12:Latihan

32.3K 1.9K 96
                                    

Kedengaran telefon Hanin berbunyi. Rizq yang sibuk memilih baju lantas bergerak ke arah telefon Hanin. Dia melihat nombor yang tertera.

Ibu 😘

Rizq memandang sekeliling mencari Hanin tetapi tiada. Jadi, dialah yang kena angkat ni. Hurm.

"Hello, ibu.. "

"Ha... Assalamualaikum Rizq... Err.. Hanin mana? "

Rizq termalu sendiri apabila ibu mentuanya memberi salam.

"Waalaikumussalam, ibu. Hanin takde. Rizq rasa dia kat bawah. Rizq baru sudah mandi ni. "Jelas Rizq sambil mengelap mukanya yang basah dengan tuala.

Puan Masyitah mengeluh perlahan tetapi didengari oleh Rizq. "Err.. Kenapa ibu? "

"Takde apa.. Cuma tulah ibu rindu dengan Hanin.. Nanti Rizq suruh dia call ibu balik eh? "

"Okey bu.. "Jawab Rizq sebelum meletakkan telefon.

"Mana pulak perempuan ni? Aduhh! "Bebel Rizq sambil mencapai t-shirt PKBM. Kejap lagi dah nak kena pergi latihan. Baju PKBM di kemaskan ke dalam seluar. Fuh! Handsome habis.

"Hanin! Hanin! "Panggil Rizq apabila dia turun ke bawah.

Hanin bergegas ke ruang tamu apabila Rizq memanggilnya. "Ada apalah, wak yang terpekik-pekik ni? "

"Ni, ibu kau call tadi! Dia suruh call balik. "Ujar Rizq lalu menyua telefon Hanin. "Ni, kau nak pergi sekolah jugak ke? "Soal Rizq apabila memandang Hanin mengenakan t-shirt puteri islam.

"Ye, wak. Sebab kami bukannya pandai sangat pun kawad. Kena training lebih sikitlah. Lainlah awak.. Aktif sana sini. Menembaklah,apalah."Kata Hanin sebelum mendial kembali nombor ibunya.

"Assalamualaikum, bu.. "Ujar Hanin apabila ibunya menjawab.

"Maaf, bu.. Anin sibuk sikit itu yang tak sempat nak call. "

"Tak pe.. Ibu faham. Ibu rindu Anin. Nanti kalau ada lapang baliklah sini. Ibu masak makanan favourite Anin nanti. "

"Cantik, bu.. Tapi, hujung minggu ni Anin ada kem perkhemahan. Nanti Anin bincang dengan Rizq bila nak balik. Okeylah bu, Anin nak gi sekolah ni.. Bye, assalamualaikum.. "

Rasa sebak pula mengingatkan yang dia dah dua minggu tak balik rumah. Masa tak mengizinkan.

"Ibu kau cakap apa? "Soal Rizq sambil memakai kasut.

"Dia suruh kita balik sana nanti sebab rindu saya. Boleh tak awak? "

"Habis kem nanti kita balik. Okey? "

"Betul? "Soal Hanin ingin memastikan.

"Ye... Betul.. "

"Sayang, awak! "Terus Hanin memeluk erat badan Rizq. Terbeliak mata Rizq dengan tindakan Hanin. Jantungnya berdegup laju. Sesak nafas dia rasa. Perasaan apa ni?

"Err... Hanin kau nak bagi aku mati ke apa ni? "

Baru Hanin tersedar yang dia tengah peluk Rizq. Malunyaaaa!!!

"Errr... So--sorry, saya tak sengaja. Saya kalau seronok sangat memang automatik akan peluk orang tu. "Ujar Hanin. Mukanya dah merah padam. Malu punya pasal.

Rizq ketawa kecil. Terkesima Hanin apabila Rizq ketawa sebegitu. Kacak!

"Err.. Dahlah.. Wak... Jom.. Nanti lambat kang, susah! "Kata Hanin gugup.

Rizq tersenyum sinis. Dia tahu dia handsome! Kan dah perasan Mamat sorang ni.. Dia hanya membontoti langkah Hanin hingga ke kereta.

Petang ni, pak cik Razak dah boleh hantar diorang dah. Senang rasa hati diorang. Tak payah nak jalan jauh dah Hanin.

°°°

"Baris...... Baris...... Senang diri! "Laung Rizq.

Prap!!

Bunyi tapak kasut serentak memijak tanah. Budak perempuan sudah keluar dari kelas yang berdekatan apabila mendengar suara Rizq. Yelah, dengar suara badboy sekolah versi pakej lengkap sekali. Siapa tak suka oiiii!

Ada sesetengah pelajar yang sudah mula menggedik. 'Handsome kan Rizq Haikal.. Bapak ahh.. Suara dia kuat plus seksi weyhh.. '

Hanin yang berada di tepi dah menjeling tajam. "Adik-adik semua nak menggatal ke nak kawad ni? Kalau tidak kejap lagi saya suruh kawad keliling sekolah nak? "Gertak Hanin.

Budak perempuan itu tersengih sambil menggigit bibir. 'Eh! Kak Anin dengar.. Malunya.. Dahlah Rizq budak kelas dia.. ' desis budak itu dalam hati.

"Dah sekarang fokus! Kita belajar yang basic dulu mesti ramai tak tau kan?! "

Melihat anggukan masing-masing, Hanin tau yang ramai tidak tahu.

"Okey macam ni... Nak tak kalau kita tengok PKBM buat dulu! For example.. Tapi saya nak korang fokus. Okey?! "

"Okey! "Jawab mereka serentak. Semangat benarnya. Hahaha!

°°°

Hanin bergerak ke arah Rizq. Dia memanggil Rizq sebentar. Ada yang dah menjeling tajam melihat adegan itu. Tapi Hanin hiraukan saja.

"Awak.. Boleh tak,kalau awak start balik?"soal Hanin.

"Apa yang aku dapat kalau aku start balik?"mula dah. Baru tadi je dia macam sweet sikit. Ni dah mula balik.

"Tak pelah kalau tak nak. Saya pergi dekat kadet polis je.."

Mendengarkan itu,terus Rizq menjegil."Tak boleh. Okey,fine aku mula balik. Duduk situ diam-diam."Arah Rizq.

"Okey guys...kita mula balik."

Semua ahli PKBM dah mula fokus.

"Baris......baris.......senang....diri!"

Prap!

"Baris.....baris......sedia!"

Prap!

"Baris..... Keluar baris! "Arah Rizq setelah semua latihan selesai.

Sungguh kemas! Mereka punya latihan. Bangga Hanin! Diorang pun tak boleh buat macam tu. Maklumlah perempuan semua.

Lagi satu Hanin suka lagi tentang PKBM bila mereka buat kawad penuh memang menggoda. Serius tak tipu!

"Dua hulur, dua tarik! Dua hulur, dua tarik! Dua pusing, dua hentak, dua jalan! Kiri, kanan, kiri... "

Sempat lagi Hanin ingat, apabila dia tengok kawad mereka tahun lepas. Habis berdebu tempar parking bila sekali mereka hentak. Macam manalah nak kalah kalau mereka begitu berdisiplin, begitu struggle untuk rangkul kejohanan kawad kaki.

Untung jugaklah nanti sebab ada dua kategori iaitu Puteri islam, pengakap, taekwondo dan pbsm. Manakala, pkbm, krs, jpj dan kadet polis asing.

Kalau gabung sah, sah! Diorang tak akan menang. Hehe..

"Rizq.. Awak hebat! "Ringan saja mulut Hanin menuturkan pujian. Dia ikhlas puji sebab benda betul. Buat apa nak selindung.

Rizq tersenyum senget."Aku tau, aku hebat. Tak payah cakap,doe! "Rizq sudah mula angkat bakul sendiri.

Menyesal pulak dia puji.. Perasan sangatlah Mamat ni!!!!

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now