4:Tempat baru

41.6K 2.3K 82
                                    

"Start from now, this is our house. Tapi, bilik ni aku punya aku tak suka ada orang lain kacau-kacau barang aku. Dan aku harap kau tak campur apa yang aku nak buat. Faham! "Pesan Rizq kepada Hanin. Hanin mencebik. Tadi lain sekarang lain. Dia pun tak faham kenapa dan mengapa Rizq begini.

"Kalau bukan awak yang heret saya hari tu, saya pun tak payahlah nak kongsi bilik macam ni dengan awak. "Bentak Hanin. Geram juga dia dengan lelaki itu. Mentang ni rumah bapa lelaki itu yang punya. Dia bolehlah buat hak. Aku ni, apa saja yang ada?

Rizq tersenyum sinis. "Salah aku? Kalau kau tak menggatal dengan si Khalil tu, aku takkan heret kaulah perempuan! "Suara Rizq semakin meninggi. Rizq sebenarnya cuba membuang perasaan pelik apabila dia dekat dengan Hanin. Nak hilangkan rasa gugup yang hadir. Sorry, Hanin.

Hanin menghembus nafas kasar.

"Dahlah awak, saya penat. Saya nak tukar baju, saya nak tidur. "Ujar Hanin lalu mengambil baju dari dalam beg. Dia bergerak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Rizq menjeling Hanin dengan matanya yang tajam menikam susuk tubuh Hanin sebelum Hanin hilang ke dalam bilik air.

Rizq menghempas kasar badannya ke atas katil. Matanya memandang syiling. Tangannya naik ke atas dahi serupa memikirkan masalah berat. Padahal, itu semua dia sendiri yang cari.

Penat berfikir, akhirnya dia terlelap sebelum Hanin mengejutnya.

"Awak... "Panggil Hanin sambil menolak bahu Rizq dengan hujung jarinya.

Rizq mengeliat kecil sebelum kembali memejamkan mata. Hanin berdecit kasar. Geramlah dengan perangai orang yang susah nak bangun tidur macam ni.

"Awak... Bangunlah mandi. Tukar baju ke apa dulu. Takkan nak pakai baju melayu ni tidur. Isyak pun awak tak solat lagi. "Bebel Hanin.

"Bisinglah kau ni! "Rizq merengus kasar sebelum bangun dan masuk ke dalam bilik air.

Hanin menggeleng kepalanya sebelum melabuhkan punggung di birai katil. Bibir dijuih sedikit. Orang kejut pun dah cukup baik.

"Hanin! "Laung Rizq.

Tersentak Hanin apabila namanya dipanggil. Nak apa lagi mamat ni?

"Apa? "Tanya Hanin dengan tak rela. Tadi marah orang sekarang panggil pula.

"Kau tolong ambil baju aku dalam almari kejap! Aku lupalah. "Suruh Rizq dari dalam bilik air.

Hanin membuat muka. "Tak naklah saya. Mana saya tahu baju apa yang awak nak pakai. "

"Kalau tak nak ambil baju, kau ambil jelah kain tuala. Takkan kau nak suruh aku keluar seksi macam ni kot. "Sempat lagi dia nak menggedik,mengusik begini. Teruk betul mamat ni.

"Yelah. Lain kali ambil sendiri. "Hanin berlalu juga mengambil kain tuala Rizq. Mujur tak nak jadi isteri derhaka je tau.

Rizq menyua tangannya keluar. Separuh badannya berselindung dari dalam. Pelik Hanin dengan perlakuan Rizq.

"Awak tuala awak ada dekat mana? "Soal Hanin.

"La.. Aku ingatkan kau dah ambil. Tu dekat dalam almari. "Hanin kembali ke almari dan..dia dengan sengaja memilih tuala yang berwarna pink lembut. Masa nilah nak kenakan mamat tu. Dekat sekolah hero sangat kan?

"Nah awak. "Hanin menghulurkan tuala kepada Rizq yang sedang menghulurkan tangannya keluar.

"Kau, kenapa ambil tuala ni?! "Soal Rizq separuh menjerit. Ada pula nak suruh dia pakai kain tuala warna pink. Dalam rumah pun dia tak rela tau.

Hanin ketawa berdekah-dekah di luar. "Pakai jelah.. Itu yang saya nampak.. "

Rizq mengetap bibir geram. "Dalam banyak-banyak tuala. Tuala ni juga yang kau nak ambil. Lain kali aku tak nak suruh kau lagi. Ambil yang lain la."

Hanin buat muka mengejek. "Awak kan dah cakap saya tak boleh ganggu hak awak atau lebih tepat lagi.. Barang awak. Kan? Tu saya ambil yang mana mampu jelah..atau awak nak keluar seksi je."Ungkit Hanin sambil cuba mengenakan si bad boy tu lagi.

Setelah beberapa minit, Rizq keluar dengan memakai tuala pink itu. Atas sebab apa? Sebab sikap degil si Hanin tulq. Mulanya Hanin nak tergelak tapi, apabila Rizq mengangkat mukanya memandang wajah Hanin, Hanin terpegun seketika. Dup! Jantung dia berdegup.

Hanin terkesima memandang wajah Rizq. Dengan rambut badboynya terjuntai di dahi dan ada air yang menitis sedikit dari rambutnya. Itu lebih menampakkan Rizq lebih 'seksi'. Wake up! Hanin... Hanin terus menepuk pipinya perlahan untuk bangun dari mimpi. Serius tak tipu. Rizq memang handsome. Tanpa sedar, Rizq memerhatikan kelakuannya.

"Kau dah kenapa? Kena sampuk hantu? "Soal Rizq apabila melihat Hanin menampar pipinya sendiri.

"T–tak.. Awak.... Err....dah lah saya nak tidur.. "Terus Hanin lompat naik atas katil dan menarik comforter menutupi mukanya. Mukanya dah kemerahan. Walaupun baru ditegur begitu dah merah. Malu sebenarnya. Haha..

Rizq menggeleng kepalanya perlahan. Dia tersengih senget. Hanin tergoda dengan dia ke?. Aik! Perempuan ni tak takut ke nak tidur tepi aku? Lantak dialah.. Kalau apa-apa jadi jangan salahkan aku.. Rizq ketawa jahat di dalam hati sebelum bergerak menukar bajunya.

Tuala pink? Hm.. Pink pun pinklah Hanin.. Kau nak kenakan aku kan? Aku tak kisah pun....Aik? Dah pasrah ke kau?

                         °°°

Rizq naik ke atas katil perlahan-lahan. Takut Hanin terjaga. Dia menarik comforter yang menutupi wajah Hanin tapi, comforter itu kemas digenggam oleh Hanin.

"Wey... Kau tak tidur lagikan? "Soal Rizq sambil tangannya kuat menarik comforter itu.

Hanin menggenggam kuat. Arghh!! Tak boleh jadi dia kena turun tidur dekat sofa. Tak nak dia tidur tepi lelaki itu. Buat menakutkan diri sendiri saja.

"Tepilah.. "Hanin terus menolak kuat tangan Rizq dan bergegas turun dari katil sambil menarik comforter itu turun. Dia bergerak ke sofa lalu kembali ke katil untuk mengambil bantal.

"Weyhh.. Kau serius lah nak tidur kat sofa tu. Tak takut sakit belakang ke? "Soal Rizq sambil memerhatikan Hanin yang cuba menyesuaikan diri di atas sofa itu.

"Awak tak payah nak sibuklah.. Bukan belakang awak pun kan? "Lawan Hanin. Hailah!Hanin keras kepala betul kau ni kan. Keras-keras pun lembut juga.

Rizq mengangkat bahu lalu menghempaskan badan di atas katil. Sesekali matanya melirik ke arah Hanin. Kelihatan Hanin bergerak ke kiri dan kanan. Ish! Budak ni kan, selalu menguji tahap kesabaran aku. Mahu tak mahu dia turun ke bawah dan mencempung Hanin. Hanin terjerit kecil.

"Apa ni awak? Turunkan sayalah! "Hanin menolak dada Rizq.

"Kau diamlah! Aku tau kau tak selesa. Tu pun nak sombong lagi. Kau degil lagi sekali,kau dapat agak kot aku nak buat apa."Ujar Rizq sambil tersengih nakal lalu meletakkan Hanin di atas katil. Kata-kata Rizq membuatkan Hanin terkedu seketika. Err.. Dia betul maksudkan ke?

"Awak.. Nak tidur mana? "Soal Hanin ingin tahu walaupun dia agak gugup sekarang ni.

"Aku? Tidur sebelah kaulah.. "Rizq ketawa jahat apabila melihat muka cemberut Hanin. "Tidur jelah.. Aku tak buat apalah...just sleep. Esok nak sekolah kan? "

"Janji.. Jangan nak melebih.. "

"Ya... Aku janji dah pergi tidur. Esok nak sekolah. Dahlah penat pun tak habis lagi. "Omel Rizq sebelum memejam mata. Dia malas nak bertekak dengan Hanin lagi. Esok sambung pula.

Hanin yang memandang mata Rizq yang sudah terpejam rapat, memusingkan badannya menghadap Rizq. Ustaz kata tak elok tidur membelakangkan suami. Jadi dia tidur sambil tengok muka Rizq okey kan?

Diperhati wajah tenang Rizq ketika tidur sehingga dia sendiri terlelap, terbuai ke alam mimpi bersama Rizq.

Kalau awak ditakdirkan memang jodoh saya Rizq, saya redha. Saya ikhlas terima dengan hati yang terbuka....

In shaa Allah.. Malam ni saya publish lagi okey..

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now