S2 [21] Tak Apa Sayang

4.4K 267 15
                                    

Mia duduk di tangga luar, sudah 20 minit dia menunggu Hud balik dari kedai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mia duduk di tangga luar, sudah 20 minit dia menunggu Hud balik dari kedai. Mia tidak tau kenapa dia terlalu risaukan Hud. Mungkin kerana Hud pergi ke kedai tidak memberi tahunya dahulu, nasib baik ada Tok Aki yang memberi tau Mia. Pesanan ringkas dari Mia pun tidak di balas oleh Hud, siapalah yang tidak risau.

Mia mengeluh kecil.

'Mana Hud ni?' Bisik hati kecilnya.

Tiba-tiba kelihatan kereta Hud masuk ke dalam perkarangan rumah.
Alhamdulillah. Lega juga hati Mia akhirnya.

Mia berdiri dari dudukku.

Mia melihat ke arah Hud, kelihatan Hud keluar dari perut kereta lalu mendekatinya. Kulit putih pucat Hud kelihatan sangat seksi di bawah sinaran cahaya matahari. Mata coklat jernihnya melihat tepat ke mata Mia, pandangan mereka bertemu dan itu membuatkan hati Mia cair. Hud memakai T-shirt hitam dan seluar jeans hitam. Hud tersenyum, bibir merah jambunya kelihatan lebih menawan dari sebelum ini. Mia terpaku melihat kekacakan Hud yang selama ini tidak pernah dia sadari.

Tiba-tiba jantung Mia berdegup kencang, macam jatuh cinta pandang pertama pula. Mia pun dapat rasa perubahan pada sikap dan perasaanya waktu dia mengandung ni. Lain macam.

"Berhenti merenung." Suara Hud membuatkan lamunan Mia terhenti. Ternyata Hud sudah berdiri di hadapannya. Tiba-tiba Mia rasa malu yang teramat.

Kelihatan rona merah di pipi Mia. Hud terus memeluk Mia.

"Kenapa comel sangat ni sayang!" Geram Hud dibuatnya.

Mia terkedu, dia hanya mendiamkan diri.

"Kenapa ni?" Hud meleraikan pelukannya. Dia manatap wajah Mia. Mia tertunduk malu.

"Kenapa Hud pergi kedai tak bagitau Mia..." Mia berkata dengan nada pelan, dia masih tertunduk.

"Maafkan Hud, lagipun pergi kedai kejap je." Jawab Hud. Kebelakangan ni Mia cepat sangat risau.

"Mia risau.." Kata Mia.

"Janganlah risau.. Maafkan Hud sayang. Jom naik, sayang kata nak makan ice cream kan. Hud beli ice cream untuk Mia." Pujuk Hud.

"Terima kasih.." Kata Mia.

"Sama-sama sayang." Hud mengusap pelan rambut Mia.

"Untuk Tok tak ada ke?" Tiba-tiba kedengaran suara Tok Aki dari atas rumah.

"Ada Tok." Jawab Hud lalu dia tergelak kecil. Hud memegang tangan Mia lalu mereka berdua naik ke dalam rumah.

~°~

"Baba." Wallif duduk di sisi Hud. Ketika itu Hud sedang duduk di sofa ruang tamu depan tv. Jam sudah menunjukkan angka 9 malam.

"Yaa." Jawab Hud.

"Kenapa Wallif rasa baba jadi lain?" Tanya Wallif dengan wajah pelik.

"Maksud Wallif? Lain macam mana?" Tanya Hud pula. Padahal dia rasa biasa saja.

"Baba kacak lah." Puji wallif sambil melihat tepat ke wajah Hud. Hud tergelak kecil. Tak pernah Wallif kata dia kacak.

"Jadi selama ni baba tak kacak lah?" Tanya Hud.

"Selama ni baba comel." Jawab Wallif jujur.

"Baba memang kacak dari dulu." Kata Hud tak puas hati.

"Tak baba.. Dulu baba comel. Wallif tak tipu baba." Kata Wallif lagi.

"Kacak." Kata Hud tak mau kalah.

"Comel baba." Wallif pun tak mau kalah.

"Kenapa ni?" Tanya Mia yang tiba-tiba saja datang entah dari mana.

"Mama, betulkan dulu baba comel tapi sekarang dah kacak." Kata Wallif pada Mia.

"Betul ke sayang?" Hud melihat ke arah Mia. Pandangan mereka bertemu. Tiba-tiba kelihatan rona merah di pipi Mia. Hud menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Sayang ok?" Tanya Hud risau. Mia demam ke?

"Mama.." Wallif memegang tangan Mia.

"Mama ok, Mama pergi dapur kejap yaa." Kata Mia pada Wallif.

"Nak Hud teman?" Tanya Hud risau.

"Tak apa, Mia boleh sendiri." Mia tertunduk merenung lantai. Risau Hud dibuatnya.

"Hud teman ya. Wallif jom tido, dah lewat ni." Hud berdiri dari duduknya lalu mendukung Wallif. Wallif dari umur 3 tahun dah fasih bercakap. Sekarang dah 5 tahun, tak hairan lah.

Hud membawa Wallif ke bilik tidur. Wallif baring lalu Hud menyelimuti tubuh kecil Wallif.

"Good night mama, good night baba." Kata Walif.

"Good night." Kata Hud dan Mia serentak.

"Baca doa tido." Kata Hud. Wallif pun terus baca doa tdo.

"Good boy." Hud mencium dahi Wallif sekejap. Selepas itu Mia pula yang mencium dahi Wallif. Begitulah mereka setiap malam.

Sebelum tidur, Hud teman Mia pergi ke dapur, Mia nak pergi toilet sebenarnya.

~°~

"Good night sayang." Kata Hud pada Mia. Hud mencium dahi Mia sekejap.

"Good night." Kata Mia.

Hud memeluk Mia lalu mengusap belakang Mia.

"Hud sayang Mia sangat-sangat." Kata Hud pelan seakan-akan berbisik. Mia hanya mendiamkan diri. Kelihatan rona merah di pipinya. Hud memejamkan matanya. Kini wajah Mia di dada Hud.

"Hud.." Panggil Mia.

"Yaa sayang." Hud meleraikan pelukannya lalu melihat ke arah Mia."

"Mia haus.. Nak minum." Kata Mia pelan. Hud melihat ke arah meja tepi katil, tak ada botol air Mia dekat situ.

"Lupa, air Mia ada dekat dapur." Hud terus duduk lalu turun dari katil.

"Hud nak pergi mana?" Tanya Mia.

"Kejap sayang, Hud ambil air Mia dekat dapur. Tunggu sini tau, kejap je." Kata Hud lalu Hud terus pergi ke dapur. Tiba-tiba Mia rasa bersalah sebab suruh Hud.

2 minit kemudian, Hud datang sambil pegang botol yang berisikan air putih. Mia duduk lalu minum air tersebut.

"Maaf Hud.." Kata Mia, dia rasa bersalah sangat.

"Kenapa Mia minta maaf?" Tanya Hud pelik.

"Sebab.." Mia tidak menghabiskan kata-katanya.

"Tak apa sayang.." Hud memegang tangan Mia lalu meletakkan telapak tangan Mia di pipinya. Hud suka buat macam tu dari dulu lagi.

"Nak minum lagi tak?" Tanya Hud.

"Tak." Jawab Mia. Hud pun terus meletakkan botol itu di atas meja tepi katil.

"Jom tido sayang." Kata Hud. Mia hanya mengangguk.

Mia baring lalu Hud menyelimuti tubuh Mia. Hud baring berhadapan dengan Mia lalu Hud mencium dahi Mia sekejap.

"I love you so much." Bisik Hud di telinga Mia. Mia tersenyum lalu memeluk Hud. Akhirnya mereka berdua pun terlelap.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now