42:study and exam

31.1K 1.6K 88
                                    

Hampir seminggu juga, selepas kejadian itu baru Hanin memaafkan Rizq. Kalau tidak putih matalah si Rizq.

Sebagai hukuman, setiap malam Rizq perlu mengajar matematik tambahan kepada Hanin. Biar padan dengan muka dia. Hihi!

"Saya suka awak ajar saya.. "Ujar Hanin manja. Matanya galak memandang wajah kacak Rizq.

Berkerut dahi Rizq.

"Kenapa pulak? "

"Sebab... Dapat tengok muka handsome awak nii.. Tak lah bosan sangat.. Bolehlah sambil tu saya fe feeling drama sikit.. Hehe.. "

"Ouh.. Kiranya sambil belajar sambil berangan eh? Nak kena ni.. "

Terus Rizq geletek pinggang Hanin. Dengan laju pula tu. Rasanya macam tercucuk sampai ke tulang.

"Awak.. Stop, saya gelilah.. "

"Okey, kalau nak saya berhenti... Awak kena bagi hadiah... "

"Hadiah? "Soal Hanin. Pelik.

"Yelah.... Kita dah kahwin lapan bulan... Tapi awak... "Rengek Rizq.

"Dah, dah.. Saya tau awak nak cakap apa.. Awak.. Kita ni belum exam, k? Lepas exam eh... Saya tak nak ada anak lagi.. Nanti nak belajar lagi... Apa lagi... "Rungut Hanin. Dah berapa kali dah Rizq minta hak dia. Dah tak boleh sabar ke apa ni?

"Janji lepas exam? "

"Tengoklah dulu, bergantung kepada keadaan.. "Hanin masih lagi bermain tarik tali.

Rizq masam mencuka.

"Awak tak percayakan saya ke? "

"Percayalah... Dah, tak naklah cakap pasal ni. Esok nak exam kan? "Dalih Hanin.

Rizq mendengus perlahan. Selalu macam ni, perbincangan berhenti di tengah jalan.

"Ha, soalan ni buat macam mana? "Soal Hanin berkaitan dengan soalan fungsi. Soalan ni memang dia lemah sedikit. Rasa macam nak je dia kisar dan rebus kertas tu buat minum. Kot-kotlah boleh ingat dia punya jalan kira.

"Yang ni? Kacang je ni? "

Terbelik Hanin mendengar itu. Kacang? Kau makan apalah Rizq pandai macam ni. Aku pun nak jugak..

                          °°°

"Ibu, ayah... Anin harap ibu dan ayah halalka makan minum Anin.. Anin harap ibu dan ayah doakan Anin berjaya dan mudah untuk jawab soalan.. "

Hanin memohon restu dari kedua orang tuanya. Selepas mendapat restu dari orang tuanya, dia mendapatkan restu dari mertuanya. Last sekali barulah Rizq.. Hehe..

"Awak halalkan makan minum saya.. Maafkan saya kalau ada salah dan silap... Doakan saya..? "Pinta Hanin sebelum mengucup tangan Rizq.

"Saya takkan maafkan awak? "

Ternganga Hanin mendengarkan itu.

"Kenapa pulak? Sebab semalam? "Soal Hanin pelik.

Rizq tersengih. "Saya takkan maafkan kalau awak tak panggil saya abang.. "

Hanin tersenyum simpul. "Awak ni kan.. "Dada Rizq ditolak perlahan.

"Mana abang? "Soal Rizq.

"Okey.. Baiklah.. Maafkan Anin, abang.. "

Rizq tersenyum lalu mengangguk. Rizq terus mengucup kasih dahi Hanin.

"Abang maafkan dan doakan Anin berjaya sama-sama dengan abang.. Dah jom nanti lewat nak masuk dewan periksa.. "Rizq terus menarik tangan Hanin masuk ke kereta.

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now