? "

"Well.. Aku nak jugak jadi budak baik.. Tak palah.. Hang pun baru jatuh moto.. Tidurlah dulu.. Nanti demam pulak! "Pesan Natasha lalu menarik selimut Hanin menutupi badan Hanin.

"Terima kasih.. "Ujar Hanin.

"Dah.. Aku keluaq dulu.. "

Hanin mengangguk. Lalu, memejamkan matanya. Dia memohon agar ini hanya mimpi.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now