S2 [10] Give Me Your Trust

10.3K 574 37
                                    

Hud POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hud POV

"Baba.." Panggil Wallif. Saat itu aku dan Wallif masih duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv bersama Tok Aki.

"Boleh tak Wallif pergi rumah umie?" Tanya Wallif meminta izinkan.

"Boleh.." Aku mengizinkan Wallif untuk pergi.

"Terima kasih Baba." Kata Wallif lalu turun dari sofa. Wallif pun terus pergi ke pintu utama lalu turun ke bawah. Aku tidak risau kerana rumah umie berada di sebelah saja.

"Hud." Panggil Tok Aki pelan.

"Yaa Tok." Aku melihat ke arah Tok Aki.

"Kamu dengan Mia ada masalah ke?" Tanya Tok Aki. Aku cuba untuk mengingati jika aku ada lakukan salah pada Mia atau buat Mia sakit hati.

"Tak ada Tok, Hud ok je dengan Mia." Jawabku jujur.

"Habistu kenapa Mia menangis waktu keluar dengan Harris tadi?" Tanya Tok Aki. Aku sangat terkejut saat Tok Aki mengatakan bahawa Mia menangis.

"Hud tak tau Tok.. Hud chat Mia kejap." Aku pun terus mengambil phoneku yang berada di dalam poket.

Aku mencari nama Mia di kenalan lalu mendail nombor Mia. Tapi Mia tidak menjawab panggilanku. Aku pun terus menghantar pesanan ringkas pada Mia menggunakan aplikasi whatappa.

HUD:
Mia pergi mana? Kenapa tak bagi tau hud?

HUD:
Tok Aki kata Mia nangis. Kenapa ni? Hud ada buat salah ke?

Sudah beberapa minit berlalu, tapi Mia tetap tak balas pesanan ringkas aku.

HUD:
Mia..

HUD:
Kalau Hud salah, Hud minta maaf..

"Apa Mia kata?" Tanya Tok Aki secara tiba-tiba.

"Mia masih belum balas Tok." Jawabku. Aku mengeluh kecil.

"Hud masuk bilik kejap yaa." Kataku pada Tok Aki. Kepala aku tiba-tiba terasa sakit sangat.

"Yelah.." Kata Tok Aki. Aku pun terus masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu bilik.

Aku pergi ke depan jendela bilik kerana ingin menutup jendela itu. Jam sudah menunjukkan angka 5 petang tapi Mia tetap belum balik juga.

Aku pergi ke katil lalu duduk di birai katil.

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba pintu bilik terbuka dengan sendirinya. Kelihatan Mia masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu bilik. Akhirnya Mia pulang juga.

"Mia ok?" Aku berdiri lalu mendekati Mia.

"Mia pergi mana? " Tanyaku lemah kerana masih tak sedap badan. Kepala aku sakit sangat. Aku nak minum ubat tapi aku tak tau Mia letak ubat aku dekat mana.

"Siapa perempuan ni?" Tanya Mia lalu menunjukkan satu gambar kepadaku. Aku melihat ke arah gambar tersebut. Gambar itu adalah gambarku bersama dengan Jenny saat aku belajar di UK dulu.

"Itu Jenny, dia kawan Hud waktu study dekat UK dulu." Jawabku jujur. Gambar tu dah lama, entah macam mana Mia boleh dapat.

"Hud tipu Mia kan?" Tanya Mia. Mia kelihatan marah. Kenapa pula aku nak tipu Mia?

"Tadi perempuan ni ada chat Mia! Dia kata dia girlfriend Hud!" Marah Mia lagi. Aku mengerutkan dahiku. Jenny kata macam tu? Sejak bila Jenny jadi girlfriend aku? Aku memejamkan mataku.

"Hud!" Mia menolak lengan kananku. Aku membuka mataku lalu memandang tepat ke mata Mia berharap Mia akan percaya dengan kata-kata aku.

"Semua tu tak betul, Hud tak tipu Mia.." Jawabku lemah. Kepala aku sakit sangat.

"Hud benci Mia kan?" Mia merendahkan suaranya. Aku cuba untuk menahan sakit yang aku rasa saat ini.

"Hud cakaplah kalau Hud bencikan Mia!" Kata Mia lagi. Aku terus memandang tepat ke mata Mia. Sanggup Mia kata macam tu.

"I'm telling the truth! Hud tak tipu! You know what? You don't trust me.. Hud tak pernah fikir Mia curang walaupun sekali. Tapi Mia? Hanya sebab gambar tu Mia sanggup tuduh Hud macam ni? Kepercayaan Mia hanya sekecil ni ke untuk Hud? Kalau Mia nak Hud jujur sekarang, Fine! Hud akan jujur. Hud tak suka Mia jumpa dengan Harris. Hud jealous sangat.." Kataku. Mia terkedu.

"But what can i do? Hud cuma boleh pendam perasaan Hud cause i trust you.. Mia dah jadi isteri Hud dan kita dah ada Wallif. Tu cuma gambar tau. Apa perasaan Mia kalau Hud jumpa dengan Jenny without telling you? Apa perasaan Mia kalau Hud rapat dengan Jenny depan mata Mia?" Kataku lagi. Mia masih mendiamkan diri.

"I feel pain inside of my body right now.. I love you Mia. I love you so much.. But you? You don't even trust me.." Tanpa sedar aku luahkan semua yang aku pendam selama ini.

Tiba-tiba aku melihat cecair jernih mengalir di pipi Mia.

"Mia.." Panggilku pelan. Aku rasa menyesal sangat sebab kata macam tu pada Mia. Mungkin sebab kepala aku sakit sangat, itulah sebabnya aku cakap tanpa fikir dulu akhibatnya.

"Mia.." Aku memegang tangan Mia namun Mia tetap mendiamkan diri. Aku terus menarik Mia ke dalam pelukanku.

"Mia i'm so sorry.. I didn't mean it.." Rayuku. Aku tak sangka aku baru saja membuat Mia menangis.

Kini Mia menangis teresak-esak di dadaku. Aku memejamkan mataku sambil mengusap pelan belakang Mia.

"Mia, Hud minta maaf. Semuanya salah Hud.. Hud tau, Mia tanya sebab Mia cemburu. Tapi kalau Mia masih tak percaya Hud, Hud akan call nombor tu sekarang dan suruh dia ceritakan semuanya pada Mia. Jenny tu cuma kawan Hud waktu Hud belajar dekat UK dulu. Memang bulan lepas Hud ada terserempak dengan dia kat KL. Tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku.. " Jelasku panjang lebar. Aku rasa sangat bersalah sekarang. Apa yang aku dah buat ni?

Mia masih lagi menangis teresak-esak di dadaku. Aku terus mengeratkan pelukanku. Mia tidak membalas pelukanku.

"Maaf.. Kan.. Mia.." Kata Mia dengan tersekat-sekat.

"Shh.. It's my fault.." Aku mengusap pelan belakang Mia.

"Mia teruk.." Kata Mia. Mia tidak juga berhenti menangis.

"No, Hud yang teruk. Semuanya salah Hud.." Pujukku lagi. Aku betul-betul tak sangka aku cakap semua tu pada Mia. Aku meleraikan pelukanku lalu melihat tepat ke bebola mata Mia. Pandangan kami bertemu. Tiba-tiba aku dapat rasakan air mataku mengalir di pipi.

"I love you so much.." Kata pada Mia.

"Please give me your trust.." Kataku lagi.

Tiba-tiba pandangaku menjadi kabur dan akhirnya gelap.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now