35:Tenangnya kampung

26.3K 1.6K 153
                                    

"Kat sana nanti, baik-baik.. Jangan buat perangai pulak ye Rizq.. "Pesan Datin Ruqayyah seusai bersalam dengan anak lelakinya itu.

Rizq menggangguk sambil tersengih. "Rizq taulah mummy.. Macamlah Rizq ni jahat sangat.. "

Datin Ruqayyah menjegil matanya ke arah Rizq. "Tak jahat lah tu sampai dah berapa kali kena masuk bilik kaunseling...mummy pesan tu cuba dengar sikit. "

Rizq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Susah nak menang kalau bercakap dengan ibunya itu. Ada saja yang dia nak jawab dan lawan. Hailah, mummy!

Rizq mengangkat dua bagasi mereka ke dalam bonet kereta.

"Daddy okey ke? Pak cik Razak hantar Rizq.. Daddy nanti nak drive macam mana? "Soal Rizq kepada Dato' Khairuddin sementara Hanin bersalaman dengan Datin Ruqayyah.

"Daddy okey.. Kamu tu jaga diri dekat sana.. Duduk kampung buat perangai elok-elok.. "Pesan Dato' Khairuddin pula.

Rizq mengangguk lagi. "Okeylah dy, nanti lambat pulak sampai.. Kedah tu jauh...kang malam pulak sampainya.. "

Dato' Khairuddin mengangguk lalu menepuk bahu anaknya. Selepas itu, dia bersalam pula dengan menantunya yang semakin dia kasih bagai anak sendiri.

"Jom pak cik Razak! "Ajak Rizq. Pak cik Razak mengangguk lalu bersedia untuk bertolak ke Kedah.

Kedah, here we go!

                          °°°

Hampir separuh hari juga baru mereka tiba. Jam ditilik Rizq, dah 5:30 petang.

Kampung maja pahit!

Inilah kampung tok dengan wan Hanin. Dia pandang di tepi tingkap kereta. Sawah padi di sekeliling kawasan itu. Indahnya. Ada juga beberapa orang kampung sedang memancing di parit berdekatan.

Bahunya terasa berat apabila Hanin tidur elok di situ. Dia tersenyum. Tak sampai hati nak kejut.

"Rizq, dah sampai ni! "Ujar Pak cik Razak.

"Kejap, pak cik Hanin tidur. Tak sampai hati nak kejut."

Setelah beberapa minit berlalu, Rizq kejut Hanin.

"Anin... Sayang... Bangun cepat.. Kita dah sampai ni. "Kejut Rizq. Dia tersenyum apabila Hanin bangun menggosok matanya. Lamanya dia tidur. Sampai petang dah.

"Dah sampai? "

Rizq mengangguk. "Dah.. Jom turun. "

Hanin mengeliat dulu sebelum membuka pintu. Dia menguap seketika.

Untung ada suami, beg dia pun dah diangkat keluar. Indahnya dunia ana! Haha!

"Assalamualaikum.. Tok... "Panggil Hanin.

Baru nak bagi salam kedua tok dia sudah membuka pintu.

"Waalaikumsalam... Tudia... Cucu tok mai dah.. Mujuq la tadi hampa habaq nak mai tidak tok tak masak apa pun la.. "Tok Hanin terus memeluk tubuh kurusnya itu. Dicium pipinya kiri dan kanan.

"Yang nilah cucu menantu tok ni? "Soal tok Hanin apabila nampak Rizq yang hanya senyum nipis di tepinya.

Hanin mengangguk. Rizq menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Amboi.. Patutlah Anin berkenan segak orangnya....ha.. Mailah masuk dulu. Tak dak sapa di rumah tok ni.. "Pelawa tok apabila tersedar yang mereka berada di luar rumah.

"Wan pergi mana tok? "Soal Hanin hairan.

"Wan. Dia kalau petang lagu ni.. Pi mengai la jawab dia.. Satgi baliklah tu.. "

Hanin mengangguk.

"Ha.. Ni bilik hampa.. Satgi mak long kata nak balik jugak.. Pakat nak mai sambut posa kat sini! "Ujar tok lagi.

"Oh, ye ke? Kiranya anak mak long ada sekalilah ni? "

"Ha la.. Takkan dia ya nak balik.. Heret sekalilah anak dia.. Tu apa.. Hat bawa kereta hampa tadi tu nak balik dah ka? "Soal tok lagi.

Rizq mengangguk. "Ya.. Pak cik Razak kejap lagi nak pergi homestay dekat tasik kolam mada kot... Katanya.. "

"Pilah rehat dulu, nak sembahyang ka apa dulu.. Letihlah jalan jauh... "

Hanin sengih. "Hah! Tok memang memahami Anin.."ujar Anin selamba.

"Memang perangai lagu tu dah! "

                           °°°

"Anin.. Tadi tok kata mak long nak datang, saya tak pernah tau pun awak ada mak long! "Tukas Rizq.

Hanin memandang Rizq. "Saya memang ada mak long, tapi saya tak ngam sikit dengan anak dia. Mak long saya tu okey tapi kalau kita gaduh or kata apa-apa kat anak dia terus diam tak nak cakap ngan kita. "Terang Hanin.

Dia kurang suka sikit dengan anak mak long yang perempuan tu. Umur sebaya dengan dia. Tapi, perangai busuk hati tu selalu ada. Dia balik ni.. Kenalah hati-hati. Benci betul!

"Macam tu pulak! "

"Nanti kalau tasha sampai.. Awak jangan nak menggedik dengan dia! "

"Kenapa pulak? Cantik ke? "Soal Rizq sekadar bergurau.

Hanin menjegil matanya ke arah Rizq. "Cubalah! Tidur luar awak nanti! "Ugut Hanin mengundang tawa Rizq.

"Saya gurau jelah! "

"Manalah tau, awak kan ex-badboy sekolah... "Perli Hanin.

"Eh, aku still badboy lagi tau! Kau apa tau! "Terkeluar sudah aku-kau. Nampak lebih kasar, tapi Hanin suka. Hihi!

"Wow! Nak ngaku badboy, terus aku-kau! Hebatnya kamu! "Gurau Hanin juga.

Tok yang lalu di hadapan pintu bilik Hanin terus senyum manis. Moga bahagialah, cucu-cucu dia ini! Walaupun cara mereka berkahwin dia tidak gemar.

----------------

Author suka masukkan kedah because kedah atau lebih tepat lagi Pendang ialah kampung halaman author.. 😘💞

Enjoy your reading,

Don't forget to vote and comment too..

Much love,

Peanut...

Jodohku,Classmate Ku?✅Where stories live. Discover now